Berita baik buat korang yang kaki travel, Malaysia Airlines Travel Fare (MATF) menawarkan potongan sehingga 45 peratus tambang ke destinasi domestik dan antarabangsa terpilih. Tawaran ini dibuka pada 25 Mac lalu hingga 4 April depan.
Korang boleh menikmati diskaun manfaat perjalanan dengan potongan 25 peratus ke atas penambahan, termasuk pemilihan tempat duduk, bagasi tambahan dan pakej lain. Bagi destinasi domestik, tambang bermula serendah RM79 sehala ke destinasi dalam Semenanjung Malaysia menggunakan kelas ekonomi, manakala tambang kelas perniagaan bermula daripada RM379 sehala bagi penerbangan Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak.
Antara destinasi antarabangsa yang terpilih pula adalah London, India, Singapura, Phnom Penh, Ho Chi Minh, Manilla, Colombo, Kathmandu, Perth, Brisbane, Adelaide, Sydney dan Melbourne. Tempoh perjalanan boleh dilakukan sehingga 30 November 2022.
So guys apa tunggu lagi, kita pun dah boleh ke luar negara dengan tenang selepas 1 April ni. Hiks!
Selamat bercuti!
Ads
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Langkah dibuat oleh DYMM YDP Agong, Sultan Abdullah menghantar makanan kepada petugas media yang membuat liputan semasa peralihan kuasa bulan lalu pasti masih diingati oleh seluruh rakyat Malaysia.
Bermula dari KFC, dikuti patin tempoyak, Mc Donald dan lain-lain makanan kerana petugas media perlu bersedia 24 jam untuk mendapatkan bahan berita, hari-hari seterusnya selepas melihat baik budi Sultan Abdullah mengagihkan makanan bermulalah episod terlalu banyak syarikat menghantar makanan sehingga petugas media mendapat begitu banyak hadiah juga makanan.
Langkah YDP Agong Sultan Abdullah mengagihkan makanan kepada petugas media amat dipuji warga media dan seterusnya begitu banyak syarikat lain berbuat demikian secara percumaBanyak syarikat prihatin menghantar makanan dan minuman di hadapan Istana Negara semasa peralihan kuasa tempoh hari
Milo, Nescafe, Saji, Ali Maju, HOUSEBOOM, Redoxon dan pasar raya Giant serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) turut memberi sumbangan makanan, minuman serta kelengkapan asas kepada petugas media. Itu belum lagi payung, tuala, tisu basah, power bank, penyembur sanitizer dan pengalas tempat duduk untuk memudahkan petugas media membuat kerja.
Namun di saat Malaysia diuji dengan wabak Covid-19 yang semakin menggila dengan 673 kes dicatatkan dengan mencatat dua kematian, dapat kita lihat petugas barisan hadapan iaitu para doktor, jururawat, pemandu van hospital dan lain-lain jawatan bertungkus lumus berbungkus dalam keadaan panas demi mempertahankan nyawa pesakit telah dijangkiti Covid-19.
Petugas barisan hadapan perlu memakai sut yang agak panas demi memastikan pesakit dijangkiti Covid-19 kesihatan mereka dapat dijaga dengan sempurnaBayangkan berapa kali perlu buka dan pakai sut sebegini kalau mahu ke tandas, berwudhu dan sebagainya semasa hari kerja mereka
Dapat kita lihat dengan baju berbungkus bagi mengelak petugas barisan hadapan dijangkiti, ditambah bukan mudah untuk memasang dan memakainya kembali, dalam sut yang pastinya panas, ada pula dikisahkan doktor dan jururawat yang tidak pulang ke rumah kerana bimbang ahli keluarga dijangkiti, sudah tentulah pengorbanan mereka cukup besar.
Satu pertanyaan, tiadakah siapa yang sudi menghantar makanan dan minuman kepada petugas barisan hadapan ini?
