Malaysia Negara Ketiga Perkenal Aiskrim Perisa Black Hojicha, Rasanya Agak..

Share

 

Setelah Thailand dan Indonesia, akhirnya aiskrim baharu Cornetto berperisa Black Hojicha muncul juga bagi pasaran Malaysia!

 

Aiskrim viral ini menjadi sebutan ramai warga net kebelakangan ini disebabkan warna hitam dan perisanya yang dikatakan mirip dengan dessert dari negara Jepun.

Lantas apabila Cornetto mengajak REMAJA untuk menjadi di antara yang pertama untuk mencubanya, tentulah kami tak sabar menunggu!

Apa yang boleh kami katakan adalah ia mempunyai perisa yang unik.

ornetto Black Hojicha ini menggabungkan rasa berkrim, sos coklat gelap yang tidak terlalu manis, kon wafel coklat dan bijian hitam di bahagian atas persis rupa boba (tapi tidak berperisa seperti boba).

Jujurnya, korang tak akan merasa muak selepas menghabiskan sebatang kon aiskrim ini. Mungkin kerana ia tidak manis seperti aiskrim lain dan ia mempunyai ‘aftertaste’ seperti roasted tea (Hojicha) yang menjadikan setiap gigitan pada aiskrim ini terasa segar.

Satu lagi sebab mengapa Cornetto Black Hojicha ini digemari ramai adalah kerana bungkusannya yang Instagrammable. Cantik seperti origami Jepun!

Ia kini dijual di kedai runcit pada harga RM3.00 saja.

*

Khas sempena bulan Februari yang popular sebagai bula meraikan cinta, Cornetto ingin mengajak korang untuk membeli sejambak bunga khas Hojicha daripada 2 penggubah bunga kreatif iaitu 50Gram dan Ed’s Fleur.

Jambakan bunga ini akan cantik dibalut menggunakan kertas bercorak Cornetto Black Hojicha.

Bagi setiap jambak yang dibeli dari 1 Februari hingga 15 Februari ini, Cornetto akan mendermakan RM5 kepada badan kebajikan bernama Love Force House.

 

 

 

 

Published by
FZ