Pelakon Uqasha Senrose mengakui sehingga kini masih trauma dengan kejadian suaminya, Kamal Adli dipukul seorang lelaki sehingga cedera teruk di kepala semalam semasa berada di Singapura.
Menerusi sesi siaran langsung di Instagram pada petang tadi, Uqasha merasa sedemikian kerana belum pernah menyaksikan kejadian seseorang dipukul menggunakan sebatang besi berlaku di hadapan matanya sendiri.
Impak daripada insiden yang brlaku di antara jam 9 malam hingga 10 malam tadi itu, Kamal terpaksa dikejarkan ke hospital dan ditidurkan sebelum dibedah.
Bagaimanapun, tegas Uqasha, dia enggan insiden yang masih disiasat pihak polis Singapura itu untuk mengeruhkan hubungan baik di antara peminatnya di negara Malaysia dan di Singapura.
Ads
“Ia boleh jadi dekat mana-mana pun. Jangan pula hanya disebabkan seorang pelaku, satu negara kena.
“Apa yang jadi dekat Sha dan Kamal adalah satu pengajaran kepada semua orang untuk lebih berhati-hati. Sebab kita tidak tahu siapa suka kita, siapa benci kita.”
“Jadi Sha berharap jangan bergaduh antara Malaysia dan Singapura kerana benda ini. Malang yang tidak berbau, bukannya semua orang Singapura jahat.”
“Tolong, jangan tambah-tambah cerita. Jangan marah. Jangan salahkan orang Singapura, jangan salahkan Malaysia. Sha hendak jelaskan di sini orang Singapura semuanya baik-baik dan tolong kami sewaktu terkena.
“Tapi kerana benda nak jadi..,” ulasnya dalam nada sebak.
Ads
Dalam pada itu, Uqasha masih belum diberitahu mengenai butiran lanjut mengenai suspek berkenaan dan motif di sebalik perbuatannya menghayunkan sebatang besi ke arah Kamal berulang kali.
“Sampai sekarang masih belum tahu apa motif dia. Orang itu tak gila, tapi saya tidak tahu motifnya kerana tiada pergaduhan (berlaku).
“Memang niatnya untuk membunuh. Sebab itu bila dia tidak mengena di belakang kepala, itu yang dia halakan ke pipi dan badan. Kalau nak kata dia hitman kenapa dia boleh buka topeng muka dan provoke kami,” tambahnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika hari Isnin lalu, seluruh negera kecuali negeri Sarawak diumumkan berada di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi melandaikan jumlah kes positif COVID-19 pada setiap hari.
Hari ini, Sarawak kembali berada dalam keadaan lebih berjaga-jaga apabila ia negeri Bumi Kenyalang tersebut mencatatkan jumlah kes harian tertinggi COVID-19 dengan 255 kes baharu dilaporkan pada hari ini.
Menurut laporan Awani, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sawarak turut mengesahkan 2 kematian yang direkodkan di Sibu. Perkembangan harian ini menjadikan jumlah kes positif keseluruhan di Sarawak setakat ini mencecah angka 3,379 kes manakala seramai 28 mangsa telah meninggal dunia akibatnya.
Tinjauan di media sosial mendapati warganet merasakan sikap ambil lewa masih menjadi punca utama kepada kegagalan membendung merebaknya wabak COVID-19 bukan hanya di Sarawak tetapi juga di negeri-negeri lain.
Masih ramai yang gagal untuk memastikan diri mereka dikuarantin secara berdisplin. Malah ramai juga yang dipercayai masih mengambil ringan keperluan untuk segera berjumpa doktor dan mengikuti nasihat kesihatan apabila mempunyai gejala.
Adakah korang rasakan Sarawak harus diletakkan di bawah status PKP semula apabila jumlah kes di sana semakin meningkat? Atau cukup sekadar meletakkan arahan sekatan rentas daerah dan bahagian di sana.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau korang memang peminat setia Disney, pasti ada yang pernah mengikuti siri Wizards of Waverly Place yang dibintangi oleh pelakon terkenal Selena Gomez, David Henrie dan Jake T. Austin.
Buat pertama kalinya di Malaysia, Disney Channel mempersembahkan sitkom fantasi dalam pengembaraan keluarga Malaysia yang diadaptasi daripada siri Wizards of Waverly Place.
Wizards of Warna Walk mengisahkan tentang keluarga D’Cruz, tiga adik-beradik yang mempunyai kebolehan ajaib, Amelia, Alissa dan Aiden bersama ibu dan ayah mereka, Norman dan Jasmin.
Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Afdlin Shauki dan Carmen Soo, korang juga bakal melihat bakat-bakat baru seperti Emma Sofea, Mia Sara dan Idan Aeden.
Paling mendapat perhatian media ketika ditemui di majlis pelancaran siri terbaru Astro Channel ini, pelakon cilik Emma Sofea yang baru berusia 13 tahun. Lakonannya mendapat pujian oleh pelakon berpengalaman Afdlin Shauki dan Carmen Soo.
Walaupun baru pertama kali berlakon, Emma tidak nampak kekok ketika berhadapan dengan kamera. Menjadi impiannya untuk muncul di kaca TV, kini Emma meluahkan rasa syukur kerana bakal beraksi dalam siri Wizards of Warna Walk ini.
“Menjadi sebagai daripada tenaga kerja Wizards of Warna Walk merupakan satu magicalexperience yang saya tidak akan lupakan. Dapat berkerjasama dengan pelakon-pelakon berbakat, ia adalah satu perasaan yang tidak dapat digambarkan,” jelas Emma.
Selain itu, korang juga bakal menyaksikan paduan lakonan anak beranak dalam siri ini. Kalau yang tak tahu lagi, Mia Sara merupakan anak kepada Afdlin Shauki yang membawa watak sebagai seorang ayah dalam keluarga D’Cruz.
“Sebelum ni Mia hanya ikut ayah berlakon dan hanya menjadi pelakon extra saja. Kali ini, buat pertama kalinya dapat berlakon bersama-sama dengan ayah sendiri dan ia merupakan satu pengalaman yang menarik,” kata Mia.
Antara selebriti jemputan yang bakal beraksi dalam siri ini adalah seperti Zalif Sadek, Fikhree Bakar, Vicha Barbie dan Zain Hamid.
Wizards of Warna Walk ini bakal menemui penonton mulai 30 Ogos 2019 di siaran Disney Channel (Astro Ch 615) pada jam 1 petang.
Stay tuned guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dugaan akhir tahun 2021, hujan lebat baru-baru ini merupakan bencana paling teruk melanda negara dalam 50 tahun ini.
Terbaru, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga jam 9 pagi ini.
Antara negeri yang terlibat ialah Selangor iaitu di kawasan Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang. Manakala, ribut petir juga dijangka akan melanda keseluruhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka.
Selain itu Negeri Sembilan iaitu di Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin dan di Johor yang melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru juga dilanda cuaca buruk itu.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga diramal akan melanda Sarawak iaitu di Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Bintulu (Tatau) dan di Sabah iaitu Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat),” kata MetMalaysia.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Malah MET Malaysia juga mengingatkan rakyat Malaysia berjaga-jaga sehingga 29 Disember nanti.
Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berjaga-jaga, terutamanya kawasan yang sebelum ini telah dinaiki air. Diharap tidak ada sebarang banjir kilat lagi yang berlaku dan semoga kita semua dilindungi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Twitter Met Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...