Malaysia Negara ASEAN Pertama Ada HP Experience Hub! Pengguna Boleh ‘Customize’ Gajet Jenama HP Di Sini

Share

 

Malaysia sememangnya merupakan salah sebuah negara membangun di rantau Asia Tenggara yang kini menjadi sasaran jenama teknologi utama dunia untuk mereka membuka hab istimewa lagi memudahkan bagi pelanggan di sini.

Terbaru, jenama HP telahpun memgumumkan pembukaan gedung fizikal mereka yang dinamakan sebagai HP Experience Hub. Terletak di aras empat, Pavilion Bukit Jalil; gedung ini merupakan yang pertama seakannya bagi HP di rantau Asia Tenggara!

Apa yang membuatkan HP Experience Hub ini menarik adalah kerana ia membenarkan para pengguna peranti HP mencuba pelbagai produk HP secara fizikal dan selesa. Di sini, terdapat beberapa stesen ‘Test Drive’ yang mengajak pengunjung untuk mencuba produk HP yang bersesuaian dengan gaya hidup mereka.

Sebagai contoh, korang boleh ke stesen Premium di mana pelbagai peranti tercanggih HP ada disediakan.

Stesen Gaming pula khas bagi para gamers yang ingin mencuba komputer serta monitor gaming terbaru HP.

Manakala stesen Printer ada menyediakan peranti pencetak berteknologi baharu.

Mudahlah untuk pengunjung melihat dan mencuba sendiri peranti yang mana paling dekat dengan jiwa serta keperluan harian mereka.

Tambah menarik apabila HP Experience Hub ini turut menyediakan perkhidmatan menghias atau ‘customize’ peranti HP masing-masing dengan ukiran atau cetakan lain daripada yang lain. Tak ada hal lah kalau korang ingin mengukir nama sendiri di atas komputer riba.

Turut kelihatan adalah sebuah kafe di dalam gedung fizikal ini yang boleh digunakan sebagai ruang berehat bagi para pengunjung.

*

Sekiranya korang tidak berkesempatan untuk ke sini kerana sibuk ataupun lokasinya jauh daripada kawasan korang, jangan risau kerana ia juga menyediakan HP Live Advisors. Ia adalah perkhidmatan secara panggilan video (video call) atau sembang teks bagi yang ingin bertanya mengenai produk yang dijual oleh HP sekarang.

Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas, HP turut menyediakan HP virtual showroom bagi pengunjung yang berada di mana-mana lokasi lain untuk menyertai demonstrasi produk secara atas talian.

Khabarnya, HP kini sedang merancang untuk membuka cawangan HP Experience Hub dalam rantau Asia Tenggara yang seterusnya di Thailand dan Vietnam pada bulan Mac ini. Tak sangka kan apabila Malaysia menjadi pilihan utama HP?

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke gedung fizikal mereka ini di Pavilion Bukit Jalil.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