
Penulis yakin remaja diluar sana pun sedar tabiat merokok ini banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan, namun mereka sukar untuk meninggalkan tabiat merokok atas faktor ketagihan bahan nikotin yang terkandung dalam rokok ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Alert! Ini Bakal Terjadi Pada Tubuh Badan Jika Berbuka Puasa Dengan Sebatang Rokok

Apa yang lebih membimbangkan, ada yang mula menghisap rokok sewaktu di bangku sekolah lagi. Hal ini menunjukkan satu gaya hidup yang tidak sihat telah berlaku dalam masyarakat kita.
Dek kerana kesan-kesan buruk yang boleh didapati daripada merokok, kerajaan bercadang untuk melarang penjualan rokok dan produk tembakau kepada mereka yang dilahirkan selepas 2005.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berucap berkaitan perkara ini pada sesi ke-150 Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva.
“Seperti beberapa negara WPRO (Pasifik Barat) lain, kami berharap untuk meluluskan undang-undang pada tahun ini. Jika berjaya, ianya akan menamatkan generasi yang merokok dengan melarang penjualan tembakau dan produk rokok lain kepada sesiapa yang dilahirkan selepas 2005.
Malaysia merasakan ia akan memberi impak yang besar dalam mencegah dan mengawal NCD (penyakit tidak berjangkit),” katanya.
Lebih daripada 27,200 kematian disebabkan merokok di Malaysia dilaporkan setiap tahun. Merokok menyebabkan penyakit seperti kanser, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, diabetes, dan penyakit pulmonari obstruktif kronik.
Khairy sebelum ini berkata beliau merancang untuk membentangkan Akta Kawalan Tembakau dan Merokok baharu dalam mesyuarat Parlimen akan datang.
Ini bukan sahaja akan mengawal penggunaan rokok elektronik dan produk vape, tetapi juga mengharamkan tabiat merokok untuk generasi akan datang.
Korang setuju ke tidak cadangan KKM ini? Penulis setuju 100% tau…
BACA LAGI : Bukan Mitos Lagi, Ini Bukti Perokok Lebih Berisiko Alami Depresi
Program Kakak Kondom Juga Buat Kuiz Mendidik, Tapi Tak Dikecohkan – Yayasan Aids Malaysia

Video ini adalah bertujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran tentang kesihatan seksual dan reproduktif.
Video ini tidak bertujuan menggalakkan perbuatan yang bercanggah di sisi undang-undang negara atau kepercayaan mana-mana pihak.
Watak-watak di dalam video ini melakukan penggambaran secaar sukarela dan tiada unsur paksaan.
Inilah disclaimer yang dikeluarkan di awal-awal pernyataan video Kakak Kondom yang mula menjadi perhatian masyarakat kerana ada dakwaan wujudnya video ini untuk mengajar masyarakat muda mengamalkan seks bebas.
Menurut Yayasan AIDS Malaysia, sebelum video program ini dimuat naik, pihak mereka telah memperhalusi skrip beberapa kali agar tidak wujud kontroversi.
Masa yang sama, tujuan video ini dibuat adalah untuk mendidik masyarakat dan tiada niat untuk menimbulkan kontroversi atau mengajak masyarakat mengamalkan seks terbuka.
“Ia bergantung kepada siapa penontonnya, sama ada sudah berkahwin atau masih bujang. Kalau berkahwin, mungkin tiada masalah dan semua itu bergantung kepada penerimaan mengenai isu ini,” katanya lagi.
Tambahnya mereka lagi, program Kakak Kondom adalah sebahagian daripada usaha berterusan Yayasan AIDS Malaysia (MAF) untuk mendidik masyarakat tentang pencegahan HIV melalui transmisi seksual. Isu ini tidak boleh dipandang remeh, kerana pada masa ini, 95 % daripada kes jangkitan baru HIV adalah berpunca dari amalan seks tidak selamat.
