Malaysia bakal menjadi tuan rumah temasya Sukan Sea edisi ke-34 pada 2027 selepas dipilih oleh Perseketuan Sukan Sea (SEAGF). Hal ini telah diumumkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di laman media sosial rasmi mereka.
BACA: Dhabitah Sabri Tidak Mengecewakan, Penerjun Tuai Emas Pertama Sukan SEA 2022
Ini merupakan kali ketujuh negara kita diberikan tanggungjawab untuk menjadi tuan rumah sejak kali pertama pada 1965 ketika temasya ini dikenali sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara (SEAP). Keputusan itu dibuat selepas SEAGF bersetuju dalam mesyuarat ahli majlis yang berlangsung di Hanoi dengan pemilihan berdasarkan turutan abjad. Dalam mesyuarat itu juga turut mengumumkan Singapura bakal menjadi tuan rumah bagi edisi ke-35 (2029).
Walau bagaimanapun, keputusan untuk memilih tuan rumah bagi Sukan 2031 ditangguhkan untuk membolehkan Laos mendapat kelulusan kerajaan. Laos pada asalnya dijadualkan menjadi tuan rumah Sukan Sea 2027 namun tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan mereka.
BACA: Syafiq, Dhabitah & Pandelela Pastikan Malaysia Sapu Bersih Emas Terjun
Negara jiran kita juga, Indonesia turut berminat untuk menjadi tuan rumah Sukan Sea 2027 atau 2029 tetapi disebabkan peraturan turutan abjad mereka perlu menunggu sekurang-kurangnya sehingga 2031, sekiranya Laos masih tidak dapat mendapatkan kelulusan.
Kemboja dijadual menganjurkan temasya itu buat kali pertama dari 5 hingga 16 Mei tahun depan, manakala Thailand menjadi tuan rumah bagi Sukan Sea 2025.
Untuk info, Malaysia kini mendahului kedudukan pertama dalam carta apabila berjaya meraih 9 pingat emas, tiga pingat perak dan 16 pingat gangsa sehingga malam tadi.
BACA: Memang Legend! 13 Pingat Emas Sukan SEA Sudah Ada Dalam Genggaman Ooi Tze Liang
Kami di Remaja ingin mengucapkan selamat maju jaya buat kontijen negara dan semoga bakal membawa lebih lagi pingat emas selepas ini.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.