Tidak seperti tahun-tahun lalu, Malaysia dijangka tidak akan mengalami jerebu yang teruk tahun ini kerana menurut laporan yang telah dibuat oleh METMalaysia, tidak banyak titik panas dikesan di Sumatera atau Kalimantan, Indonesia berpunca daripada aktiviti pembakaran di negara itu.
Berdasarlkan maklumat yang diterima, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Jailan Simon menjelaskan bahawa pihak mereka cuma mengesan sekitar tujuh titik panas di kawasan tengah dan timur Kalimantan.
Situasi dikatakan masih terkawal kerana dipengaruhi peredaran angin dan cuaca yang tidak terlalu kering. Namun, jerebu teruk mungkin berlaku sekiranya Indonesia gagal mengawal aktiviti pembakaran secara berleluasa.
Menurut beliau lagi, ada lebih kurang tujuh (titik panas dikesan) di Kalimantan dan Sumatera mencatatkan 17 titik panas. Hal ini mungkin menjadikan negara kita tidak berlaku jerebu kerana tiupan angin juga tidak menuju ke Malaysia.
Biasanya, jika berlaku (titik panas) di tengah dan timur (Kalimantan) ia tidak memberi kesan kepada Sarawak. Lokasi yang terkena tempias hanyalah berdekatan kawasan barat daya atau selatan Kalimantan.
Namun begitu, sekiranya Indonesia tidak mengawal kebakaran, ia memang boleh menjejaskan negara kita kerana pada masa itu, tiupan angin konsisten dari barat daya dan kalau ada kebakaran hutan tidak terkawal itu kemungkinan besar negara kita juga akan kena.
Jika benar apa yang dikhabarkan ini, kita harus memanjatkan kesyukuran kerana boleh dikatakan setiap tahun negara kita terkena ‘tempias’ daripada pembakaran hutan di negara jiran yang mengakibat jerebu teruk.
Bukan sahaja keadaan cuaca menjadi buruk, malah tahap kesihatan juga turut terkesan jika berlakunya jerebu teruk di Malaysia.
Sumber: Berita Harian