"Naratif yang cuba diketengahkan melalui platform Kakak Kondom tertumpu secara khusus kepada penggunaan kondom sebagai langkah mencegah jangkitan HIV dan STD. Dengan menggunakan pendekatan secara bersahaja, yang dipadankan dengan lenggok bahasa pertuturan harian yang tidak mengandungi istilah perubatan yang bersifat elitis, kami berharap mesej yang cuba kami sampaikan ini akan dapat difahami dengan mudah oleh segenap lapisan masyarakat.
"Niat kami hanyalah untuk menggalakkan golongan belia menimba ilmu tentang pencegahan HIV/AIDS, dalam persekitaran dalam talian yang selamat, terbuka dan tanpa prejudis. Pendekatan kami mungkin telah menimbulkan kontroversi dan keresahan di kalangan sesetengah pihak. MAF memahami komplikasi yang telah timbul, dan mengucapkan terima kasih diatas teguran membina yang telah kami terima melalui media sosial. Di masa hadapan, kami komited untuk memperbaiki dan memperhalusi lagi naratif serta kaedah penyampaian maklumat kami agar lebih selari dengan norma masyarakat tempatan"jelas mereka dalam satu pernyataan media.
#MAF #EndingAIDS2030 #SexEducation #SafeSex
Tambah Yayasan AIDS Malaysia, video bagi episod Pilot Projek mengetengahkan topik 3 mitos mengenai kondom.
“Pertamanya kondom boleh bocor, kena letak minyak untuk pelincir dan kena pakai dua lapis kondom untuk lebih selamat. Jadi dalam episod berkenaa, kita mendidik masyarakat bahawa itu semua tidak tepat,” kata Yayasan AIDS Malaysia yang menjelaskan pengacara program ini, Azryn Arshad yang juga dikenali sebagai Kakak Kondom telah meneriima latihan dari Federation Of Reproductive Health Associations (FRHAM) unntuk mengajar mengenai pendidikan seksual dan reproductive. Sementara seorang lagi pengacara ialah Najwa A’liah Fairuz yang dikenali sebagai Adik Kondom.
Jelas mereka lagi, cara penyampaian Azryn Arshad yang bersahaja dan banyak berdepan pelajar universiti di mana mereka menyukai caranya adalah antara mengapa dirinya terpilih sebagai pengacara.
“Seperti kita katakan di awal-awal tadi, video ini bertujuan untuk mendidik dan memberi pendidikan kerana gejala buang anak semakin meningkat pada hari ini. Kita tak mahu masyarakat curi-curi melakukan dan kemudian buang bayi dengan cara yang salah. Bukan juga kita mahu menggalakkan tapi isu gejala pembuangan bayi di kalangan remaja menunjukkan angka menakutkan,” kata mereka lagi.
Bukan semua episod tampil kontroversi
Dalam pada itu, Yayasan AIDS Malaysia turut memaklumkan, pada episod satu program Kakak Kondom selepas Pilot Projek, mereka mengutarakan kuiz mengenai masalah kelamin.
“Tapi tak ada orang bercakap mengenai kebaikan yang kita buat mengenai isu ini sebaliknya hanya melihat isu kondom yang dikatakan tabu dalam masyarakat,”katanya yang mahu masyarakat Malaysia melihat isu program ini secara lebih menyeluruh. Malah bagi Yayasan AIDS Malaysia,pihak mereka tiada langsung untuk menimbulkan perasaan kurang masyarakat dengan program tersebut. Hanya untuk pendidikan dan memberi kesedaran mengenainya sahaja.
Bagi REMAJA, apa pun penerimaan kita mengenai program Kakak Kondom ini terpulang kepada penerimaan masing-masing. Sama ada kita memang terbuka hati untuk menerima semua ini secara terbuka atau kita masih tabu mengenainya. Gambar pengacara : Malay Mail
Kronologi Tragedi Yang Meragut Nyawa 6 Anggota Bomba Wira Negara

Isi Kandungan
ToggleSeluruh negara hari ini bersedih dengan tragedi yang dianggap cukup mengejutkan semua pihak. Sejak tengah malam semalam, netizen tidak putus-putus menghulurkan kata-kata takziah dan simpati kepada keenam-enam keluarga mangsa perwira negara yang telah terkorban semasa bertugas.
Enam anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBDPM) yang terkorban ialah Izzatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25; Yahya Ali, 24; Adnan Othman, 33; Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25; dan Mohd Fatah Hashim, 34 yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dan Shah Alam.
BACA: ‘Lemas Itu Mati Syahid, Mulianya Kematian 6 Anggota Bomba’ – Mufti Wilayah
Tragedi ini turut mendapat perhatian daripada pelbagai peringkat rakyat Malaysia termasuklah pemimpin tetinggi negara. Perdana Menteri, Tun Mahathir menyifatkan kejadian ini sebagai satu treagedi yang amat menyedihkan.

Semetara itu Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata keenam-enam wira negara ini mati syahid. Jelasnya, mereka bukan sahaja mati lemas tetapi terkorban kerana dalam misi membantu dan menolong mangsa sehingga meragut nyawa sendiri.
REMAJA yang turut turun ke Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Shah Alam pagi tadi turut merasa hiba dan sesungguhnya negara telah kehilangan anggota yang cukup berdedikasi dengan tanggungjawab dan tugasannya.
Inilah kronologi tragedi malang yang telah meragut nyawa 6 ahli bomba.
TERIMA PANGGILAN (6.30 PETANG)
Kira-kira jam 6.30 petang semalam, Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya telah menerima panggilan kecemasan dan dikejarkan ke Lombong Taman Putra Perdana kerana terdapat kes seorang remaja terjatuh dan lemas.
KETIBAAN ANGGOTA PPDA (8.55 MALAM)
Seramai enam orang ahli Bomba dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan empat orang dari Balai Bomba Pelabuhan Klang dan dua orang dari Balai Bomba Shah Alam tiba di lokasi untuk misi mencari dan menyelamat.
TURUN KE LOMBONG (9.15 MALAM)
Selepas melakukan persiapan, ahli pasukan PPDA mula turun ke lombong untuk memulakan misi mencari mangsa. Keenam-enam anggota mengikat tali panjang antara satu sama lain dan dari tebing tali secara perlahan-lahan dihulurkan bagi merapatkan diri ke kawasan yang dipercayai tempat mangsa jatuh. Namun secara tiba-tiba arus deras yang mengalir mula menarik seorang demi seorang anggota PPDA ke dalam arus pusaran.
USAHA MENYELAMAT (9.45 MALAM)
Anggota penyelamat yang berada di bahagian tebing berusaha lebih 30 minit untuk menarik mereka seorang demi seorang dan memberikan bantuan pernafasan (CPR).
PENGESAHAN KEMATIAN (9.50 MALAM)
Selepas melakukan CPR, pasukan perubatan dari Putrajaya yang turut berada di lokasi kejadian mengesahkan enam anggota bomba terbabit meninggal dunia akibat lemas.
Salam takziah buat keluarga 6 pegawai bomba yang terkorban dalam operasi menyelamat.
Ya Allah ampunilah mereka, rahmatilah mereka, maafkanlah mereka, ampunilah kesalahan mereka, muliakanlah kematian mereka, lapangkanlah kubur mereka. pic.twitter.com/MVndH0ymfO
— BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (@bombaJBPM) October 3, 2018
Kami di team REMAJA mengucapkan takziah kepada keluarga anggota yang gugur ketika bertugas dan juga kepada keselurahan keluarga besar JBDPM.
