Malaysia Beriklim Khatulistiwa Tapi FAKTANYA 80% Remaja Malaysia Kurang Vitamin D…

Share

Menurut kajian terkini yang dijalankan oleh pengkaji dari Universiti Malaya menerusi Malaysian Health and Adolescents Longitudinal Research Team study (MyHeARTs), 8 dari 10 Remaja Malaysia mengalami kekurangan Vitamin D.

Kajian tersebut dijalankan kepada 1361 pelajar berusia 13 tahun di 15 sekolah di Malaysia.

Hasil kajian tersebut juga mendapati  empat kumpulan berisiko  kekurangan Vitamin D  yang terdiri dari kalangan remaja perempuan, remaja India, remaja yang tinggal di bandar dan remaja yang mengalami obesiti.

Sekalipun hal ini mungkin dipandang sepi oleh kebanyakan remaja yang belum tahu peri pentingnya kepentingan ini pada tubuh mereka faktanya mungkin boleh diambil peduli mulai hari ini.

Remaja menemubual Pakar Runding Diet, Jabatan Kemasyarakatan dan Pencegahan Perubatan, Fakulti perubatan, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Hazreen Abdul Majid, yang juga merupakan felo penyelidik Harvard School of Public Health tentang kajian ini.

Menurut Prof Madya Dr Hazreen, remaja yang kekurangan Vitamin D boleh menyebabkan mereka mengalami kurang kekuatan tulang yang akan menyebabkan kerapuhan. Jangka masa panjang akan menyebabkan osteoporosis sekiranya juga kurang pengambilan kalsium. Untuk kanak- kanak mungkin boleh menyebabkan rickets.

Ditanya tentang Malaysia sebagai sebuah negara mengalami iklim Khatulistiwa dan mengapa faktor ini terjadi, menurut  Prof Madya Dr Hazreen, sekali pun negara ini mengalami iklim Khatulistiwa tetapi  masa yang optimum untuk serapan vitamin D dari cahaya matahari  iaitu dari jam 9 pagi hingga 2 petang,  kebanyakkan golongan remaja kita berada dalam kelas atau bangunan. (sedang belajar di sekolah, kolej atau pun  universiti)

“Pada masa ini,  jarang kita dapat melakukan aktiviti fizikal disebabkan cuaca tetapi lebih elok sekiranya dapatkan pendedahan pada masa itu (sebelah pagi) melalui riadah walaupun di hujung minggu.

“Dari kajian lagi, makanan yang dimakan juga kurang kandungan vitamin D kerana ramai remaja kurang minum susu yang sememangnya kaya dengan vitamin D dan kalsium. Sumber lain yang kaya Vitamin D selalunya mengandungi gula yang tinggi,” katanya memaklumkan masalah kurang vitamin D  adalah kerana kurang terdedah kepada matahari dan kurang pengambilan makanan yang kaya vitamin D.

Bagi mengatasi masalah ini, Prof Dr Hazreen mencadangkan agar golongan remaja melebihkan senaman sekurang-kurangnya setengah jam setiap hari pada masa yang betul selain mengambil makanan yang kaya dengan mineral dan vitamin terutamanya Vitamin D.

Ini fakta tentang Vitamin D yang harus difahami…

Apakah Kepentingan Vitamin D?

Vitamin D penting dalam membantu dalam regulasi kandungan kalsium dan fosfate di dalam tubuh badan anda. Nutrient ini di perlukan untuk tulang dan otot yang sihat.

Remaja yang sihat adalah yang pandai menggunakan masa dengan sebaiknya

Apakah Kesan Kekurangan Vitamin D

Selain dari dari masalah tulang (rickett di kalangan kanak kanak) dan (Osteomalacia di kalangan dewasa), kekurangan Vitamin D juga telah di kenal pasti menjadi penyebab kepada risiko penyakit penyakit lain seperti:

Penyakit Jantung
Penyakit Kencing Manis & darah tinggi
Kanser
Penyakit Autoimun
Masalah fungsi kognitif dan pelbagai masalah masalah lain.

CAHAYA MATAHARI Sumber Utama Vitamin D

Tahukah anda, sumber utama bagi Vitamin D adalah dari cahaya matahari. Cahaya matahari diperlukan oleh tubuh badan untuk memproses Vitamin D dari bawah kulit anda.

Cara yang paling EFEKTIF,EKONOMI dan SIHAT untuk meningkatkan paras Vitamin D adalah dengan meningkatkan aktiviti di luar kelas.

Pelajar sekolah digalakkan untuk melakukan aktiviti di luar kelas semasa tempoh optimum iaitu pada 10 pagi ke 2 tengahari.

Tempoh masa yang di perlukan hanyalah 6-8 minit.

Bersukan aktiviti terbaik mendedahkan diri kepada cahaya matahari terutama di pagi hari

 

Matahari membekalkan vitamin D dan individu hanya perlu berada di luar rumah sekurangnya 6-8 minit setiap hari

Aktiviti ini bukan sahaja mampu meningkatkan paras Vitamin D dengan berkesan malah mungkin mampu membantu menangani masalah obesiti serta masalah mental di kalangan pelajar.

Kebiasaanya negara yang tidak mendapat sinaran cahaya matahari seperti negara hemisfera utara lebih berisiko untuk mendapat masalah ini. Masalah ini TIDAK sewajarnya terjadi bagi penduduk di sebuah negara yang menerima sinaran cahaya matahari intensif selama 7-8 jam setiap hari sepanjang tahun.

Sumber Vitamin D dari Makanan

Selain itu Vitamin D juga boleh di perolehi dari sumber makanan. Namun kandungannya terhad dan tidak sebanyak dari cahaya matahari.

Produk tenusu
Ikan Salmon, Sardin, Herring dan Mackerel
Daging
Hati
Kuning Telur

Makanan ini baik untuk sumber tenaga

Bukan sahaja di kalangan remaja,menurut kajian di Malaysia, paras Vitamin D juga di dapati RENDAH di kalangan

35% pelajar berusia 7-12 tahun kekurangan Vitamin D ( 2008)
47·5% pelajar berusia 8- 12 tahun kekurangan Vitamin D (2013)
73.3% wanita berusia 50-65 tahun kekurangan vitamin D (2004)

Aktif berpersatuan juga mampu memberikan kesihatan terbaik untuk golongan remaja

Kesimpulan dan saranan

Vitamin D merupakan nutrient penting untuk kesihatan.
Aktif dengan aktiviti di luar merupakan langkah paling berkesan untuk memperoleh kesihatan yang unggul dengan mengekalkan paras Vitamin D.

Lihat ini!

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros