Siapa yang sedang menonton drama “Under the Queen’s Umbrella”, pastinya perasan dengan pelakon Moon Sang-min.
Berkat kemahiran lakonannya yang stabil, ketinggian dan visualnya yang kacak, Moon Sang-min telah menerima banyak cinta dan perhatian oleh penonton seluruh dunia. Tambahan lagi apabila dia yang memegang watak sebagai Putera Seong-nam, kini menjadi kegilaan ramai.
Berikut adalah 7 fakta mengenai Moon Sang Min, putera kacak dalam drama Korea Under the Queen’s Umbrella:
1. Memulakan Kerjaya sebagai Model
Sebelum dikenali sebagai pelakon, Moon Sang Min memulakan kerjayanya sebagai model. Dia telah biasa untuk berjalan ‘runaways’ ketika dia menjadi model untuk Sewing Boundaries jenama Korea dan jenama Itali CARUSO mempamerkan koleksi Fall Winter 2018 mereka.
Pelakon yang dilahirkan pada 14 April 2000 itu juga merupakan bintang komersial untuk Samsung Grande Mia dan Samsung QLED 8K.
2. Satu agensi dengan Park Seo Joon
Putera-putera raja dalam kdrama “Under the Queen’s Umbrella”
Moon Sang Min kini berada di bawah agensi Awesome Entertainment begitu juga dengan beberapa artis Korea terkenal iaitu Park Seo Joon dan Kim Yoo Jung.
Agensi itu juga menempatkan beberapa bintang muda yang bersinar, termasuk Lee Hyun Woo (Money Heist Korea), Kim Do Wan (My Roommate Is A Gumiho), dan Kim Kang Hoon (Racket Boys).
Ads
3. Mula Berlakon Pada 2019
Setahun selepas debutnya sebagai model, Moon Sang Min cuba berlakon. Dia membintangi drama web bertajuk 4 Seasons Why I Hate Christmas dan dibarisi untuk menjadi watak utama walaupun tidak mempunyai pengalaman berlakon sebelum ini.
Dan pada tahun 2020, dia membintangi dua tajuk drama web, The Colors of Our Time dan The Mermaid Prince: The Beginning
4. Rapat dengan Pelakon Han So Hee
Moon Sang Min dan Han So Hee Foto: Instagram
Moon Sang Min berkawan rapat dengan Han So Hee selepas membintangi drama Korea Netflix My Name tahun lepas.
Pada Jun 2022, peminat gempar selepas melihat foto Han So Hee bersama seorang lelaki yang disyaki Song Kang. Moon Sang Min kemudian menjelaskan dan mendedahkan bahawa gambar jujur itu diambil selepas mereka berdua berkumpul dengan beberapa pemain drama Korea My Name.
Ads
Foto itu diambil oleh jurugambar yang rapat dengan Moon Sang Min dan Han So Hee, Min Jihee (@nogrid_photo). Min Jihee juga menonton drama Korea Under The Queen’s Umbrella bersama mereka berdua.
Walaupun mempunyai jadual yang padat, Moon Sang Min tetap mengutamakan pendidikan. Beliau kini seorang pelajar di Universiti Sungkyunkwan, Jabatan Lakonan dan Seni.
Ads
Moon Sang Min turut dibarisi untuk menjadi duta PR untuk kampusnya. Dia menyertai pasukan promosi yang dipanggil S-ANGEL. Disebabkan itu Moon Sang Min sering menyertai beberapa acara kampus seperti tempoh orientasi pelajar baru dan juga berjualan semasa perayaan kampus.
6. Takut Haiwan
Foto Via TVN
Dalam wawancaranya dengan Esquire Korea, Moon Sang Min mengakui bahawa dia takut untuk berinteraksi dengan haiwan. Pelakon itu mengalami kesukaran kerana terpaksa menunggang kuda dalam drama terbaharu Korea Under The Queen’s Umbrella. Tetapi dia berjaya melawan ketakutannya.
“Pada mulanya saya sangat takut, namanya Equus, dia kawan saya. Ketika berlatih (menunggang kuda), saya membawa lobak merah juga. Saya rasa dia mengenali saya, jadi saya rasa lebih selesa. Saya rasa saya cukup mahir. menunggang kuda,” kata pelakon berusia 22 tahun itu.
7. Buat Vlog Belajar
Selain itu, Moon Sang Min mengakui dia sangat menyukai persekitaran kampus. Dia seronok menjalankan aktiviti sebagai seorang pelajar kerana bertemu rakan sebaya.
“Apabila saya pergi ke kolej, saya berasa sangat selesa. Saya mempunyai kawan yang berasa selesa dengan saya. Saya fikir ia adalah tempat yang banyak memberi kekuatan,” jelas Moon Sang Min. Pelakon itu juga membuat vlog belajar yang dimuat naik di YouTube Awesome Entertainment.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila menyebut soal kematian, kehilangan orang tersayang akan membuatkan kita berasa amat sedih. Bayangkan jika yang meninggal itu, kedua ibu bapa, adik beradik, suami atau isteri dan juga anak-anak atau orang yang dekat dan kita sayang.
