Malaysia Sertai Top 40 Miss World 2021, ‘Terbang’ Semula Ke Puerto Rico Mac Ini

Share

 

Perancangan awal organisasi pertandingan ratu cantik Miss World untuk menobatkan juaranya yang ke-70 pada 16 Disember lalu tidak kesampaian setelah kluster COVID-19 melanda para peserta serta kru penganjur.

Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan bagaimana wakil Malaysia iaitu Dr. Lavanya Sivaji turut menjadi salah seorang mangsa yang disahkan positif hanya beberapa hari sebelum acara akhir Miss World dilangsungkan secara langsung dari San Juan, Puerto Rico.

ARTIKEL BERKAITAN : Kluster MISS WORLD! Beberapa Jam Sebelum Bermula, Pertandingan Ditunda Akibat Kes Covid-19 – REMAJA

BACA LAGI : Miss Malaysia Kempunan Beraksi Di Pentas Miss World Selepas Positif COVID-19 – REMAJA

Miss World Malaysia 2021, Dr Lavanya Sivaji. Sumber Foto : Instagram @lavanyasivaji

Menurut organisasi tersebut, mereka mencapai kata sepakat untuk menunda acara akhir tersebut sehingga bulan Mac kelak. Kesemua peserta telah dihantar pulang ke negara masing-masing setelah mereka disahkan selamat serta sihat sepenuhnya pada Disember lalu. Lantas, timbul persoalan tentang nasib 97 wakil pertandingan Miss World 2021 dan bagaimana mereka ingin memilih juaranya.

Sesudah penantian selama sebulan, akhirnya pihak organisasi hari ini telah mengumumkan 40 orang wakil yang disenaraikan sebagai Top 40 dan layak untuk meneruskan perjuangan bagi merebut gelaran Miss World. 15 daripada mereka terlebih dahulu telahpun menempah slot setelah masing-masing memenangi cabaran peringkat ‘preliminary’. Mereka termasuklah :

  1. Palesa Mofele (Botswana)
  2. Audrey Monkam (Cameroon)
  3. Olivia Yacé (Cote d’Ivoire)
  4. Rehemia Muthamia (England)
  5. Manasi Varnasi (India)
  6. Sharon Obara (Kenya)
  7. Karolina Vidales (Mexico)
  8. Burte-Ujin Anu (Mongolia)
  9. Namrata Shrestha (Nepal)
  10. Sheynnis Palacios (Nicaragua)
  11. Bethania Borba (Paraguay)
  12. Tracy Maureen Perez (Philippines)
  13. Shudufadzo Musida (South Africa)
  14. Shree Saini (United States)
  15. Alejandra Conde (Venezuela)

25 lagi peserta lain yang menjadi pilihan juri telahpun diumumkan dan mereka ialah (mengikut abjad negara) :

  1. Amira Hidalgo (Argentina)
  2. Sienna Evans (Bahamas)
  3. Caroline Teixeira (Brazil)
  4. Svetlana Mamaeva (Canada)
  5. Carol Drpic (Chile)
  6. Jiang Siqi (China)
  7. Andrea Aguilera (Colombia)
  8. Karolina Kopincova (Czech Republic)
  9. Emmy Pena (Dominican Republic)
  10. Amar Pacheco (Ecuador)
  11. April Benayoum (France)
  12. Nene Bah (Guinea)
  13. Lili Totpeti (Hungary)
  14. Hugrún Birta Egilsdóttir (Iceland)
  15. Carla Yules (Indonesia)
  16. Pamela Uba (Ireland)
  17. Nellie Anjaratiana (Madagascar)
  18. Lavanya Sivaji (Malaysia)
  19. Anna Leitch (Northern Ireland)
  20. Karolina Bielawska (Poland)
  21. Aryam Diaz (Puerto Rico)
  22. Khadija Omar (Somalia)
  23. Sade Greenwood (Sri Lanka)
  24. Jeanine Brandt (Trinidad and Tobago)
  25. Do Thi Ha (Vietnam)
Sumber Foto : Instagram @lavanyasivaji
Sumber Foto : Instagram @lavanyasivaji

TAHNIAH REMAJA ucapkan kepada Dr Lavanya Sivaji yang menjadi sebahagian daripada wakil yang layak ke peringkat Top 40. Menariknya, wakil pertama Somalia berhijab, Khadija Omar juga tersenarai.

BACA LAGI : Miss Somalia Pecah Tembok Diversiti, Wakil Hijabi Pertama Dalam Sejarah Miss World – REMAJA

Catat Dr Lavanya menerusi hantaran di Instagram Story, beliau berkata, “Malaysia secara rasminya telah menyertai peringkat suku akhir, Top 40 Miss World menerusi pilihan juri. Saya amat gembira dan bersyukur. Puerto Rico, here we come.”

Turut gembira apabila mendapat tahu mengenai perkhabaran ini ialah Miss World Malaysia 2019 iaitu Alexis Sue-Ann yang mengucapkan tahniah kepada Dr Lavanya. “Sudah agak lama saya tidak mengikuti sebarang perkembangan dunia ratu cantik, namun kini adalah masa untuk kita memberikan perhatian kepadanya semula, Top 40 baby! Tahniah Lavanya.”

Wakil Miss World Malaysia 2018 Larissa Ping, Miss Globe Malaysia 2021 Malveen Kaur dan Miss Grand Malaysia 2021 Lishalliny Kanaran tumpang berbangga dengan pencapaian Malaysia pada kali ini dan memberikan sokongan mereka sepenuhnya.

*

Kini, 39 wakil termasuk Dr Lavanya dijangka akan kembali ke San Juan, Puerto Rico pada 12 Mac 2022 untuk bersama-sama wakil tuan rumah, Aryam Diaz dan menyertai pentas akhir Miss World 2021.

Ia dijadualkan berlangsung di Jose Miguel Agrelot Coliseum pada 16 Mac 2022 pada jam 8 malam waktu tempatan di sana. Selain itu, sebuah acara istimewa yang dinamakan sebagai ‘A Beauty with A Purpose’ turut akan dilangsungkan sehari selepas juara dinobatkan. Dan akhirnya, kesemua peserta bakal terbang pulang ke negara masing-masing pada 18 Mac 2022.

REMAJA pasti rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan, kesihatan dan agar Dr Lavanya mampu beraksi dengan cemerlang di pentas Miss World 2021 kelak. Dengan kredibiliti, personaliti dan kecantikan yang dimilikinya, tidak mustahil wakil Malaysia itu mampu melangkah lebih jauh dari peringkat Top 40.

P.S : Teringin nak lihat Dr Lavanya menyarungkan gaun berwarna kuning. Yellow looks so good on her!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