Malaysia Boleh! Ejen Ali ‘Terbang’ Temui Penonton Di US, Kanada & UK

Share

5 lagi siri animasi turut terpilih.

Selepas mencatatkan kutipan yang memberansangkan di pawagam pada November tahun lalu, animasi Even Ali yang diterbitkan oleh Primeworks Studios dan Wau Animation kini mencipta satu lagi sejarah. Kali ini mereka ke peringkat antarabangsa pula!

Ejen Ali bersama 5 lagi animasi tempatan iaitu Saladin, Soccer Bugs, Cingkus Blues, Knowsy Nina Wants To Know dan Super Tots tidak lama lagi akan dapat disaksikan oleh penonton di 6 buah negara asing menerusi Amazon Prime.

Negara-negara tersebut termasuklah Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Ireland, Australia dan New Zealand.

Kita sedia tahu bukan mudah untuk menghasilkan siri animasi seperti Ejen Ali sehingga ia mencapai tahapnya sekarang. Kerja keras dan masa yang lama diperlukan untuk penghasilan naskah yang diiktiraf di peringkat dunia.

Perkembangan positif ini bukan saja untuk menjana pendapatan tetapi juga membawa nama Malaysia sebagai peneraju baru dari Asia yang menyediakan intipati animasi berkualiti.

Pergh, bangga!

Sepanjang tempoh kuarantin di seluruh dunia, rancangan kanak-kanak diakui mencatatkan peningkatan tontonan berikutan masa yang diluangkan di rumah.

Sebelum ini, Ejen Ali pernah mencatatkan kutipan tiket pawagam sehingga RM30juta lalu memecahkan rekod catatan tertinggi filem animasi di Malaysia.

NEXT READ : 20 Animasi Tempatan Yang Korang Mungkin Tak Tahu

Published by
FZ