Sambutan Hari Kebangsaan ke-62 kelmarin nyata mempunyai tema yang istimewa. Berbeza dengan tema pada tahun-tahun sebelum ini, tema ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’ telah dipilih.

 

Ia membawa maksud bersih daripada peribadi dan pemikiran negatif serta kotor.

Malah, ia membawa maksud kita sebagai rakyat haruslah ‘bersih’ daripada rasuah dan nilai-nilai yang boleh menggugat perpaduan masyarakat.

Namun, korang sure ke kita ni sememangnya ‘bersih’ secara literal?

Nampaknya, tidak.

Ads
“Malaysia Bersih?” Remaja 18 Tahun Ini Kutip Sampah Dengan Kecewa Selepas Ambang Merdeka
Instagram: @aimanariffinnn

Seorang remaja berusia 18 tahun telah menyatakan kekecewaannya 2 hari lalu selepas berada di lokasi sambutan ambang merdeka.

Menerusi posting di Instagram-nya, Aiman Ariffin memuat naik foto betapa kotornya kawasan sekitar selepas orang ramai bergembira dengan sambutan tersebut.

Aiman mengambil inisiatif untuk stay back selama 2 jam untuk mengutip sampah yang ditinggalkan oleh ribuan orang ramai yang jelas tidak kisah dengan budaya membuang sampah merata-rata.

“Malaysia Bersih?” Remaja 18 Tahun Ini Kutip Sampah Dengan Kecewa Selepas Ambang Merdeka
Instagram: @aimanariffinnn

Tulisnya dalam entri tersebut, “Malam ambang Merdeka seharusnya disambut dengan kegembiraan dan tawa, tetapi ia membuatkan saya jijik dengan betapa kita suka mengabaikan perkara yang bukan menjadi keutamaan kita.

Ads

“Ramai anak muda terasuh mindanya bahawa pembuangan sampah secara merata bukanlah satu masalah yang besar.

“Jujurnya, kejayaan sebuah negara tak boleh diukur dengan ketinggian pencakar langitnya, tetapi diukur dengan rakyatnya sendiri. Malaysia Bersih?”

Catit Aiman lagi, dia terkejut dengan sejumlah besar sampah yang bersepah hanya beberapa saat selepas detik kiraan Hari Kebangsaan dan jeritan “Merdeka!”. Malah dia turut memuat naik foto jumlah sampah yang telah dikutipnya selepas tempoh 5 minit je. Perghh, boleh muat 3 plastik sampah besar.

 

View this post on Instagram

 

The night of Merdeka should’ve been a night full of joy, fun and laughter but it made me feel internally anguished by our depths of ignorance. We’ve built engineering marvels that has mesmerized the world and we’ve defended Islam with our dying breath but at the same time we have failed to defend our country from the ignorance of our own. After the show of fireworks ended i was perplexed by the sheer amount of garbage that has simply been littered all over the area, literally seconds after people were screaming MERDEKA people started to throw their trash EVERYWHERE! THIS IS NOT THE MALAYSIA THAT OUR ANCESTORS HAD FOUGHT FOR! You can defend Islam but you can’t defend an integral teaching of Islam which is CLEANLINESS! If you need an 18 year old to spend 2 hours cleaning after your trash, then how far have we truly come as an independent nation? ( Last pic was the amount collected in only 5 minutes out of TWO WHOLE HOURS so you can imagine the amount of trash that was littered ) . Tidakkah kalian malu sebagai seseorang yang berbangsa Malaysia? Tidak kah anda merasa seperti anda telah meludah atas perjuangan ibu dan bapa kita sebelum ini? Malangnya, ramai anak-anak muda kita telah terasuh dalam mindanya bahawa pembuangan sampah secara merata bukanlah sebuah masalah yang besar. Sejujurnya, kejayaan sesebuah negara tidak boleh diukur dengan ketinggian pencakar langitnya, kemegahan angkatan tenteranya ataupun kebesaran tanahnya tetapi kejayaan sesebuah negara hanya boleh diukur dengan rakyatnya sendiri. #MalaysiaBersih(?)🇲🇾 ( P.S thanks @pdrmsia_official atas sokongan anda semalam ❤️ )

A post shared by @ aimanariffinnn on

Ads

Gaiss, kalau seorang remaja berusia 18 tahun pun boleh fikir sebegini, takkan kita pun tak boleh?

*

HEY GIRLS, WE’RE BACK!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI