Malaysia Pun Boleh! UniSZA Cuba Idea Sesi Konvokesyen Gunakan Robot Selepas Viral Di Jepun

Share

Golongan pelajar menjadi di antara yang teruk terjejas akibat penularan wabak Covid-19 pada tahun ini.

Bukan sahaja ramai yang masih cuba untuk menyesuaikan diri dengan kelas secara online. Bagi yang telah menamatkan pengajian mereka di peringkat universiti, mereka juga terkesan apabila sesi konvokesyen di seluruh negara tergendala buat masa ini.

Namun, lain pula dengan universiti dari Terengganu ini.

Semalam, nama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menjadi tular apabila satu video simulasi konvokesyen yang dimuat naik telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Video tersebut menunjukkan bagaimana sesi konvokesyen sebenarnya boleh dijalankan dengan menggunakan ‘khidmat’ robot bagi menggantikan pelajar untuk naik ke atas pentas graduasi.

Ini dilihat mirip dengan sesi konvokesyen yang pernah dijalankan di Jepun baru-baru ini di mana robot menjadi pengganti kepada para graduan. Pergh, hebat juga teknologi dari Malaysia bukan!

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Jepun Teruskan Konvo Gunakan Robot

Namun, di kala ramai yang memuji, ramai juga yang memberikan reaksi negatif terutamanya di kalangan pelajar. Bagi mereka, adalah lebih baik untuk menunda sahaja sesi tersebut kerana mereka ingin merasai sendiri pengalaman sekali seumur hidup itu setelah bersusah payah selama beberapa tahun.

Ada juga yang mendakwa mereka tidak bersedia dengan cara baharu ini dan ingin menyambut kejayaan mereka bersama ibu bapa seperti pada sesi konvokesyen biasa.

Maklum Balas UniSZA

Sebaik menerima respon bertalu-talu, wakil pengurusan universiti menyatakan bahawa video yang tular itu hanyalah satu bentuk simulasi untuk menguji keberkesanan robot tersebut.

“Konsep konvokesyen secara maya (menggunakan robot) ini sedia untuk dilaksanakan SEKIRANYA PERLU. Hakikatnya, Kementerian Pengajian Tinggi telahpun memutuskan tiada majlis konvokesyen yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

“Simulasi ini hanyalah satu inovasi yang boleh dipertimbangkan dan ia hanyalah bukti robot bukan lagi fantasi tetapi boleh dijadikan realiti.”

Menurut UniSZA lagi, penggunaan robot ini boleh digunakan bagi majlis konvokesyen pada tahun hadapan bagi mewakili pelajar antarabangsa yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu.

Jadi, mohon bertenang ye gaiss..

Apapun, kita patut berbangga apabila Malaysia juga sudah sampai ke tahap teknologi maju seperti ini. Kita pun boleh!

Published by
FZ