Malaysia Dalam Top 3 Senarai Negara Dengan ‘Jalan Raya Maut’ – Kajian UK

Share

Kajian terbaru yang dilakukan oleh kelompok pakar di FINN, sebuah syarikat langganan kereta di United Kingdom baru-baru ini telah menamakan Malaysia sebagai di antara negara yang ‘mengundang’ kemalangan jalan raya.

Kajian tersebut dilakukan dengan menganalisa jumlah kes maut yang dsebabkan oleh kemalangan jalan raya di setiap negara lalu menyenaraikan negara dengan ‘jalan raya maut’ berdasarkan peratusan kes kematian bagi setiap 100,000 pengguna jalan raya.

FINN meletakkan Malaysia di tangga ketiga pada 22.48 peratus di belakang Saudi Arabia yang berada di tangga pertama dengan 35.94 peratus dan Thailand, kedua dengan 32.21 peratus.

Bangkok, Thailand. Sumber Foto: Pexels (Suzukii Xingfu)

Thailand umpamanya menjadi negara yang mencatatkan 32 kematian bagi setiap 100,000 pengguna jalan rayanya dan kebanyakan daripada kes tersebut melibatkan penunggang motosikal. FINN memetik beberapa punca utama yang menyebabkan jumlah tersebut berada pada tahap tersebut. Antaranya termasuklah perbuatan membonceng motosikal beramai-ramai dan tidak memakai topi keledar.

Walaupun Malaysia di tangga ketiga, FINN masih merasakan wujud perbezaan ketara di antara negara kita dengan Saudi Arabia dan Thailand, lalu meletakkan Malaysia sebagai negara yang perlu berhati-hati agar kes kematian jalan raya tidak melonjak pada tahun-tahun berikutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Analisa : Jalan Raya Malaysia Ke-12 Paling Teruk Di Dunia – REMAJA

Jom lihat 7 lagi negara dalam senarai negara dengan ‘jalan raya maut’ ini:

Dalam pada itu, FINN meletakkan Iceland sebagai negara paling selamat kerana paling kurang mencatatkan kemalangan maut jalan raya dengan mencatatkan 2.05 peratus. Ia diikuti oleh lima lagi buah negara di benua Eropah iaitu Norway (2.12%), Switzerlang (2.25%), Ireland (3.13%), Sweden (3.14%) dan United Kingdom (3.21%).

Jepun menjadi satu-satunya negara dari benua Asia dengan jumlah peratusan kes maut di jalan raya dengan 3.21 peratus pada tangga keenam.

Bagi REMAJA, bukan hanya infrastruktur jalan raya dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia yang memainkan peranan dalam membendung lebih banyak kes maut. Sebaliknya, cara pemikiran pengguna jalan raya kita sendiri yang seharusnya lebih cakna dan tidak mengikut emosi mampu mengurangkan jumlah kes maut dari semasa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu Kereta Di Malaysia Antara Yang Paling Stres Di Jalan Raya – Kajian – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