
Siapa saja yang tidak rambang mata bila melihat promosi yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan. Waktu inilah kita nak merancang percutian bersama orang tersayang dengan kadar harga yang lebih murah dan menjimatkan.
Menurut Sinar Harian, mulai sekarang hingga 21 Jun 2019 nanti, korang boleh menikmati tambang rendah ‘Fly Now Deals’ Malaysia Airlines yang menawarkkan tambah serendah RM339 pergi balik kelas ekonomi, orang ramai boleh merancang perjalanan mereka dari Kuala Lumpur ke Medan, Bali daripada RM689, Hong Kong RM719, Manila RM789, Chennai RM939, Beijing RM1,119, Seoul dari RM1,209, Tokyo RM1,399, Sydney RM1,549, atau London daripada serendah RM2,899.
Selain daripada Fly Now Deals ini, Malaysia Airline juga menawarkan diskaun 15 peratus bagi standard seat dengan 10kg tambahan bagasi, MHinsure, pilihan tempat duduk, bagasi tambahan selain akses ke Golden Lounge.
Sudah pasti berita ini mendapat perhatian daripada netizen yang ingin mengambil peluang untuk bercuti.
Apa tunggu lagi guys? Jom book tiket untuk percutian akhir tahun ini.
Senarai 162 Produk Yang Tidak Berdaftar Di KKM Dan Dikesan Ada Kandungan Bahan Terlarang

Terdapat banyak sangat produk kesihatan yang dijual sama ada secara online atau pun di toko-toko ubat yang kita sendiri tidak tahu bahan apa yang digunakan untuk menghasilkan produk tersebut.
Kali ini, Remaja nak kongsi kan senarai terkini produk tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah dianalisa oleh Medical Mythbusters Malaysia dan dikesan mengandungi bahan terlarang.
Menurut laporan yang ditulis pada laman Facebook mereka, ubat tidak berdaftar amat tidak digalakkan penggunaannya kerana biasanya produk-produk seperti ini tidak pernah di analisa oleh mana-mana pihak, terutamanya KKM. Dikhuatiri ianya dikilangkan di tempat yang tidak mengikut standard yang membawa risiko pencemaran dan lain-lain lagi.

Selain itu, produk tersebut mungkin saja dicampur dengan bahan terlarang demi memberi kesan segera dan melariskan penjualan semata-mata. Biasanya bahan terlarang ini terdiri dari ubat terkawal ataupun racun berjadual contohnya seperti steroid dan lain-lain lagi. Ubat terkawal atau racun berjadual ini hanya boleh dibekalkan oleh doktor ataupun ahli farmasi melalui preskripsi daripada doktor.
Penggunaan ubat tidak berdaftar yang telah dicampurpalsu bahan terlarang ini menyebabkan pengguna “terpaksa rela” menelan “bahan terlarang” a.k.a steroid/racun berjadual tanpa sedar dan tanpa pemantauan serta dos/sukatan yang betul daripada mereka yang berkelayakan yang mungkin mengundang risiko masalah kesihatan yang lain dan mungkin mengundang maut.
Jadi, dinasihatkan agar semua pengguna menyemak ubat yang digunakan sama ada diluluskan KKM atau pun tidak. Dua cara mudah yang anda boleh lihat pada ubat berdaftar KKM adalah nombor MAL dan hologram meditag.
Berikut merupakan senarai produk-produk yang tidak berdaftar dengan KKM:
Kenapa kita disuruh untuk menggunakan ubat yang diluluskan KKM? Sebab ia dijamin selamat, berkesan dan berkualiti oleh kerajaan.
So, jangan malas untuk buat sedikit semakan demi kesihatan diri dan juga keluarga tercinta.
COVID-19 Di Malaysia Makin Tak Terkawal, Barisan Doktor Pakar Mohon Kerajaan Lebih Serius

Saban hari, semakin ramai individu dijangkiti wabak Covid-19 tanpa mengira umur dan latar belakang seseorang, termasuklah di kalangan rakan dan saudara rapat kita.
Merekodkan bilangan kes wabak COVID-19 yang tertinggi dalam masa satu hari, iaitu 3,027 bukan satu benda yang patut dibanggakan dan dijadikan ‘bahan’ jenaka oleh rakyat Malaysia.
Malah ini merupakan petanda buruk buat kita semua dan menimbulkan kegusaran bukan sahaja di kalangan masyarakat tapi dikalangan para frontliner terutamanya para doktor.

