Malaysia Makin Popular, Charissa Chong Sebar Kepentingan Penjagaan Mata Di Miss Grand International 2022

Share

Kira-kira dua bulan yang lalu, jelitawan dari Subang Jaya Selangor, Charissa Chong telahpun dinobatkan sebagai Miss Grand Malaysia 2022 dan keputusan tersebut dipersetujui ramai peminat dunia ratu cantik.

Ini berikutan pengalaman luas yang dimiliki Charissa daripada penyertaan dalam beberapa buah pertandingan ratu cantik terdahulu termasuklah kejayaannya menggarap kedudukan Naib Juara Miss Universe Malaysia 2020 dan pernah mewakili negara di pentas Miss International 2013.

FOTO: Instagram @charissachong

Justeru, penyertaan Charissa yang kini telahpun berada di kota Jakarta setelah lebih seminggu di Bali, Indonesia dipercayai mampu meneruskan kecemerlangan Malaysia dalam pertandingan Miss Grand International menerusi Jasebel Robert (Top 10, 2020) dan Lishalliny Kanaran (Top 20 & penemang Kostum Kebangsaan Terbaik).

(Dari Kiri) Lishalliny Kanaran & Jasebel Robert

ARTIKEL BERKAITAN

: Jasebel Robert Catat Sejarah, Bolos Posisi TOP 10 – REMAJA

BACA LAGI : Lishalliny Angkut ‘7 Puteri’ Ulek Mayang Di Miss Grand International 2021 – REMAJA

Hari demi hari, kehadiran Charissa di Indonesia semakin mendapat perhatian pemerhati global dek pembawakan dirinya yang glamor dan tata cara sebagai gadis Malaysia yang berjaya membuatkan ramai jatuh cinta.

Menarik mengenai penyertaan Charissa di Miss Grand International 2022, beliau membawakan advokasi yang sedikit berbeza daripada kebiasaan apabila beliau memperjuangkan kesedaran untuk golongan yang berdepan masalah penglihatan dan ingin menghentikan diskriminasi terhadap masyarakat kurang upaya seperti mereka.

FOTO: Instagram @charissachong

Menerusi sesi langsung di Instagram dari Bali, Indonesia baru-baru ini, Charissa menjelaskan mengapa advokasi ini begitu dekat dengan hatinya dan bukan sekadar omong-omong kosong yang dicipta di pentas ratu cantik.

“Seperti yang pernah saya kongsikan tidak lama dahulu, ibu saya merupakan seorang ibu tunggal yang berdepan masalah penglihatan. Menerusinya, saya dapat melihat dia bergelut dalam rutin hariannya disebabkan penyakit Retinitis Pigmentosa yang perlahan-lahan mengaburkan deria penglihatannya. Saya juga melihat dia dilayan secara berbeza oleh orang di sekelilingnya.

“Bagi saya, mereka merupakan golongan yang kental semangat. Beradanya saya di sini adalah untuk berkongsi kisah mereka selain mewakili diri saya sebagai seorang individu serta negara saya, Malaysia,” kata graduan Komunikasi Massa ini.

FOTO: Instagram @charissachong

Dalam satu video perkongsian yang dimuat naik oleh Charissa sempena sambutan Hari Penglihatan Sedunia (World Sight Day) pada 14 Oktober 2021, ibunya berkata ia bermula apabila penglihatan beliau bertukar kabur semasa memandu pada waktu malam.

Silauan dari kenderaan hadapan membuatkan pandangannya kabur dan tidak menyelesakan. Seharusnya kata beliau, pemeriksaan mata dilakukan lebih awal bagi menangani masalah sedemikian; lebih-lebih lagi apabila ibunya mendapat tahu penyakit ini bersifat genetik.

“Kami pada awalnya tidak sedar akan kewujudan begitu banyak penyakit mata. Jika seseorang menghidapi kencing manis, dia boleh berdepan Glaucoma.

“Sebab utama kami kongsikan kisah ini adalah demi memberi kesedaran. Tidak kira peringkat umur anda, amatlah penting untuk anda lakukan pemeriksaan mata,” ujarnya.

So guys, sekiranya korang ingin melihat wakil negara sekali lagi meloloskan diri ke peringkat separuh akhir di pertandingan Miss Grand International, korang boleh terus mengundi untuk Charissa sehingga 25 Oktober 2022.

ARTIKEL BERKAITAN : Tidak Ada Sesi Baju Renang, Indonesia Jadi Tuan Rumah Miss Grand International 2022 – REMAJA

Setakat 16 Oktober ini, Charissa menduduki tangga kelima undian popular di belakang wakil Thailand, Mauritius, Rusia dan Vietnam.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