Ramai di antara kita yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan Nisfu Syaaban.
Nisfu bermaksud separuh dan ia jatuh pada malam ke-15 dalam bulan Syaaban. Justeru pada malam esok 7 March 2023, kita menghampiri tempoh separuh bulan dari permulaan bulan Ramadan.
Malam Nisfu Syaaban ini mempunyai banyak kelebihan. Ia adalah malam di mana pintu langit dibuka dan doa yang disertakan dengan amalan di sisi Allah SWT dimakbulkan.
Kelebihan ini ada disebut menerusi beberapa hadis sahih. Antaranya adalah daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Apabila tiba malam nisfu Syaaban, Allah SWT mengampunkan hamba-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan.”
Bercakap mengenai amalan yang digalakkan pada malam ini, sebenarnya tiada amalan khusus pun yang disebut oleh Islam sebagai sunnah Nabi SAW.
Ads
Foto VIa Tribun News
Apa juga amalan yang sempat kita lakukan, itulah kelebihan malam Nisfu Syaaban yang perlu kita rebut.
Antara yang boleh kita sama-sama lakukan adalah solat sunat Nisfu Syaaban yang boleh didirikan selepas mengerjakan solat Maghrib, Isyak atau bersama solat-solat sunat Qiamullail di tengah malam.
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat nisfu Syaaban dua rakaat kerana Allah Taala.
Korang boleh membaca surah al-Kafirun pada rakaat pertama diikuti dengan surah al-Ikhlas pada rakaat kedua.
Ada juga yang mengamalkan bacaan surah Yassin, surah al-Baqarah dan sebagainya pada malam Nisfu Syaaban. Bottomline, apa-apa amalan yang dilakukan kerana Allah SWT digalakkan. Tiada pun yang menyebut kita perlu lakukan sejenis ibadah saja.
Sesudah beribadah, kita wajarlah berdoa untuk meminta pertolongan daripada Allah SWT.
Ads
Sebelum ini, REMAJA pernah kongsikan ceramah Ustaz Don Daniyal berkaitan malam Nisfu Syaaban dan amalan yang boleh kita lakukan kerana malam itu adalah malam ALLAH SWT memustajabkan doa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sistem perundangan Malaysia melangkah satu langkah ke hadapan apabila Dewan Rakyat baru-baru ini meluluskan pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun Acara Jenayah, bagi menjadikan tindakan menghendap sebagai satu kesalahan.
Menurut laporan, RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 yang memperincikan kesalahan menghendap dan jenis hukuman yang boleh dikenakan serta RUU Kanun Acara Jenayah (Pindaan) 2023 berhubung peruntukan perlindungan kepada mangsa, diluluskan selepas perbahasan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang apabila lebih ramai yang suara yang bersetuju.
Pindaan ini bertujuan memasukkan seksyen baharu 507A ke dalam Akta 574 untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan menghendap ataupun ‘stalking’ dan memperuntukan hukuman iaitu penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
Hukuman ini dilihat lebih setimpal dengan kesalahan yang dilakukan itu kerana perbuatan menghendap boleh menimbulkan perasaan takut dan bimbang lalu mengakibatkan implikasi kesihatan mental jangka masa lama. Ia juga mempunyai risiko di mana mangsa boleh dicederakan atau maut akibat obsesi sang pelaku.
Untuk pengetahuan korang, undang-undang sedia ada hanya melindungi mangsa perlakuan mengganggu dan menghendap dalam kalangan pasangan yang pernah mempunyai hubungan perkahwinan yang sah atau bercerai.
Tiada peruntukan yang jelas bagi pihak yang tidak pernah mempunyai hubungan perkahwinan yang sah. Justeru, pindaan ini memberikan lebih ketenteramaan terhadap mangsa jenayah menghendap melalui perintah perlindungan yang dikeluarkan mahkamah.