Semakin hari, semakin tidak terkawal
Pecahan kes baharu (3,027)
Johor
893 kluster sedia ada
57 kluster baharu (Senai Murni)
93 saringan kontak rapat
57 lain-lain saringan
3 importSelangor
168 kluster sedia ada
64 kluster baharu (Damai Pelangi & Tapak Bina Hartamas)
332 saringan kontak rapat
142 lain-lain sarigan pic.twitter.com/7p4rqCPM62— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) January 7, 2021
Menurut Malaysiakini, seramai 46 doktor pakar kesihatan terkemuka telah bertindak menghantar surat terbuka kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Barisan pakar ini menyuarakan kebimbangan dan merayu agar kerajaan Malaysia menyediakan satu strategi baharu bagi mengatasi kadar jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat saban hari.
Mereka juga meminta agar proses mendapatkan vaksin COVID-19 dipercepatkan, manakala maklumat mengenai vaksin disampaikan kepada rakyat Malaysia.
Di akhir surat, mereka turut memohon agar isu COVID-19 tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak dan fokus utama adalah untuk meratakan keluk jangkitan. Bagi korang yang ingin membaca surat terbuka 46 doktor kepada Perdana Menteri, boleh klik disini.
Status Terkini #COVID19, 7 Januari 2021
Kes sembuh=2,145
Jumlah kes sembuh=102,723 kes
Kes baharu positif=3,027 kes (3,021 tempatan, 6 import)
Jumlah positif=128,465
Kes kematian=8
Jumlah kes kematian=521 kes
Kes dirawat di ICU=142 kes
Bantuan Alat Pernafasan=63 kes pic.twitter.com/GEUManGshP— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) January 7, 2021
Selain itu menurut laporan Sinar Harian pula, bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bersama tiga rakannya yang juga merupakan bekas Menteri menyeru kerajaan untuk lakukan saringan Covid-19 besar-besaran memandangkan begitu banyak kes positif Covid-19.
Lebih menakutkan sebanyak 80 peratus pesakit Covid19 tidak menunjukkan sebarang gejala.

Selain itu, aplikasi MySejahtera juga perlu diperbaiki dan menambah baik keseluruhan sistem pengesanan kontak yang digunakan iaitu MySejahtera. Hal ini kerana hanya MySejahtera yang dilaporkan hanya mampu mengesan empat peratus daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di Malaysia.
So, harap korang terus berjaga-jaga dan menjaga kesihatan masing-masing. Moga kita terhindar dari virus pendemik yang merbahaya ini. Kalau tak ada keperluan tak perlu keluar rumah atau kurangkan aktiviti luar. Sentiasa mencuci tangan dan ikut SOP.
Sumber : Malaysia Kini, Sinar Harian, KKM,
Jangan Ingat Perbuatan ‘Lempar Kucing’ Boleh Terlepas, Remaja Lelaki Sarawak Kini Dicari

“Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tida memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah.”
– Riwayah Al-Bukhari (3318) –
Perbuatan tular seorang remaja lelaki yang melemparkan kucing ke udara semata-mata untuk merekodkan video di aplikasi TikTok kelmarin telah dikutuk netizen Malaysia. Malah, perbuatan tersebut telah menerima perhatian daripada Persatuan Haiwan Malaysia ( Animal Malaysia) yang kini memoho kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai pelakunya itu.
Berdasarkan informasi yang diterima wakil persatuan menerusi maklum balas di akaun Facebook Rasmi Persatuan Haiwan Malaysia, remaja lelaki tersebut dipercayai berasal dari Sarawak dan lokasi keberadaannya telahpun diketahui.
Catat mereka, “Pelaku dipercayai seorang pelajar di Limbang dan menetap di Kuarters Kerajaan Sundar, dekat Lawas, Sarawak.
“(Dia) perlu tampil dan serah diri segera. Apa yang dilakukan adalah (terhadap) makhluk bernyawa dan tentunya ada risiko kecederaan mahupun kematian. Rata-rata masyarakat menganggap perbuatan tersebut kejam dan tidak berakal,” kata mereka.
Menurut laporan temuramah oleh rakan media di Harian Metro semalam bersama presiden persatuan, Arie Dwi Andika, mereka telah cuba untuk mendapatkan maklum balas remaja itu menerusi akaun Instagram-nya. Bagaimanapun, akaun trsebut telah dinyahaktif (deactivate) selepas dipercayai diserang oleh netizen.
Lalu sesiapa yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian dan identiti remaja lelaki itu boleh menyalurkannya kepada persatuan dengan menghantar kiriman WhatsApp ke nombor +6011 20901097 dengan segera.
*
Tidak kiralah jika korang ingin berhibur dan berseronok dengan aplikasi media sosial, itu tidak bermakna setiap tindakan itu dibolehkan dan tidak mendatangkan akibat yang memudaratkan.
Walaupun hanya melibatkan haiwan dan bukannya manusia, perbuatan seperti melempar ini juga boleh dianggap sebagai satu bentuk kezaliman, jenayah dan memperalatkan haiwan demi meraih likes dan pengikut.
Berani buat, beranilah tanggung.
‘Buddy’ Kucing Jalanan Yang Berani, Pernah Ditembak Di Kepala Kini Kembali Sihat – REMAJA