Malaysia Diiktiraf Peringkat Antarabangsa, Lokasi Paling ‘Instagrammable’ Dunia Tahun 2022

Share

Bukan saja masyarakat kita, Kuala Lumpur yang menjadi ibu negara Malaysia tentu saja terkenal di seluruh mata dunia dan juga menjadi tempat tumpuan para pelancong. Selain popular dengan makanan yang sedap, Kuala Lumpur juga punya port bergambar terbaik untuk korang merakam foto OOTD.

Terbaru, Malaysia sekali lagi diiktiraf di peringkat antarabangsa dan di mata dunia.

ARTIKEL BERKAITAN : Mungkin Ramai Tak Tahu, Ini 8 Port OOTD Di Sekitar Kuala Lumpur Punya Nilai Kemerdekaan!

Baru-baru ini, satu portal travel antarabangsa iaitu Big Seven Travel meletakkan Kuala Lumpur di tangga ke-38 dalam senarai ‘Lokasi Instagrammable’ untuk tahun ini. Senarai tersebut mempunyai 50 lokasi kesuluruhannya.

Menaiki 272 tangga ke Gua Kuil, anda akan melihat patung monumental Dewa Hindu iaitu Lord Murugan.
Satu kuil Buddha yang tertua yang mempunyai 6 tingkat yang dikenali sebagai Kuil Dewa Syurga. Korang boleh melawat ke kuil dari KL Sentral dengan berjalan kaki (30 minit) atau menaiki teksi (10 minit).
Untuk merasai suasana romatis, waktu yang sesuai dikunjungi adalah semasa matahari hampir terbenam kerana jubin-jubin mewah tersebut dipantulkan dengan cahaya. Alamat: Presint 1, 62000 Putrajaya
Port OOTD yang popular di kalangan pelancong di Bukit Bintang.

Negara jiran kita, Singapura berada di tangga teratas senarai walaupun mempunyai negara yang kecil. Menurut laporan portal tersebut Singapura penuh dengan lokasi untuk bergambar seperti Supertree Grove at Gardens by the Bay, dan juga Haji Lane yang cukup meriah dengan seni dan budaya.

Mereka juga melabelkan Singapura sebagai salah satu hub seni di Asia, yang mampu mengadakan pameran-pameran unik yang menjadi daya tarikan pengguna media sosial.

Hmm…yeke Singapura lagi menarik dari Malaysia. Penulis rasa mesti dia tak habis pusing Malaysia lagi ni…hehe

Korang boleh checkout senarai penuh di sini !

Jangan lupa untuk terus menyokong kami. Ikuti perkembangan REMAJA di laman Instagram, Facebook, Twitter dan juga TikTok.

+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Nana