Biarpun lewat tiba di acara Kuala Lumpur Fashion Award (KLFA) 2021 semalam, gandingan pereka fesyen Ezuwan Ismail dan muse pilihannya, Rozita Che Wan masih mampu menarik tumpuan seluruh dewan ballroom sebuah hotel terkemuka tanah air.
Ini gara-gara penampilan mereka berdua di acara apresiasi dunia fesyen tanah air itu yang serba-serbi ‘berbalut’ termasuklah bahagian muka dan tapak tangan!
Siapa sangka, Che Ta sanggup ‘berkorban’ tidak makan mahupun minum di acara tersebut demi berfesyen setelah beliau menutup mukanya dengan kain jaring atau ‘net’ yang ditinta batu berlian berwarna perak sepanjang acara berlangsung.
Bercakap dengan REMAJA di karpet merah KLFA 2021, Ezuwan berkongsi kos sebenar di sebalik busana ini dan mengapa pasukan pereka fesyennya memerlukan tempoh hampir sebulan untuk menyiapkannya.
“Gaun berfabrik twill Che Ta ini berharga RM50,000 dan memakan masa sebulan kerana serba-serbi ‘hand made’ atau dijahit tangan. Sarung tangan dan pelitup muka Che Ta juga menggunakan ‘net’ bertatah berlian berwarna perak.
“Ia dijahit penuh dengan lebih 5000 butir batu berlian dan ‘chunky bead,” kata pereka fesyen jenama yang sudah lapan tahun berada dalam industri ini.
Ads
Persoalannya, tidak lemaskah mereka apabila ‘dibalut’ sebegitu rupa?
Kongsi Che Ta, “Pelitup muka itu menggunakan kain jaring yang mempunyai lubang udara. Memanglah saya boleh bernafas. Kalau guna kain bertutup tanpa ruang bernafas, saya sendiriakan fikir banyak kali. Barangkali semput juga saya jadinya.
“Tak apalah, malam ini kami berpuasa balut muka,” katanya berseloroh.
Ads
Persetujuan Che Ta untuk menjadi muse kepada Ezuwan Ismail semalam adalah demi pengalaman baharu bersama dengan pereka tersebut yang juga kebetulan merupakan rakan baiknya.
“Saya rasa permintaannya untuk tampil dengan gaya sebegini tidak selalu hadir seperti lazimnya. Jadi saya untuk saya tolak, ini adalah satu bentuk kelainan.
“Cuma adalah sedikit cabaran apabila saya harus kekal dengan gaya sebegini sepanjang acara. Aappun, sesekali orang tak perlu tengok muka kita, why not. Menarik juga. Telefon bimbit pun saya terpaksa abaikan ketika majlis berlangsung,” katanya yang turut menjadi penyampai trofi KLFA 2021.
Ads
Sementara itu, di sana-sini portal media dan warganet memperkatakan mengenai pertuduhan Ezuwan yang dikatakan meniru atau membayangi gaya orang lain dengan busana kali ini.
Ada yang berkata ia mirip gaya Kim Kardashian di Met Gala 2021, September lalu. Tidak kurang juga menuduhnya sebagai rekaan ‘ciplak’ daripada Richard Quinn dan idea rekaan Wanpa untuk Bintang Paling Popular, Janna Nick di acara ABPBH-34, baru-baru ini.
Tidak mudah melatah dengan pertuduhan tersebut, kata Ezuwan, “Tiada istilah meniru sesiapapun. Fesyen ini pendek kata kenalah dengan musim pandemik. Ia mesra SOP,” jawabnya ringkas.
Apa pendapat korang? LOVE IT or HATE IT?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak lama lagi kita bakal meininggalkan bulan Januari. Jadi, bagaimana dengan azam tahun barumu yang ingin menurunkan berat badan bermula tahun baru 2018? Adakah semuanya berjalan dengan lancar atau azam itu hanya bertahan selama seminggu pertama dan kemudian jadi hangat-hangat chicken poop? Lulz
Tidak dinafikan, memiliki tubuh badan sihat serta ideal merupakan impian semua orang terutamanya jejaka. Ia bukan sahaja memberikan visual yang baik tetapi yang paling penting dapat memberikan stamina, kesihatan dan gaya hidup yang jauh lebih sihat. Ya, kami tidak nafikan untuk turunkan berat badan bukanlah satu perkara yang senang.
Ia perlukan kerja keras dari segi penjagaan diet, senaman, fikiran positif dan mengubah gaya hidup secara total demi mencapainya. Kalau kamu berasa tidak bersemangat tidak mengapa. Kita semua faham akan cabaran itu. Untuk memberikan sedikit inspirasi agar kamu terus berusaha menurunkan berat badan, Remaja ingin kongsikan 10 foto jejaka yang berjaya mencapai misi mereka!
