Malaysia Kini Ada Timbalan Perdana Menteri, Tahniah!

Share

 

Menerusi kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri pada hari ini, Malaysia secara rasminya kini memiliki seorang Timbalan Perdana Menteri yang berkuat kuasa serta-merta.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan beliau terus mengekalkan jawatan sebagai Menteri Kanan Pertahanan.

Sambil itu, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

Kedua-dua perlantikan ini telah disembah maklum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Dengan itu, kini skop keselamatan negara akan diketuai Hishamuddin dan beliau juga akan membantu dalam perlaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Setelah kerajaan Perikatan Nasional (PN) menjalankan mandat tanpa seorang figura Timbalan Perdana Menteri selama satu tahun setengah, perlantikan yang berlaku secara tiba-tiba ini adalah demi memperkukuhkan pengurusan pentadbiran negara diketuai oleh Perdana Menteri.

Ia juga demi memenuhi keperluan rakyat ketika negara berdepan krisis kesihatan dan ekonomi sekarang. Diharap dengan perlantikan ini, kesejahteraan rakyat dan negara secara amnya lebih terurus dan sistematik.

Tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri dan Datuk Seri Hishamuddin!

 

Published by
FZ