Malaysia Cadang Haram Penjualan Rokok Kepada Mereka Yang Lahir Selepas 2005

Share

Penulis yakin remaja diluar sana pun sedar tabiat merokok ini banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan, namun mereka sukar untuk meninggalkan tabiat merokok atas faktor ketagihan bahan nikotin yang terkandung dalam rokok ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Alert! Ini Bakal Terjadi Pada Tubuh Badan Jika Berbuka Puasa Dengan Sebatang Rokok

Foto: Kosmo

Apa yang lebih membimbangkan, ada yang mula menghisap rokok sewaktu di bangku sekolah lagi. Hal ini menunjukkan satu gaya hidup yang tidak sihat telah berlaku dalam masyarakat kita.

Dek kerana kesan-kesan buruk yang boleh didapati daripada merokok, kerajaan bercadang untuk melarang penjualan rokok dan produk tembakau kepada mereka yang dilahirkan selepas 2005.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berucap berkaitan perkara ini pada sesi ke-150 Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva.

“Seperti beberapa negara WPRO (Pasifik Barat) lain, kami berharap untuk meluluskan undang-undang pada tahun ini. Jika berjaya, ianya akan menamatkan generasi yang merokok dengan melarang penjualan tembakau dan produk rokok lain kepada sesiapa yang dilahirkan selepas 2005.

Malaysia merasakan ia akan memberi impak yang besar dalam mencegah dan mengawal NCD (penyakit tidak berjangkit),” katanya.

Lebih daripada 27,200 kematian disebabkan merokok di Malaysia dilaporkan setiap tahun. Merokok menyebabkan penyakit seperti kanser, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, diabetes, dan penyakit pulmonari obstruktif kronik.

Khairy sebelum ini berkata beliau merancang untuk membentangkan Akta Kawalan Tembakau dan Merokok baharu dalam mesyuarat Parlimen akan datang.

Ini bukan sahaja akan mengawal penggunaan rokok elektronik dan produk vape, tetapi juga mengharamkan tabiat merokok untuk generasi akan datang.

Korang setuju ke tidak cadangan KKM ini? Penulis setuju 100% tau…

BACA LAGI : Bukan Mitos Lagi, Ini Bukti Perokok Lebih Berisiko Alami Depresi

Published by
Nana