Foto: The Indian Express

Tinggal lebih kurang dua hari lagi sukan Olimpik Tokyo 2020 bakal melabuhkan tirainya. Setakat ini, China sedang mendahului dengan kutipan 34 pingat emas, diikuti Amerika Syarikat sebanyak 29 pingat emas.

Kami pasti setiap negara mengimpikan untuk membawa pulang pingat kemenangan, tidak kiralah sama ada emas, perak atau gangsa kerana ia merupakan satu kejayaan setelah sekian lama berusaha untuk temasya sukan terbesar ini.

Walau bagaimanapun, sekiranya tidak membawa pulang sebarang pingat, ia bukanlah tanda kegagalan dan pencapaian terpilih ke Olimpik juga sudah dikira sebagai satu kejayaan besar buat para atlet.

Pada temasya Olimpik kali ini, jambangan bunga yang diberikan kepada setiap pemenang juga membawa makna tersendiri.

Makna Di Sebalik Jambangan Bunga Olimpik Tokyo 2020 Kepada Masyarakat Jepun
Foto: BBC

Jambangan bunga Olimpik untuk edisi Tokyo 2020 atau juga dikenali sebagai “Olympic victory bouquet” terdiri daripada bunga matahari, bunga gentians, bunga eustomas dan Solomon’s seals. Bunga ini tidak dipilih secara rawak, malah setiap satu bunga membawa maksud tersendiri.

Ads

Bunga-bunga yang diberikan kepada para pemenang itu ditanam di wilayah yang terjejas teruk dalam kejadian tsunami dahsyat pada 10 tahun lepas, iaitu di wilayah Fukushima, Miyagi dan Iwate.

Dalam kejadian gempa bumi, tsunami dan nuklear dahsyat tahun 2011, dianggarkan seramai 18,000 mangsa yang terkorban. Wilayah-wilayah ini masih dalam proses pemulihan sehingga ke hari ini dan jambangan bunga yang diberikan pada temasya Olimpik kali ini merupakan simbolik kepada pemulihan dari gempa bumi dan tsunami 2011 yang dahsyat.

Ads

Maksud bunga matahari

Bunga matahari dalam jambangan bunga Olimpik yang berwarna kuning cerah adalah simbol kepada kenangan dan ingatan kepada anak-anak yang terkorban dalam kejadian dahsyat tersebut.

Bunga ini ditanam oleh ibu dan penjaga yang kehilangan anak mereka semasa kejadian tsunami 2011 di wilayah Miyagi. Ia ditanam di tanah tinggi, di tempat yang sama di mana anak-anak ini kehilangan nyawa mereka semasa berlindung dalam kejadian tersebut.

Ads
Makna Di Sebalik Jambangan Bunga Olimpik Tokyo 2020 Kepada Masyarakat Jepun
Foto: The Japan Times

Dalam kejadian yang sama, Fukushima mengalami bencana nuklear yang sangat dahsyat, di mana penduduk Jepun terpaksa berpindah. Mereka menjangkakan bunga tidak akan dapat berkembang lagi di kawasan yang ditimpa bencana nuklear itu tetapi penanaman bunga eustomas dan Solomon’s seals memberi sinar baru kepada pemulihan agrikultur di wilayah itu.

Bunga gentians yang juga berwarna biru ditanam di Iwate, iaitu kawasan yang turut terjejas akibat tsunami. Warna bunga ini juga sinonim dengan warna biru di logo Tokyo Olimpik, di mana ia juga mewakili tuan rumah sukan Olimpik 2020, iaitu Tokyo.

Rupa-rupanya jambangan bunga yang diberikan pada Olimpik kali ini bukanlah hanya sekadar hadiah semata-mata, tetapi ia membawa makna yang besar bagi masyarakat di Jepun.

Sumber: (1)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI