“Malam Tadi Kami Puasa, Balut Muka..” Busana Che Ta & Ezuwan Ismail MERIAH Dengan Batu Berlian!

Share

 

Biarpun lewat tiba di acara Kuala Lumpur Fashion Award (KLFA) 2021 semalam, gandingan pereka fesyen Ezuwan Ismail dan muse pilihannya, Rozita Che Wan masih mampu menarik tumpuan seluruh dewan ballroom sebuah hotel terkemuka tanah air.

Ini gara-gara penampilan mereka berdua di acara apresiasi dunia fesyen tanah air itu yang serba-serbi ‘berbalut’ termasuklah bahagian muka dan tapak tangan!

Siapa sangka, Che Ta sanggup ‘berkorban’ tidak makan mahupun minum di acara tersebut demi berfesyen setelah beliau menutup mukanya dengan kain jaring atau ‘net’ yang ditinta batu berlian berwarna perak sepanjang acara berlangsung.

Bercakap dengan REMAJA di karpet merah KLFA 2021, Ezuwan berkongsi kos sebenar di sebalik busana ini dan mengapa pasukan pereka fesyennya memerlukan tempoh hampir sebulan untuk menyiapkannya.

“Gaun berfabrik twill Che Ta ini berharga RM50,000 dan memakan masa sebulan kerana serba-serbi ‘hand made’ atau dijahit tangan. Sarung tangan dan pelitup muka Che Ta juga menggunakan ‘net’ bertatah berlian berwarna perak.

“Ia dijahit penuh dengan lebih 5000 butir batu berlian dan ‘chunky bead,” kata pereka fesyen jenama yang sudah lapan tahun berada dalam industri ini.

Persoalannya, tidak lemaskah mereka apabila ‘dibalut’ sebegitu rupa?

Kongsi Che Ta, “Pelitup muka itu menggunakan kain jaring yang mempunyai lubang udara. Memanglah saya boleh bernafas. Kalau guna kain bertutup tanpa ruang bernafas, saya sendiriakan fikir banyak kali.  Barangkali semput juga saya jadinya.

“Tak apalah, malam ini kami berpuasa balut muka,” katanya berseloroh.

Persetujuan Che Ta untuk menjadi muse kepada Ezuwan Ismail semalam adalah demi pengalaman baharu bersama dengan pereka tersebut yang juga kebetulan merupakan rakan baiknya.

“Saya rasa permintaannya untuk tampil dengan gaya sebegini tidak selalu hadir seperti lazimnya. Jadi saya untuk saya tolak, ini adalah satu bentuk kelainan.

“Cuma adalah sedikit cabaran apabila saya harus kekal dengan gaya sebegini sepanjang acara. Aappun, sesekali orang tak perlu tengok muka kita, why not. Menarik juga. Telefon bimbit pun saya terpaksa abaikan ketika majlis berlangsung,” katanya yang turut menjadi penyampai trofi KLFA 2021.

Sementara itu, di sana-sini portal media dan warganet memperkatakan mengenai pertuduhan Ezuwan yang dikatakan meniru atau membayangi gaya orang lain dengan busana kali ini.

Ada yang berkata ia mirip gaya Kim Kardashian di Met Gala 2021, September lalu. Tidak kurang juga menuduhnya sebagai rekaan ‘ciplak’ daripada Richard Quinn dan idea rekaan Wanpa untuk Bintang Paling Popular, Janna Nick di acara ABPBH-34, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN : 8 Selebriti Di MET GALA Cuba Sampaikan Mesej Penting Melalui Fesyen – REMAJA

Tidak mudah melatah dengan pertuduhan tersebut, kata Ezuwan, “Tiada istilah meniru sesiapapun. Fesyen ini pendek kata kenalah dengan musim pandemik. Ia mesra SOP,” jawabnya ringkas.

Apa pendapat korang? LOVE IT or HATE IT?

 

Published by
FZ