1. Selain bersenam di gimnasium, jejaka ini juga mengamalkan diet katogenik.
2. This awesome dude pula berjaya turunkan berat badan sebanyak 32 kilogram. Wow!
3. Hanya dalam tempoh 3 tahun setengah, dia telah berjaya turunkan berat badan sebanyak 77 kilogram. Tengok gambar macam 2 orang berbeza!
4. Jejaka ini pula berjaya turunkan berat sebanyak 59 kilogram.
5. Dahulu dia seorang yang sangat obes. Kini telah lakukan transformasi setelah berusaha selama kira-kira 2 tahun.
6. Sebelah kiri, berat 130 kilogram (foto diambil pada Januari 2016). Sebelah kanan, berat 75 kilogram (foto diambil pada Julai 2017).
7. Dengan usaha keras lihatlah perbezaan berat badannya!
8. Pada awalnya beratnya 138 kilogram. Kini sudah turun hingga 88 kilogram.
9. Foto selfie sebelah kiri, dia cukup muram dengan berat 175 kilogram. Dengan usaha, berjaya turun menjadi 84 kilogram dalam tempoh kira-kira setahun.
10. Jejaka ini pula berjaya turunkan berat badan sebanyak 18 kilogram dalam tempoh 4 bulan.
Amacam? Kepada korang yang tengah berusaha turunkan berat badan jangan berputus asa. Pedulikan suara-suara sumbang yang kadangkala boleh menjatuhkan semangat. Just think positive, you can do it. Selamat berjaya! 🙂
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktres jelita, Datin Intan Najuwa mendedahkan cara unik yang diamalkannya untuk mengekalkan kulit wajah yang cantik, iaitu dengan merendam mukanya dalam ais setiap pagi.
Selain itu, pelakon berusia 29 tahun itu juga mengamalkan rutin pemakanan sihat bagi menjaga kesihatan kulitnya.
Menurutnya, rutin tersebut sudah menjadi amalan hariannya, di samping penggunaan produk kecantikan seperti ‘face mask’ dan ‘eye mask’.
“Setiap pagi saya akan rendam muka dalam ais. Saya juga rajin memakai ‘face mask’ dan ‘eye mask’.
“Kemudian minum saja jus saderi setiap hari kalau malas nak lakukan rutin rawatan penjagaan wajah. Memang dijamin kulit akan licin,” kongsinya menerusi Instastory.
Di samping itu, Intan turut memberitahu bahawa dia akan kembali aktif dalam dunia lakonan setelah sembuh sepenuhnya daripada proses pemulihan selepas melahirkan bayi sulungnya pada Disember lalu.
Sekadar info, Intan mendirikan rumah tangga bersama Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos 2023.
Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Imane Lunara, pada 15 Disember lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Intan Najuwa
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bibir yang mungil dan seksi memang menjadi idaman semua. Tapi wanita berusia 22 tahun ini mempunyai impian yang pelik iaitu untuk mendapatkan bibir yang paling besar di dunia dan dirinya tidak akan berhenti selagi impiannya tidak tercapai.
Pada 28 April 2020, Andrea telah membuat suntikan asid hyaluronik yang ke-20 pada bibirnya, saiz bibir wanita Bulgaria menjadi dua kali ganda saiz bibirnya yang sebelum ini.
Andrea menjadi taksub untuk membesarkan bibir, pada tahun 2018 Andrea membuat suntikan pertama untuk membesarkan bibirnya dan sanggup berhabisan ribuan ringgit untuk melakukan suntikan tersebut.
Dan pada bulan Disember 2018, bibir Andrea telah mencapai saiz empat kali ganda dari saiz bibir normal tetapi dirinya menyatakan itu tidak cukup lagi.
Maka dari tahun 2018 sehinggalah pada April, 2020 Andrea masih membuat suntikan di bibir, meski ada sesetengah doktor kosmetik telah menasihati Andrea bahawa dirinya tidak perlu membuat suntikan pada bibir lagi.
Namun, demi gelaran untuk mendapatkan bibir terbesar di dunia, Andrea sanggup menyuntik bibirnya berkali-kali sehingga dirinya puas.
Menurut wanita Bulgaria ini dirinya telah menghabiskan sebanyak €2,600 atau RM12,242 untuk ke semua perbelanjaan suntikan bibir yang dilakukannya.
Bagi Andrea saiz bibir besar adalah yang terbaik dalam hidupnya dan nampak gaya macam Andrea akan teruskan menyuntik bibirnya sehingga menjadi saiz idaman yang dirinya mahukan. Dengan berpegang pada konsep ‘bigger is better’ dan ‘sayangi bibir’, Andrea akan teruskan misi membesarkan bibir sampai dirinya puas.
Ish…ni macam dah ‘sakit’ je bunyi wanita ni. Kalau korang teringin tak bibir mungil macam ni.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gagal sekali tidak bermaksud gagal selamanya.Begitulah yang dapat diungkapkan terhadap kejayaan wakil negara Filipina, Alexie Brooks sebelum mengecap kejayaan sebagai Miss Eco International 2025;...