Ingat, bukan perempuan je menjadi mangsa menghendap ya. Lelaki pun akan mendapat manfaat daripada pindaan ini sekiranya si pelaku sudah melampau.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cucu kepada juara tinju antarabangsa dan lagenda dunia, Muhammad Ali telah menyahut cabaran untuk meneruskan legasi datuknya menerusi perlawanan debut profesionalnya semalam.
Nico Ali Walsh yang baru berusia 21 tahun membuktikan darah legasi Muhammad Ali ada di dalam dirinya setelah meraih kemenangan pertama dengan menumpaskan lawannya, Jordan Weeks dalam masa hanya 70 saat sahaja!
Semasa perlawanan kelas pertengahan itu, Ali Walsh dilihat mengenakan seluar tinju putih hasil pemberian datuknya. Tentulah, tekanan dan bebanan hebat dirasai oleh Nico memandangkan dia bukan saja bertarung untuk dirinya. Malah dia membawa nama baik keluarga setiap kali melangkah ke gelanggang.
Dalam temuramah selepas perlawanan semalam, Nico berkata, “Untuk kebanyakan orang, (Muhammad Ali) adalah peninju terhebat dunia dan seorang personaliti paling berpengaruh di dunia. Akan tetapi bagi saya, beliau ialah datuk saya, datuk yang paling hebat.”
Foto Kredit : Via Twitter Rasheda
Untuk pengetahuan korang, Nico Ali Walsh merupakan anak lelaki kepada Rasheda Ali iaitu anak kedua Muhammad Ali. Remaja yang sedang mengikuti pengajiannya dalam bidang perniagaan di peringkat ijazah ini kehilangan datuknya itu setelah beliau meninggal dunia pada 2016 kerana masalah komplikasi pernafasan.
Selepas 32 tahun ‘berlawan’ dengan penyakit Parkinson, Muhammad Ali meninggal dunia pada usia 74 tahun. Sepanjang kariernya sebelum bersara dari dunia tinju pada tahun 1981, Muhammad Ali memegang rekod 56 kemenangan profesional dan hanya lima kekalahan.
Disebabkan kehebatannya mengharumkan nama Amerika Syarikat di peringkat dunia itu, beliau telah diberi penghormatan sebagai pelari obor di Sukan Olimpik Atlanta 1996.
Good luck Ali Walsh, semoga terus sukses dan menjadi lagenda hebat seperti datuk awak.
Baru-baru ini, sepasang kembar berkongsi kegembiraan apabila masing-masing meraih keputusan Purata Nilai Gred Keseluruhan Nasional (PNGK) 4.00 dan 3.84 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan pada 23 Julai.
Wong Shuang Er dan Wong Shuang Yee yang kini berusia 20 tahun dan juga penuntut Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin, Kedah mengakui sangat bertuah dilahirkan sebagai pasangan kembar kerana memberi kelebihan untuk mereka belajar dan berbincang bersama-sama jika ada subjek kurang difahami.
“Pada mulanya, kami keliru dan tidak tahu hendak menyambung pengajian ke mana selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tetapi atas nasihat bapa, kami buat keputusan memasuki Tingkatan Enam dan ternyata keputusan itu berbaloi”
“Saya rasa lebih mudah belajar apabila ada saudara kembar, kami berbincang mengenai pelajaran di rumah, malah kami juga dapat berkongsi banyak perkara kerana belajar di sekolah sama”
Menurut pasangan kembar ini, mereka berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kewangan di Universiti Sains Malaysia (USM).
Sekadar info, Shuang Er antara 10 calon STPM 2023 kolej berkenaan yang berjaya mencatat keputusan PNGK 4.00, manakala Shuang Yee memperoleh PNGK 3.84.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayangkan berjalan masuk ke bilik temu duga, dan sebelum sempat ucap “selamat pagi”, panel penemuduga sudah tersenyum lebar. Kenapa? Mungkin sebab kamu kelihatan “presentable”...