“Makhluk Tak Sedar Diri….,” Netizen Sekolahkan Individu “Diva” Hina Pusat Kuarantin

Share

Pelbagai usaha keras yang dilakukan kerajaan bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia saat ini terjamin. Bermacam inisiatif juga diutarakan agar rakyat Malaysia tidak perlu gusar serta khuatir dengan keadaan sekarang.

Namun, beberapa hari kebelakangan ini sering kita dengar perkara yang kurang ‘sedap’ tentang perangai kluster baru balik dari luar negara. Mereka ini dikatakan terlalu demand

dan agak kurang sopan bertemu dengan petugas kesihatan.

Terbaru pula muncul seorang lagi individu yang dikuarantin dikatakan telah menghina pusat kuarantin yang telah di sediakan oleh pihak Johor. Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang warganet di facebooknya Faizul Ezmin II.

Mengikut sumber individu yang telah menghina dan melemparkan kata-kata kurang sopan merupakan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara, dia telah dihantar kembali ke tanah air kerana penularan wabak CoV-19 ini. Individu ini juga dikatakan telah disahkan positif CoV-19.

Menurut individu ini, pusat kuarantin di Johor terlalu kotor. Berkongsi bilik 3 hingga 4 orang, bahkan menurutnya haiwan sendiri tidak mahu atau muat untuk tinggal di dalam bilik ini. Beliau juga meminta agar orang ramai meviralkan perkara tersebut.

Hina pusat kuarantin CoV-19

Perkara ini telah menimbulkan rasa membawang dikalangan warganet. Mereka tidak bersetuju dengan perangai individu tersebut yang dikatakan terlalu sombong

Emm..susah betul kalau orang yang jenis tak bersyukur ni kan….

Sumber : Facebook Faizul Ezmin II

Published by
Nana