Malaysia Alami Cuaca Lebih Panas Dan Kering Hingga Pertengahan September – MetMalaysia

Share

Cuaca panas yang dihadapi negara buat masa ini membuatkan kebanyakan rakyat mengeluh kerana bahangnya begitu terasa. Walaupun kebanyakkan dari kita hanya duduk di rumah, namun bahang panasnya tetap terasa. Lagi-lagi bagi rumah yang tiada penghawa dingin.

Memetik laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), negara kita ketika ini sedang mengalami Monsun Barat Daya yang menyebabkan cuaca panas dan kering hingga pertengahan September.

Dilaporkan kebolehubahan cuaca iaitu Madden-Julian Oscillation (MJO) dan El Nino dipengaruhi tiupan monsun barat daya ini mengakibatkan suhu di kebanyakan tempat yang direkodkan antara 35 hingga 40 darjah celsius.

Namun, tiada gelombang haba berlaku di Malaysia setakat semalam.

“Berdasarkan pemantauan MetMalaysia terhadap gelombang haba hingga 21 Julai, tiada kawasan di negara ini yang terdedah dengan sebarang gelombang haba,” menurut kenyataan MetMalaysia menerusi e-emel hari ini mengenai cuaca panas dialami negara pada masa ini.

Selain itu, MetMalaysia memberitahu stesen meteorologinya tidak merekodkan suhu lebih daripada 35 darjah Celcius (°C) selama tiga hari berturut-turut, justeru pihaknya tidak menjangkakan suhu akan melebihi 40°C.

Jelasnya, 40.1°C adalah suhu tertinggi direkodkan di Malaysia ketika fenomena El Nino terkuat melanda negara pada 1998.

Fuh, ada kurang lagi dua bulan untuk korang menempuh ‘hari panas’ yang melanda negara kita.

Untuk mengelakkan daripada mengalami masalah kesihatan, orang ramai diminta untuk banyakkan minum air kosong dan jika tidak mempunyai urusan penting, elakkan berada di luar rumah atau bangunan.

Sumber: Harian Metro

Published by
Nana