Akhirnya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah pun mengumumkan bahawa Malaysia bakal memasuki fasa peralihan ke endemik COVID-19 mulai 1 April ini.
Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk melakukan penilaian risiko dan mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta meneliti syor Menteri Kuartet.
Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ merupakan ‘exit strategy’ untuk membolehkan masyarakat Malaysia kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.
Berikut adalah antara perkara-perkara yang korang perlu tahu dan beberapa SOP yang telah berubah selepas beralih ke fasa endemik ini.
Pemakaian tetap diwajibkan di tempat awam.
Waktu operasi kini mengikut syarat lesen operasi premis dan dibenarkan makan di kedai selepas pukul 12 tengah malam. *Part ni mesti ramai yang happy kan? Hiks!*
Wajib digunakan untuk daftar masuk. Tidak terpakai di kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan orang ramai. MYSJTrace adalah diwajibkan untuk tempat tertutup dipenuhi tetamu atau pengunjung.
Solat jemaah di masjid dan surau serta upacara sembahyang di rumah ibadat dibenarkan tanpa penjarakan fizikal. Namun, SOP terakhir bagi masjid dan surau adalah tertakluk kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri dan acara di rumah ibadat tertakluk kepada Kementerian Perpaduan Malaysia/Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain.
Tidak lagi tertakluk ke atas pekerja dan tidak diperlukan untuk aktiviti merentas negeri.
Had kapasiti 50% bagi aktiviti ramai dimansuhkan dan penjarakan fizikal masih sangat digalakkan.
Semoga dengan peralihan fasa ini dapat memberikan lebih keselesaan kepada masyarakat Malaysia, namun diingatkan sekali lagi agar tetap berhati-hati dan menjaga diri agar penularan COVID-19 tidak lagi berleluasa.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)