Pasukan sepak takraw Malaysia buat sejarah gempak malam tadi dengan kalahkan Thailand 2-0 dalam final Piala Dunia Sepak Takraw 2024, yang berlangsung kat Stadium Titiwangsa. Memang lit lah!
Kita berjaya meraih kemenangan pertama melalui skuad acara Doubles yang terdiri daripada Aidil Aiman Azwawi dan Noraizat Nordin, mengakhiri penantian panjang untuk takhta acara tersebut yang telah bertahun-tahun lamanya.
sepak takraw
Dalam pertarungan yang sengit, mereka berjaya mengatasi Thailand dalam dua set. Walaupun tekanan hebat, kedua-dua pemain menunjukkan semangat juang yang kuat di hadapan ribuan penyokong yang memenuhi stadium, dan akhirnya memenangi perlawanan dengan skor 17-16 dan 15-13.
Kemenangan Berganda!
Kegembiraan ini lebih manis apabila pasukan acara regu turut mengekalkan rentak kemenangan dengan menewaskan Thailand 15-8, 15-12, menjadikan Malaysia juara dunia berganda.
Ads
sepak takraw
Mungkin juga berkat dorongan semangat daripada lebih 1000 penonton yang membanjiri stadium, trio yang terdiri daripada Farhan Adam (apit kiri), Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong), dan Mohamad Azlan Alias (apit kanan) telah mempamerkan permainan yang mengagumkan dan agresif, terus menekan pasukan lawan.
Ads
Mereka secara konsisten meraih mata demi mata dan dengan mudah memenangi set pertama, membuka peluang besar untuk menumbangkan pasukan Thailand yang diwakili oleh Poramet Siriswat, Sittipong Khamchan, dan Varayut Jantarasena.
Konsistensi itu terus berlanjutan di set kedua, meskipun Thailand beberapa kali melakukan perubahan tekong. Permainan menjadi lebih hebat lagi apabila Muhammad Haziq Hairul Nizam masuk menggantikan Syahir pada pertengahan set kedua.
Ads
Selepas berjuang gigih, mereka berjaya menafikan Thailand dalam kejohanan kali ini dan dinobatkan sebagai juara dunia.
Tahniah diucapkan kepada pasukan sepak takraw Malaysia, semoga terus cemerlang!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Demi menyara keluarga, seorang remaja muda berusia 20 tahun baru-baru ini tular di media sosial kerana sanggup membanting tulang bekerja sebagai pengutip sampah.
Dalam klip berdurasi 34 saat itu, Wan Othman Wan Mohd Nor Hassyim, 20, kelihatan sedang berhati-hati memuatkan sisa dari tong sampah ke dalam lori sampah di bawah panas terik matahari.
Dia kemudian menjelaskan bahawa dia bekerja keras dalam pekerjaannya supaya dia dapat menjaga adik-beradik dan ibu tunggalnya.
“Di sebalik kerja keras itu ada seorang anak lelaki yang cukup kuat untuk memikul tanggungjawab ayahnya untuk mencurahkan kasih sayang kepada adik-adiknya ketika mereka membesar.
“Tanpa ibu saya, saya tidak akan sekuat ini,” tulisnya dalam video TikTok.
Kelihatan ibu jejaka berjiwa murni itu dan tiga orang adik perempuannya sedang menikmati juadah ayam goreng KFC dan aiskrim yang dibeli oleh remaja tersebut untuk mereka.
Menurut sumber, remaja itu berkata dia telah bekerja dengan Alam Flora Sdn Bhd sebagai pengutip sampah selama hampir dua tahun.
Tambah lelaki berusia 20 tahun itu lagi, dia terdorong untuk menjaga keluarga kerana dia merupakan anak lelaki tunggal dalam lima beradik.
Setakat ini, video perkongsian tersebut telah mendapat lebih 1.1 juta tontonan dan 187,000 tanda suka di TikTok.
Menjenguk ke ruangan komen pula, majoriti warganet memuji ketabahan jejaka tersebut dalam menampung keluarga.
“Mesti dia ketepikan apa yang dia nak sebab nak lebihkan keluarga dia. Moga murah rezeki kau,” komen seorang warganet.
“Bang, percayalah ckp aku, satu hari nanti Allah akan angkat darjat kau untuk menjadi seorang yg berjaya,” komen netizen lain.
“Terus kuat jadi tulang belakang dalam keluarga,” komen warganet TikTok.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kejadian tembakan di masjid terus berlarutan pada tahun ini apabila satu lagi insiden berdarah terjadi di Perancis semalam.
Media tempatan melaporkan beberapa tembakan dilepaskan ketika jemaah sedang meninggalkan masjid yang terletak di Brest, Perancis itu. Susulan insiden, imam masjid yang berfahaman Sunnah itu dan seorang lagi jemaah cedera lalu digegaskan ke hospital berdekatan.
Imam yang dikenali sebagai Rachid Eljay itu merupakan seorang imam yang popular dan kontroversil berikutan pendapat dan kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh beliau sebelum ini.
Imam kontroversil, Rachid Eljay.
Rachid yang dikenali sebagai Abu Houdeyfa kerap menimbulkan perbezaan pendapat di kalangan 68,000 orang pengikut beliau dek kerana rakaman video panas yang dimuat naik di media sosial.
Siasatan masih dijalankan untuk mengetahui motif sebenar penyerang, sama ada dia memang ingin menyerang Rachid atau tidak.
Menariknya, penyerang sempat memuat naik status di Facebook untuk mengakui bertanggungjawab atas serangan itu, namun kemudian ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala oleh pihak polis di sebuah bandar berhampiran.
Fenomena super full moon sering kali dinanti kerana tidak dinafikan keindahannya mampu mencuri perhatian ramai. Apabila bulan penuh atau bulan baru berada pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi (peringee), ia dikenali sebagai Supermoon, Super Full Moon atau Super New Moon.
Manakala, apabila bulan penuh atau bulan baru pada kedudukan yang paling jauh dengn bumi, ia dikenali sebagai Micromoon, Minimoon, Mini Full Moon dan Mini New Moon.
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah melaporkan bahawa pada 13 Julai 2022 jam 5:09 petang waktu Malaysia, bulan akan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi bagi tahun 2022 dengan jarak di posisi perigee adalah 357,263 km.
Sewaktu Supermoon, bulan penuh boleh kelihatan sehingga 7 peratus lebih besar daripada bulan penuh biasa dan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus cerah daripada Micromoon.
Jangan lupa untuk merakamkan keindahan Super Full Moon pada petang ini okay?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak kepada jutawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, Qadejah El Zahra, baru-baru ini telah melancarkan lagu raya bersama tiga penyanyi lain iaitu Alyssa Dezek,...