Malaysia Akan ‘Hilang’ Dalam Peta Dunia Menjelang 2050, Seriuslah!

Share

Dunia semakin nazak, akibat pencemaran alam yang berpunca daripada sifat tidak bertanggungjawab manusia dan tidak mustahil negara kita, Malaysia bakal hilang dari radar akibat pemanasan global.

Jika Ogos lalu, kita digemparkan dengan jangkaan negara jiran Indonesia bakal tenggelam satu per tiga menjelang 2050, hari ini kita sendiri didedahkan bahawa Malaysia turut akan mengalami nasib yang sama.

Kajian yang dilakukan oleh Nature Communication, iaitu sebuah badan yang menerbitkan jurnal-jurnal berkualiti tinggi  mendedahkan bahawa Malaysia juga bakal terjejas dan ‘tenggelam’ menjelang tahun 2050 kelak.

Menggunakan Digital Elevation Models (CoastalDEM), mereka mendapati sembilan buah negeri di Malaysia akan tenggelam dan membentuk sebuah pulau dan menjejaskan berjuta-juta penduduk, antaranya di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sarawak kerana berada di bawah paras air laut.

Antara bandar yang terjejas

  • Alor Setar

*Kawasan sepanjang Parit Buntar hingga ke Taiping juga tidak kelihatan.

*Lebuhraya Utara-Selatan tenggelam.
*Bagan DatohTeluk Intan dan Kuala Selangor lenyap.
*Port Klang tenggelam, Shah Alam mengecil.

*KLIA bertempat di sebelah pantai. Wow macam di Lapangan terbang Kansai,Osaka pula!

*Muar & Melaka tenggelam.

*Pekan, Pahang juga tenggelam.

*Kuala Terengganu menggecil dan menjadi beberapa buah pulau.

*Kuching, Sarawak juga menggecil dan menjadi beberapa buah pulau.

Peta Dunia Terutamanya Asia Turut Terjejas

Bukan itu sahaja, di peringkat global, populasi Asia adalah yang paling banyak terdedah dengan kejadian kenaikan paras air laut dan boleh menjadi lebih teruk sekiranya faktor lapisan ais tidak stabil diambil kira iaitu sebanyak 70% dengan China sebanyak 43 jutaBangladesh 19 jutaVietnam 26 juta dan Thailand 17 juta.

Korang kena tahu yang bumi kita kian nazak dek kerakusan manusia. So demi melindungi masa depan dan  generasi yang akan datang , kita mestilah bersatu hati menjaga bumi dan Malaysia dari hilang dari peta dunia. Solusi dalam menyelesaikan masalah ini antaranya mengubah cara hidup ke arah yang lebih sejahtera kepada alam.

Apapun kita sebagai seorang muslim marilah berdoa agar Malaysia terus dilindungi dari bahaya. So lets save the earth!

Sumber: Centre for Governance and Political StudiesNature Communications

Published by
Nana