Al-fatihah…
Ramai Mengadu Sukar Tidur Lepas Pekena DALGONA COFFEE, Ini Keburukan Kafein Berlebihan

Sana sini orang post minuman viral, Dalgona Coffee. Ditambah senang untuk membuatnya iaitu cuma perlukan 2 sudu nescafe, dua sudu gula dan susu segar selain dua sudu air panas yang mana kesemua perlu dikacau menggunakan sudu, pemukul atau elektrik hand mixer (kecuali susu ya).
Lepas kacau, tuang atas susu sedia ada dan letak ais. Minuman ini dikatakan amat sedap dan tak hairanlah begitu ramai mencubanya dan memuat naik di post di fb, insta dan twitter masing-masing.
Namun selepas minuman ini mulai viral, ada netizen mengadu sukar untuk tidur malam selepas itu. Dah mula menyesal pulak sebab try minum & taubat tak nak buat lagi. Alamak, apa sudah jadi, maybe kafien yang berlebihan kot.
Untuk pengetahuan korang, kafein ini ada baik dan buruknya. Baiknya ialah kafein menenangkan minda. Ia meningkatkan ingatan dan melegakan keletihan.
Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa kafein sangat bermanfaat untuk fungsi mental. Satu dos minuman berkafein meningkatkan memori jangka pendek dan meningkatkan kelajuan reaksi anda.
Penyelidik percaya bahawa tiga hingga empat cawan kopi (bersamaan 300 atau 400 miligram kafein) menimbulkan sedikit risiko kesihatan semasa menggalakkan beberapa manfaat kesihatan.
Bukti menunjukkan penggunaan kafein dapat membantu mencegah banyak keadaan kesihatan seperti diabetes jenis 2, penyakit Parkinson, dan penyakit hati.
Bagaimanapun, orang yang mempunyai tekanan darah tinggi, kanak-kanak, remaja, dan warga tua mungkin lebih cenderung kepada kesan sampingan kafein.
Keburukan kafein
Kajian juga mendapati bahawa kafein dapat meningkatkan tekanan darah seseorang.
Walaupun kenaikan sementara ini tidak disedari, ia mungkin mempunyai kesan buruk apabila mengambil kira kenaikan ini berlaku agak kerap.
Pengambilan kafein selalunya bersama dengan paras glukosa darah yang tinggi. Faktor-faktor ini boleh menyebabkan seseorang mengalami peningkatan risiko penyakit jantung.
Mengikut pendedahan kajian itu, di samping itu wanita yang minum minuman berkafein mungkin berisiko kehilangan ketumpatan tulang.
Satu lagi masalah dengan kafein adalah potensi penyalahgunaan bahan.
Semakin banyak produk dibungkus dengan kepekatan kafein yang lebih tinggi. Saiz minuman tenaga juga semakin besar dan lebih besar. Masalah ini kelihatan lebih serius dalam kalangan remaja.
Ramai yang telah dimasukkan ke hospital kerana mengambil terlalu banyak kafein tambahan. Simptom penyalahgunaan kafein termasuk gangguan tidur, menggigil, sakit perut, muntah, sakit dada, dan berdebar-debar.
Apa yang boleh dilakukan mengenai pengambilan kafein anda?
Soalan yang paling penting ialah bagaimana tubuh anda bertindak balas terhadap kafein.
Anda harus bertanya kepada diri sendiri sama ada kafein membuat anda berasa gelisah, cemas atau keletihan. Bagaimanakah corak tidur anda akhir-akhir ini? Bagaimana keadaan kesihatan anda? Adakah anda bergantung kepada kafein?
Apabila ia melibatkan kafein, kesederhanaan adalah perkara terbaik yang boleh anda lakukan.
Jika anda perlu mengambil empat hingga lima cawan kopi hanya untuk melewati hari anda dan masih berasa sia-sia, mungkin sudah tiba masanya untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan.
Jika anda juga mengalami tanda-tanda penuaan yang mengerikan ketika cuba berhenti daripada kafein, pasti ada masalah yang perlu diperhatikan.
Sumber: https://hellodoktor.com/