Namun di sebalik kematian yang akan dirasai oleh setiap makhluk yang bernyawa seperti mana janji Allah taala, mereka yang masih hidup ini perlu meneruskan kehidupan selagi mana hayat tersisa.
Kos pengurusan jenazah mencecah RM1000 ke atas mengikut kawasan – Ustaz Hamdan
Seperti sedia maklum, biaya pengurusan jenazah bukanlah murah. REMAJA sempat menemuramah Pengurus Jenazah Masjid Al-Ikhlasiah Kampung Kerinchi, Jalan Pantai Permai 7, Kuala Lumpur, Ustaz Hamdan Yusof yang memaklumkan kos biaya pengurusan jenazah biasanya meliputi lima perkara iaitu :
Kain kapan RM250
Mandi jenazah RM200
Gali kubur RM500
Bacaan talkin RM100
Kos penghantaran jenazah ke tanah perkuburan RM100.
“Namun kos ini biasanya berbeza-beza mengikut masjid kariah tempat orang meninggal menetap. Masa yang sama, kos akan meningkat jika seandainya waris meminta menghantar jenazah ke lokasi luar seperti kampung halaman.
“Biasanya kos pengangkutan dikira RM2 bagi satu kilometer (kos ini berbeza mengikut pengurusan masjid). Tol dibiayai oleh waris sendiri dan kita cuma menghantar sahaja seperti mana diminta,”katanya yang berpengalaman luas sebagai pengurus jenazah.
Jika dirujuk kepada kos yang dikeluarkan oleh waris, ternyata pengurusan jenazah bukanlah agak murah. Namun sebagai waris, ada 10 tempat ini boleh pergi jika berlaku kematian khususnya jika yang meninggal itu seorang yang bekerja.
10 lokasi ini telah dikongsikan oleh Sfatyma Idris yang juga seorang Perancang Harta Syariah di mana waris boleh pergi membuat semakan selepas ahli keluarga meninggal dunia di fb miliknya. Sekurang-kurangnya wang ini dapat digunakan untuk waris yang sedia ada.
Tahu tak, ramai waris tak tuntut khairat kematian sebab tak pernah ambik tahu. Akhirnya duit burn macam tu je. Ada yang total hampir RM10k. Rugikan !
Jadi, lepas tahu ni pastikan anda bagitau dekat pasangan & anak-anak supaya mereka boleh tuntut jika berlaku sesuatu pada anda.
Urmm, dah dapat duit tu nanti nak buat apa?
Disebabkan khairat kematian TIDAK dikira sebagai harta pusaka maka terserahlah pada budi bicara waris-waris. Nak guna buat bayar hutang, kenduri tahlil, sedekah atau lain-lain terserah pada waris asalkan untuk tujuan yang baik. Tapi pastikan guna dulu untuk tujuan utama khairat ni dibuat iaitu untuk urusan jenazah. Segala kos pengurusan jenazah guna duit ni. Jika ada waris dahulukan duit mereka, boleh ganti semula. (mengikut budi bicara waris2)
Sini saya kongsikan 10 tempat tuntutan. Pastikan anda baca satu persatu ya. Boleh detect tempat mana waris boleh tuju nanti.
Khairat Kematian Khariah Masjid
▪Sekitar Rm 500 – Rm 5,000
▪Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di khariah
Khairat Kematian PERKESO
▪RM 2,000
▪Syarat: si mati menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO
Khairat Kematian KWSP
▪RM 2,500
▪Syarat: si mati ahli/pencarum KWSP
Bantuan Mengurus Jenazah JPA
▪RM 3,000
▪Syarat: si mati Pesara/Kakitangan Awam
Khairat Kematian Bank Rakyat
▪RM 3000
▪Syarat: si mati ada akaun Bank Rakyat
Khairat Kematian ASNB
▪RM 200 – RM 2,000
▪Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati
Khairat Kematian Skim Takaful
▪RM 2,000 – RM 5,000
▪Syarat: si mati pencarum takaful
Khairat Kematian Persatuan Berdaftar/NGO/Koperasi
▪RM 500 – RM 5,000
▪Syarat: si mati adalah ahli berbayar persatuan/NGO/Koperasi
Khairat Kematian Pencen
▪RM3000
Lain-lain
Mungkin ada lagi khairat kematian lain yang boleh dituntut bukan hanya di tempat-tempat yang dinyatakan diatas. Boleh search.
Mereka yang segerakan proses tuntutan pusaka biasanya akan diberitahu jika ada khairat kematian. Waktu nak urus, perlu jumpa pegawai, jadi waktu tu biasa pegawai akan beritahu jika mereka ada sediakan khairat kematian.
Macam mana nak tuntut?
Bawa sijil mati, sijil nikah, pengenalan diri di tempat yang berkenaan. Seeloknya mohon sebaik sahaja berlaku kematian. Jangan ditangguh.
Sfatyma Idris
Ambil cakna untuk mudahkan waris-waris.
Silakan #share supaya lebih ramai tahu kewujudan khairat pusaka ni.
