Mungkin juga berkat dorongan semangat daripada lebih 1000 penonton yang membanjiri stadium, trio yang terdiri daripada Farhan Adam (apit kiri), Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong), dan Mohamad Azlan Alias (apit kanan) telah mempamerkan permainan yang mengagumkan dan agresif, terus menekan pasukan lawan.
Mereka secara konsisten meraih mata demi mata dan dengan mudah memenangi set pertama, membuka peluang besar untuk menumbangkan pasukan Thailand yang diwakili oleh Poramet Siriswat, Sittipong Khamchan, dan Varayut Jantarasena.
Konsistensi itu terus berlanjutan di set kedua, meskipun Thailand beberapa kali melakukan perubahan tekong. Permainan menjadi lebih hebat lagi apabila Muhammad Haziq Hairul Nizam masuk menggantikan Syahir pada pertengahan set kedua.
Selepas berjuang gigih, mereka berjaya menafikan Thailand dalam kejohanan kali ini dan dinobatkan sebagai juara dunia.
Tahniah diucapkan kepada pasukan sepak takraw Malaysia, semoga terus cemerlang!
BACA LAGI : Sukan Permotoran Unik Di Dunia, 5 Jenis Ini Jarang Ditemui Tapi Wujud!
Sumber: Persatuan Sepaktakraw Malaysia – PSM, Bernama