Malaysia Pertahan Prinsip Tidak Sertai Miss Universe 2021 Di Israel

Share

 

Keputusan organisasi pertandingan ratu cantik berprestij, Miss Universe untuk menganjurkan edisi ke-70 pertandingan itu di Israel pada akhir tahun ini telah menimbulkan persoalan daripada ramai pihak.

Mana mungkin sebuah pertandingan yang mengangkat kesaksamaan jantina dan budaya, kesejahteraan penduduk dunia dan keamanan sejagat menganjurkan pertandingan di bumi yang dirampas dengan penuh rakus daripada penduduk Palestin?

ARTIKEL BERKAITAN : Miss Universe 2021 Di Israel. Berapa Banyak Negara Bakal Boikot Acara Ini? – REMAJA

Dari segi aspek diplomasi pula, Malaysia sehingga kini tidak mengiktiraf Israel dan enggan menjalin hubungan rasmi dengannya. Ia secara tidak langsung menutup peluang Malasyia untuk menghantarkan wakil bertanding pada edisi kali ini.

Miss Universe Malaysia 2020 ketika melawat muzium Hard Rock di Florida, Amerika Syarikat. Sumber Foto : Instagram @francisca.luhong

Keputusan itu akhirnya diumumkan secara rasmi hari ini oleh pihak Miss Universe Malaysia Organization (MUMO). Menerusi kenyataan tersebut, ia memaklumkan Malaysia tidak akan menghantar wakil pada kali ini. Bagaimanapun, alasan yang diberikan oleh organisasi tersebut bukanlah disebabkan oleh lokasi pertandingannya tetapi disebabkan situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia sekarang.

Kami ambil perhatian keputusan Miss Universe Organization untuk melangsungkan edisi ke-70 di Eilat, Israel pada Disember ini.

Malangnya, dengan situasi COVID-19 yang membuatkan perjalanan domestik antarabangsa menjadi terhad, kami tidak dapat mengadakan pemilihan wakil Miss Universe Malaysia 2021.

Kami dengan itu menolak jemputan untuk menyertai edisi kali ini dan mengesali keadaan di mana pemilihan wakil negara juga tidak dapat diteruskan.

Kami ucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta di pertandingan itu nanti dan pastinya akan kembali menyertainya pada masa hadapan.

Dengan keputusan ini, maka wakil Malaysia ke Miss Universe ke-69 iaitu Francisca Luhong James dijangka akan meneruskan peranannya sebagai Miss Universe Malaysia hinggalah pemilihan wakil baharu diteruskan MUMO setelah keadaan pandemik di negara kita beransur pulih.

Untuk pengetahuan, pihak MUMO telahpun membuka penyertaan untuk mencari wakil Miss Universe Malaysia 2021 secara atas talian dan walk-in

pada bulan April lalu. Namun, pemilihannya terhenti di tengah jalan disebabkan kenaikan drastik jumlah kes baharu COVID-19 dalam negara.

BACA LAGI : Tiara Mikimoto Miss Universe ‘Diciplak’ Organisasi Ratu Cantik Kanada! – REMAJA

Published by
FZ