Malaysia Bakal Alami Musim Panas & Jerebu, Hingga September 2022. Stay Safe Guys!

Share

Dengan situasi musim panas yang bakal melanda negara kita, sudah tentu kita sudah mula merasakan bahangnya dan rasa tidak selesa pada setiap masa.

ARTIKEL BERKAITAN :Cuaca Panas Lit-Lit Buat Sakit Kepala? Ini 8 Tip Mudah Hilangkannya

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), seiiring dengan permulaan musim Monsun Barat Daya kebanyakan kawasan di seluruh negara dijangka mengalami taburan hujan yang rendah mulai Sabtu ini (14 Mei) hingga pertengahan September nanti.

Malah, fenomena jerebu juga boleh berlaku dalam tempoh monsun ini sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal, terutama dalam tempoh dari Ogos hingga Oktober.

 

“Semasa Monsun Barat Daya, lazimnya angin bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara yang lebih rendah dan keadaan atmosfera yang lebih stabil.

“Ini menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan sepanjang tempoh ini. Sehubungan dengan itu, kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak berbanding musim lain,” 

kata MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Namun, hujan lebat berserta angin kencang dan petir berikutan fenomena garis badai masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah pada awal pagi.

Korang juga dinasihatkan untuk berjimat cermat dalam penggunaan air, berhati-hati ketika melakukan aktiviti luar serta tidak melakukan pembakaran terbuka dan paling penting, minum air yang secukupnya. Jika tidak mempunyai sebarang aktiviti luar, elakkan daripada kerap berada di luar rumah atau bangunan. Be safe guys!

Sementara itu, untuk melegakan tekak semasa musim panas ini, jom cuba resepi minuman lemon ini. Slurpp!

BACA LAGI : Resipi Ais Lemon Pudina Buat Hilang Haus, Puas Hati Wey

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana