Malala Yousafzai Selamat Bernikah Dengan Jejaka Pilihan Hati

Share

Malala merupakan seorang aktivis kemanusiaan yang disegani ramai. Lantang bersuara dalam isu pendidikan untuk kanak-kanak terutamanya perempuan, dia menjadi suri teladan kepada ramai remaja di luar sana dek semangat juangnya yang tinggi.

Manakan tidak, ketika berusia 15 tahun dia telah ditembak di bahagian kepala oleh kumpulan pengganas Tehrik i-Taliban Pakistan hanya kerana berani bersuara tentang kehidupan di Lembah Swat setelah diceroboh oleh kumpulan pengganas tersebut. Dari titik permulaan itu setelah pulih dari kecederaannya, dia aktif memulakan aktiviti kemanusiaan.

Malala tidak pernah lelah memperjuangkan pendirikan untuk kanak-kanak perempuan terutamanya. Sumber gambar: Instagram Malala

Terkini, wanita berusia 24 tahun ini telah mengumumkan dalam satu hantaran

di Instagram mengenai majlis penikahannya dengan jejaka yang dikenali sebagai Asser Malik.

Dalam perkongsian tersebut Malala berkata, “Hari ini menandakan hari yang bahagia di dalam hidup saya. Saya dan Asser telah mengikat janji untuk menjadi pasangan hidup. Kami telah mengadakan majlis nikah secara kecil-kecilan di rumah di Birmingham bersama keluarga kami. Tolong doakan kami. Kami sangat teruja untuk menempuhi perjalanan yang menanti di masa hadapan.”

Sumber gambar: Instagram Malala/ Malin Fezehai

Dalam tinjauan Remaja di laman Instagram milik Asser pula, dia memuatnaik gambar bersama isterinya dan meletakkan emotikon berbentuk hati.

Untuk majlis pernikahannya, Malala ampil anggun dalam busana tradisional dan selendang menutupi kepala. Manakala Asser Malik tampan dalam persalinan sut berona hitam siap bertali leher rona senada dengan busana isterinya.

Malala dilihat bersama suaminya dalam gambar berkumpulan ini. Sumber gambar: Instagram Asser Malik

Graduan Universiti Oxford ini pernah berkongsi dalam satu temubual bersama majalah Vogue British tentang rasa was-was serta pendiriannya mengenai perkahwinan namun di marahi ibunya.

Baca lagi: Dari Menjadi Mangsa Tal*ban, Malala Yousafzai Kini Bergelar Graduan Oxford

Ujarnya, “Saya masih tidak faham mengapa manusia perlu berkahwin. Jika anda mahukan seseorang di dalam hidup kenapa perlu menandatangani surat perkahwinan. Mengapa ia tidak boleh menjadi sebuah perkongsian sahaja? Dan ibu saya terus berkata, jangan berani berkata sebegitu, awak kena kahwin, perkahwinan itu indah.”

Nampaknya, Malala boleh berterima kasih kepada ibunya. Dia sudah menemui ‘prince charming’ yang bakal mengisi hatinya sehingga ke akhir hayat.

Sumber gambar: Instagram Asser Malik

Pasti anda tertanya-tanya siapakah gerangan jejaka yang berjaya mencuri hati wanita yang ‘berkuasa’ dan di pandang tinggi oleh ramai orang ini.

Menurut sumber, Asser merupakan seorang Pengurus Besar Prestasi Tinggi bagi Pakistan Cricket Board dan di merupakan seorang graduan dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomik dan Sains Politik dari Lahore University of Management Sciences.

 

Published by
Fiezreen