Persengketaan antara tentera Iran dan Amerika Syarikat (AS) membuatkan Malaysia Airlines mengelak daripada menggunakan laluan udara Iraq bagi penerbangan dua hala untuk destinasi London, Jeddah dan Madinah.
Hal ini terjadi susulan Iran melancarkan tembakan roket ke atas dua pangkalan tentera rentetan insiden pembunuhan Panglima Tentera Iran, Qasem Soleimani dalam serangan tengah malam di Iraq yang diluluskan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
.
Menurut Berita Harian, Malaysia Airlines sedang aktif menjalankan pengawasan menerusi sistem pengawasan penerbangan dan dibantu pelbagai laporan pentaksiran termasuk keselamatan global.
Ads
Semua pesawat turut dilengkapi Komunikasi Satelit (SATCOM) bagi berkomunikasi secara terus bagi sebarang maklumat kritikal dan tindakan, termasuk mengatur semua laluan.
Kalau korang yang mungkin tak tahu, Soleimani mengetuai sayap luar negara Pengawal Revolusi dianggap sebagai tokoh kedua paling berpengaruh selepas Khamenei.
Ads
.
Disebabkan itu kumpulan pro-Iran meningkatkan ancaman ke atas aset AS dengan peluru berpandu dan memberi amaran kepada tentera Iraq, sebahagian daripada kemarahan berikutan pembunuhan Soleimani.
Ads
Rentetan itu, Trump memberi amaran AS menyasarkan 52 lokasi di Iran dan akan menyerang dengan amat pantas dan amat keras jika republik itu menyerang rakyat atau aset AS.
Ish, takut pula bila mendengar cerita serang menyerang ni. Sama-sama kita doakan agar semoga semuanya kembali baik seperti biasa dan tiada individu yang tidak bersalah terkorban dalam persengketaan mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada ketika kita rasa malas untuk beribadah. Terutama bila dah habis Ramadan. Perkongsian dari Dr Ahmad Sanusi mengenai doa yang perlu kita baca ada kelesuan dan hilang semangat dalam ibadah.
1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah pernah mengingatkan kepada kita bahawa akan ada satu ketika, manusia berasa lemah dan lesu setelah lama mengabdikan diri kepada Allah. Semangat mereka semakin pudar sekalipun telah lama beribadah kepada Allah. Ia seakan kelesuan yang berlaku setelah Ramadan. Dalam sabdanya, Rasulullah mengingatkan kita:
إنَّ لِكُلِّ عملٍ شِرَّةً ، ولِكُلِّ شِرَّةٍ فترة ، فمنْ كان فترتُهُ إلى سنتي فقدِ اهتدى، ومَنْ كانَتْ إِلى غيرِ ذَلِكَ فقدْ هَلَكَ
“Sesungguhnya setiap amalan ada waktu shirrah (kuat keinginan dan bertenaga), dan setiap waktu shirrah ada waktu fatrah (lemah dan lesu). Maka, barangsiapa yang dalam tempoh lesu amalannya itu dia masih kekal dalam sunnahku, maka dia berada di atas petunjuk, dan sesiapa yang dalam tempoh lesunya itu mengikut (melakukan) selain (sunnah) itu, maka dia akan binasa.” (HR Ahmad, dinilai Sahih oleh al-Arna’ut)
2. Perhatikan disini bagaimana Rasulullah memahami tabiat jiwa manusia. Renungkan kembali bagaimana kesungguhan dan tenaga manusia beribadah dalam bulan Ramadan. Solat sunat dan puasa mereka dilakukan dengan konsisten. Namun, setelah berlalunya Ramadan, semangat itu semakin pudar dan kelesuan menyelubungi jiwa.
3. Titik kelesuan inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam hadis. Lalu Rasulullah berpesan agar kita kekal dalam sunnahnya dan jangan melakukan dosa atau maksiat yang bercanggah dengan Islam. Jangan pula seusai Ramadan, manusia kembali kepada maksiat.
4. Dalam menghadapi situasi ini, Saidina Ali pernah berpesan: إن النفس لها إقبال وإدبار، فإذا أقبلت فخذها بالعزيمة والعبادة، وإذا أدبرت فأقصرها على الفرائض والواجبات “Sesungguhnya jiwa manusia ini bersifat bolak-balik (sekejap menghadap ke hadapan, seketika menghadap ke belakang). Maka ketika jiwa menghadap ke hadapan (iaitu sedang bertenaga), maka ambillah peluang ini dengan penuh kesungguhan dan beribadah (azimah). Namun sekiranya jiwa mula lesu, maka kekal dan kukuhlah atas amalan yang fardu dan wajib (jangan sampai tinggal perkara yang wajib).
5. Begitu juga dari aspek dakwah. Adakalanya jiwa manusia bersemangat mengajak dan menyeru kepada kebaikan. Namun akan datang satu tempoh (futur) dimana mereka merasa penat dalam perjuangan ini.