Bukan mahu membuat perbandingan tapi pekerjaan setiap orang adalah penting.Cuma di mana kita berada dan gerak kerja bagaimana. Moga kita lebih prihatin. Atau perlu YDP Agong Sultan Abdullah mulakan dahulu dan baru berpusu-pusu syarikat lain ikut? REMAJA tanya saja!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila pemainan menjadi lebih penting daripada tugas hakiki, inilah kenyataan pahit yang harus ditelan oleh dua anggota polis Los Angeles. Mahkamah telah memutuskan ketetapan itu pada Jumaat lalu bahawa bahawa Los Angeles Police Department (LAPD) wajar memecat Louis Lozano dan Eric Mitchell kerana salah laku yang dilakukan mereka.
Biarpun keputusan ini baru diperdengarkan, kejadian tersebut berlaku lebih empat tahun dahulu pada 15 April 2017.
Dalam insiden itu, sistem video dalam kereta peronda yang dinaiki mereka mengesan kedua-dua pegawai tersebut sedang membincangkan cara menangkap watak watak-watak Pokemon dalam permainan atas talian itu dan kemudiannya mengabaikan panggilan kecemasan mengenai rompakan terhadap pusat membeli belah Macy’s.
Walaupun mereka menafikan perkara tersebut dan berkata merek sekadar bercakap tentang permainan itu, namun setelah siasatan dilakukan ia bukanlah seperti yang diperkatakan. Siasatan mendedahkan bahawa Lozano dan Mitchell mendengar panggilan itu tetapi memilih untuk mengabaikannya demi mengejar Snorlax berdekatan, watak Pokémon.
Sistem video dalam kereta pasangan itu mendedahkan bahawa Mitchell berjaya menangkap Snorlax sebelum pasangan itu memandu ke lokasi di mana watak Togetic telah dikesan. Setalah tiba di kawasan tersebut, kedua-dua meeka berjaya menawan Togetic.
Mereka dipecat selepas Lembaga Hak Polis sebulat suara memutuskan bahawa kedua-dua pegawai itu melakukan salah laku yang tidak profesional dan memalukan serta melanggar kepercayaan orang ramai.
Namun begitu mereka membalas hujah bahawa rakaman itu tidak sepatutnya digunakan dalam prosiding tatatertib mereka, dan berkata mereka telah dinafikan perlindungan Akta Rang Undang-Undang Hak Prosedur Pegawai Keselamatan Awam. Walaubagaimanapun, mahkamah tidak bersetuju.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1), (2)
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rayakan sebulan! Ini mungkin istilah yang biasa kita dengar sejak berpuluh tahun lalu malah mengambil kira senario tahun-tahun sebelum ini di penghujung Syawal masih ramai yang membuat rumah terbuka.
Namun untuk raya tahun ini, nampaknya rakyat harus membiasakan diri dengan konsep norma baru apabila konsep ziarah menziarahi ini hanya boleh dilakukan pada hari raya pertama sahaja demi untuk mengelak penularan wabak corona virus yang masih belum berakhir.
Memetik laporan Sinar Harian dalam sidang akhbar hari ini, kerajaan sekali lagi mengingatkan rakyat di negara ini bahawa sambutan atau ziarah-menziarahi pada Aidilfitri kali ini hanya dibenarkan pada hari pertama sahaja.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika lebih daripada tempoh tersebut, bermakna ia telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
"SOP perayaan itu jelas bahawa sambutan hanya pada hari raya pertama. Kalau kata seseorang itu tidur di rumah yang dilawati pada hari pertama dan masih berada pada di rumah tersebut pada jam 12.01 pagi, ia telah lebih daripada 24 jam.
"Andai kata dia masih nak beraya pada hari kedua, ia salah daripada segi SOP yang dikeluarkan," katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.
Ditanya mengenai pergerakan rentas daerah dalam negeri sama yang dibenarkan pada musim perayaan dan saranan kerajaan Johor agar rakyatnya tidak melakukan perkara tersebut, beliau berkata, perkara tersebut selaras dengan keputusan kerajaan, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Ia tidak menyekat tetapi tidak menggalakkan. Kalau kita perhatikan setiap hari Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa walaupun ada kebenaran atau kelonggaran rentas daerah tetapi ia tidak digalakkan.
"Walaupun dibenarkan pergerakan rentas daerah tetapi tidak digalakkan untuk melakukannya. Kalau boleh bukan hanya pergerakan antara daerah tetapi pergerakan di luar rumah," katanya.
Sumber gambar : BERNAMA / Google (gambar raya sebagai hiasan)
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!