Sumber fb : Sfatyma Idris
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Trauma kemalangan jalan raya bukan mudah untuk dilupakan begitu saja. Walaupun hanya berlaku untuk beberapa saat, impak dari segi fizikal dan mental boleh berbekas untuk bertahun-tahun lamanya.
Januari tahun ini, penyanyi yang popular dengan single Teka Teki iaitu Didi Astillah telah mengejutkan ramai followers-nya di media sosial dengan foto wajah lebam dan berbekas selepas terlebih dengan kemalangan jalan raya. Jauh sekali berbeza dengan wajahnya yang selalunya cantik semulajadi.
“Lebih kurang pukul 2 pagi, saya dan kawan (driver) sedang keluar dari Jalan Alor untuk exit ke lebuhraya. Tiba-tiba je, sebuah kereta Proton memintas kami secara mengejut. Nasib sempat elak, tetapi akibatnya kereta kami pula berpusing dan menghentam kuat pada pembahagi jalan.
“Nasib kami dikira baik kerana keadaan jalan agak lengang dan tiada kereta lain yang ada di situ.
Dalam segmen khas dalam Majalah Remaja isu Julai 2018, Didi menceritakan bagaimana dia terpaksa ke dua hospital berbeza. Ini kerana sistem di sebuah hospital swasta tidak nampak menyakinkan. Lalu, bila dia beralih mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, ujian mendapati tiada simptom patah atau luka dalam yang berlaku kepadanya.
Alhamdulillah.
“Cuma tiga hari kemudian, bibir saya mula menunjukkan tanda-tanda bengkak teruk. Kesan darah pada bibir pun mula mengeras, selain ada bunyi berdesing pada telinga,” kata remaja berusia 21 tahun ini.”
Didi mengakui, kemalangan tersebut telah membuatkan dia merasakan Tuhan sedang menguji dan memberinya satu lagi peluang untuk hidup. “Teruk kot kereta kami, tapi Alhamdulillah kami berdua tak berdepan dengan kecederaan serius.
“Ia membuatkan saya terfikir untuk menggunakan peluang kedua ini untuk lebih menghargai masa sementara masih hidup ini. Setiap hari, saya perlu isikan dengan sesuatu yang membawa kebaikan kepada diri sendiri. Saya perlu kejar cita-cita dan juga luangkan lebih masa dengan keluarga.
“I need to make them proud of me. Hasilnya, saya keluar dengan Teka Teki bersama Audi Mok dan Luna Tasha.”
Girl, kami doakan kamu agar lebih sukses dengan lebih banyak projek baru selepas ini. Walaupun pengalaman lampau dijadikan iktibar, masa depan kamu masih jauh di hadapan.
BACA kisah lanjut Didi Astillah di dalam Majalah Remaja isu Julai-September 2018.
ALL THE BEST DIDI! #GirlPower
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon muda yang sebelum ini giat melopori rancangan Astro Ceria seperti Elly & Epit dan Strawberry Karipap The Series kini tular baru-baru ini apabila muncul di uji bakat Hero Dewi Remaja 2023 hujung minggu lalu.
Rykarl Iskandar atau nama sebenarnya Nor Heidzriq Haikal bin Norhamizan merupakan seorang pelakon kanak-kanak Malaysia yang kini menginjak dewasa.
Kini berusia 18 tahun, kehadirannya di uji bakat tersebut mencuri perhatian ramai pihak terutamanya warganet yang terkejut akan penampilannya yang semakin matang.
“Saya dah lama ‘ditinggalkan’ maka saya merasakan platform Hero Dewi Remaja ini sebagai satu peluang terbaik untuk naikkan balik nama saya di dalam industri.
“Sebab kali terakhir saya berlakon adalah ketika masih kanak-kanak maka mungkin uji bakat ini dapat menjadi peluang baharu kepada saya untuk menjadi lebih dewasa,” komennya menjelaskan sebab utama dirinya hadir ke uji bakat tersebut.
Turut menerujakan apabila pelakon drama Nenek Bongkok Tiga ini juga mahu menonjolkan bakatnya dari aspek nyanyian kepada para juri yang hadir.
“Selain dari berlakon, saya juga sudah lama berjinak-jinak untuk menyanyi,
“Kalau ada perasan di media sosial, saya ada kongsi video nyanyian saya sedikit, main alat muzik sedikit. Jadi mungkin itu antara bakat yang dapat saya kongsikan kepada juri nanti,” jelasnya lagi.
Dirinya turut akui bahawa namanya makin kelam di dalam industri lakonan dan jarang ditawarkan peranan di dalam mana-mana drama mahupun filem.
“Sebab saya tidak sesuai di mana-mana role buat masa sekarang. Selalunya pihak produksi akan sedikit rungsing untuk meletakkan saya di peranan kanak-kanak atau dewasa,
“Bidang lakonan akan sentiasa menjadi passion saya. Kalau saya tiada job sekalipun atau fokus buat perkara lain, lakonan akan sentiasa menjadi fokus utama saya sebab itu jiwa saya,” komennya kepada pihak REMAJA.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...