Sukan

Malaysia Cipta Sejarah, FAM eRimau Juarai FIFAe World Cup 2024

Share

Malaysia baru-baru ini mencipta sejarah tersendiri apabila pasukan FAM eRimau muncul sebagai juara saingan FIFAe World Cup 2024 kategori mobile yang berlangsung pada 12 Disember, semalam.

Abdul Muhaimin atau lebih dikenali sebagai Minbappe yang merupakan wakil Malaysia berjaya menewaskan wakil pasukan dari Maghribi di pentas perlawanan akhir.

Difahamkan, Muhaimin berjaya memenangi perlawanan pertama 3-0 dan perlawanan kedua 2-0 seterusnya menempa sejarah memenangi kejohanan itu.

BACA: Selangor Red Giants (SRG) Berjaya Pertahankan Kejuaraan MPL Musim Ke-14, Bakal Wakili Malaysia Di Kejohanan Dunia MLBB M6!

Kredit: FAM eRimau
Kredit: FAM eRimau

Kejayaan itu turut menyaksikan skuad negara membawa pulang hadiah wang tunai kemenangan sebanyak RM80,000.

Malaysia merupakan negara daripada ASEAN pertama berjaya menjuarai kejohanan berprestij itu.

BACA: Soloz Sifatkan Kejayaan SRG Berjaya Ubah Persepsi Negatif Khalayak Terhadap e-Sukan

Kredit: FIFAe
Kredit: FIFAe

Dalam pada itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengucapkan tahniah kepada Muhaimin atas kejayaan tersebut.

“Tahniah dan Terima Kasih diucapkan kepada Muhaimin. Anda memang kebanggaan rakyat Malaysia”

“Terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada barisan jurulatih yang terlibat, Shaharil Shaifuddin dan Muhammad Hazim Aisar,” kata FAM dalam sebuah kenyataan.

BACA: Sekys Pemain Selangor Red Giants (SRG) Rancang Mahu Simpan Duit Dalam ASB Jika Menang MSC MLBB 2024

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE