Ia membawa maksud bersih daripada peribadi dan pemikiran negatif serta kotor.
Malah, ia membawa maksud kita sebagai rakyat haruslah ‘bersih’ daripada rasuah dan nilai-nilai yang boleh menggugat perpaduan masyarakat.
Namun, korang sure ke kita ni sememangnya ‘bersih’ secara literal?
Nampaknya, tidak.
Seorang remaja berusia 18 tahun telah menyatakan kekecewaannya 2 hari lalu selepas berada di lokasi sambutan ambang merdeka.
Menerusi posting di Instagram-nya, Aiman Ariffin memuat naik foto betapa kotornya kawasan sekitar selepas orang ramai bergembira dengan sambutan tersebut.
Aiman mengambil inisiatif untuk stay back selama 2 jam untuk mengutip sampah yang ditinggalkan oleh ribuan orang ramai yang jelas tidak kisah dengan budaya membuang sampah merata-rata.
Tulisnya dalam entri tersebut, “Malam ambang Merdeka seharusnya disambut dengan kegembiraan dan tawa, tetapi ia membuatkan saya jijik dengan betapa kita suka mengabaikan perkara yang bukan menjadi keutamaan kita.
“Ramai anak muda terasuh mindanya bahawa pembuangan sampah secara merata bukanlah satu masalah yang besar.
“Jujurnya, kejayaan sebuah negara tak boleh diukur dengan ketinggian pencakar langitnya, tetapi diukur dengan rakyatnya sendiri. Malaysia Bersih?”
Catit Aiman lagi, dia terkejut dengan sejumlah besar sampah yang bersepah hanya beberapa saat selepas detik kiraan Hari Kebangsaan dan jeritan “Merdeka!”. Malah dia turut memuat naik foto jumlah sampah yang telah dikutipnya selepas tempoh 5 minit je. Perghh, boleh muat 3 plastik sampah besar.
Gaiss, kalau seorang remaja berusia 18 tahun pun boleh fikir sebegini, takkan kita pun tak boleh?
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!