6. Maka tempoh kelesuan ini amalkanlah doa yang pernah dipatrikan oleh Allah dalam al-Quran: رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ “"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri hidayah petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.” Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kata orang rezeki yang tak disangka itu umpama rezeki berganda.
Inilah rezeki penduduk ketiga-tiga buah Wilayah Persekutuan di Malaysia.
Mulai esok (16 November 2020), mana-mana individu atau keluarga yang terjejas dari segi ekonomi akibat COVID-19 boleh membuat permohonan zakat kecemasan secara atas talian.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memperuntukkan sebanyak RM9.5 juta di mana zakat berjumlah RM500 akan diberikan sekali sebelum 31 Disember 2020 bagi membantu individu terjejas.
Menerusi Facebook rasmi MAIWP, pihak mereka memaklumkan akan mula membuka permohonan Bantuan Zakat Kecemasan mulai esok sehingga 27 November 2020.
Bagi mereka yang pernah menerima bantuan zakat kecemasan pada bulan April lalu juga boleh kembali membuat permohonan kerana ia terbuka kepada sesiapa yang dirasakan layak.
Untuk pengetahuan, pada hari ini penduduk Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan bebas memacak khemah niaga tanpa diganggu kemungkinan disaman oleh Dewan Bandaraya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semalam mungkin merupakan hari menakutkan bagi penduduk yang tinggal berhampiran pantai di Louisiana, Amerika Syarikat.
Ini kerana 10 puting beliung terbentuk secara serentak di luar pantai Louisiana di negara Uncle Sam itu. Walau tiada kemalangan jiwa dicatatkanya namun jika pusaran ini membadai kawasan sekitarnya, kemusnahan teruk pasti terjadi.
Dalam pada itu, putting beliung paling banyak pernah dicatatkan di Lake Michigan adalah sebanyak 9 pembentukan dan kejadian yang berlaku semalam mencatatkan satu rekod baru di negara tersebut.
Menurut Wikipedia, puting beliung atau tornado ialah sebuah tiub angin berpusing yang menyentuh tanah dan awan kumulonimbus. Angin yang berada di dalam puting beliung berpusing dengan pantas dan menjadikan puting beliung sangat berbahaya.
Kebanyakan puting beliung mempunyai angin selaju 175 km/j atau kurang, dengan lebar 250 kaki (75 meter), dan bergerak beberapa kilometer sebelum "lenyap". Walau bagaimanapun, sesetengah puting beliung mempunyai angin selaju 480 km/j, dengan lebar lebih daripada (1.6 km), dan boleh bergerak melebihi 100 kilometer.
Puting beliung seringkali terjadi semasa hujan ribut petir angin kuat dan mendatangkan banyak kemusnahan kepada apa-apa sahaja yang disentuhnya.
Bagaimana puting beliung terjadi?
Puting beliung boleh terjadi hasil aktiviti di dalam awan kumulonimbus yang besar semasa ribut petir dahsyat. Puting beliung juga boleh berlaku bersama taufan.
Dalam kebanyakan ribut petir yang berlaku di dunia, udara panas naik membawa wap air dan membentuk awan kumulonimbus dan hujan membawa udara sejuk ke bawah pada tempat yang sama, oleh itu angin ribut kencang tidak terbentuk. Tetapi sesetengah ribut petir pula menghasilkan angin kencang di dalam awan akibat turun naik udara panas dan sejuk secara serentak serta turun naik udara panas dan sejuk yang tidak berlaku pada tempat yang sama, dikenali sebagai fenomena angin ricih.
Sekiranya angin ricih kencang tersebut berubah bentuk daripada melintang di dalam awan kepada menegak, angin kencang berbentuk corong akan terbentuk dan pusaran angin berbentuk corong tersebut dikenali sebagai puting beliung.
Kemusnahan dan lokasi berlakunya puting beliung
Puting beliung dikategori mengikut Skala Fujita, daripada F0 sehingga F5. F0 mempunyai kelajuan angin paling rendah manakala F5 mempunyai kelajuan angin paling tinggi.
Amerika Syarikat ialah negara yang paling banyak mengalami bencana puting beliung tetapi ini tidak bermakna negara-negara lain tidak akan mengalami bencana ini. Puting beliung boleh terjadi di mana-mana tempat di dunia. Kawasan yang paling kerap dilanda ribut petir di Amerika Syarikat ialah di kawasan lembangan yang dilindungi Banjaran Rocky dan Banjaran Appalachian. Kawasan tersebut dikenali sebagai Lembah Puting Beliung (Tornado Alley).
Puting beliung amat sukar diramal dan ia hanya dapat diramalkan apabila titik tekanan rendah di dalam awan kumulonimbus dikesan oleh radar Doppler. Akibatnya, penduduk di kawasan yang diramalkan akan dilanda puting beliung hanya mempunyai masa yang sangat terhad untuk pergi ke tempat perlindungan.
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...