Sumber Gambar : Cycling Malaysia/ The Star

Amalan gaya hidup sihat  boleh mengurangkan pelbagai risiko penyakit pada masa hadapan. Ingat…penyakit tak mengenal usia, bangsa dan pangkat ya!

Nampaknya semakin ramai mengejar untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Rakyat Malaysia juga tidak terkecuali mula mengambil perhatian terhadap kesihatan mereka untuk kehidupan yang lebih sejahtera lebih-lebih lagi mi musim COVID-19 ini.

Ketika ini, masing-masing cuba untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu, menjadikan kesihatan dan kesejahteraan berada di kedudukan teratas! Menurut satu kajian yang dikeluarkan oleh Ipsos mengenai diet dan kesihatan, menunjukkan bahawa rakyat Malaysia lebih kerap bersenam dan mengawal pengambilan gula secara umum.

Malaysia Ditangga Ke-4, Antara Negara Paling Suka Bersenam Dan Diet

Mungkin di sebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan kesedaran rakyat Malaysia terhadap gaya hidup yang sihat meningkat. Menurut laporan Ipsos walaupan banyak negara mempunyai isu dengan kenaikan berat badan, namun di Malaysia perkara sebaliknya yang berlaku apabila ramai orang yang sudah berusaha untuk menurunkan berat badan.

Ads

Dia menambah bahawa antara langkah positif yang diambil rakyat Malaysia untuk menguruskan badan adalah dengan mengurangkan pengambilan gula sebagai bahan makanan atau minuman yang utama.

Malaysia Ditangga Ke-4, Antara Negara Paling Suka Bersenam Dan Diet

Maka tidak hairanlah keprihatinan kesihatan dalam populasi Malaysia menunjukkan angka peningkatan. Apakah ia dalam erti kata sihat sebenar?

Ads

Selain daripada beriadah, diet membentuk asas kesihatan yang baik. Tapi jangan lupa,  apa yang korang makan. Tapi syabas buat rakyat Malaysia, hasil kajian ini menunjukkan bahawa 36% rakyat Malaysia mengatakan mereka telah berjaya menurunkan berat badan, sementara 19% telah menambah berat badan dengan rata-rata 4.8 kg.

Malaysia Ditangga Ke-4, Antara Negara Paling Suka Bersenam Dan Diet

Ads

Dari segi  pengambilan karbohidrat pula, rakyat Malaysia masih perlu memperbaiki masalah ini. 64% rakyat Malaysia sedang berusaha mengurangkan minuman bergula, diet (63%), dan olahraga lebih banyak (61%).

Penulis rasa ini satu benda yang membanggakan rakyat Malaysia, jika sebelum ini World Population Review 2019 yang mengatakan bahawa Malaysia mempunyai tahap obesiti tertinggi tapi berbeza pula tahun ini.

So, keep it up guys! Tapi ingat musim-musim sekarang ni SOP jangan lupa pula.

Sumber : IPSOS

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI