
Malaysia kini duduki tangga ke-12 pada senarai global bagi kedudukan negara yang paling banyak dilawati di dunia bagi 2023.
ARTIKEL BERKAITAN: Jangan Terkejut! Juadah Malaysia Ini Termasuk Dalam Senarai Makanan Paling ‘Teruk’ Di Dunia
Menerusi data yang dikeluarkan oleh One Step 4ward, Malaysia antara 20 negara paling paling banyak dilawati di dunia dan meraih kedudukan ketiga dalam senarai negara Asia apabila berada di belakang China dan Thailand.
Menurut sumber, Malaysia menerima pelancong seramai 26.8 juta daripada 163 buah negara lain.
Perancis menerima sejumlah 82.6 juta pelancong dan terus menduduki tempat pertama sebagai negara paling banyak dikunjungi di dunia untuk 2023.
Tempat kedua dan ketiga pula diduduki oleh Amerika Syarikat dan Sepanyol dengan jumlah pelancong yang sama iaitu 75.6 juta.
Selain itu, tahun ini menunjukkan Malaysia naik satu anak tangga berbanding tempat ke-4 pada 2022 dalam kalangan negara di Asia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT ARTIKEL/GAMBAR: KOSMO
Fuh! Lit Betul Dinding Grafiti DOLLA Oleh Samsung Ini, Sempena..

Bukan biashe-biashe ni..
Sempena pelancaran model telefon pintar baharu yang bersesuaian dengan pengguna remaja iaitu Samsung Galaxy A32, Galaxy A52 dan Galaxy A72, jenama elektronik dari Korea Selatan itu telahpun melakukan sesuatu yang istimewa di Jalan Tun HS Lee, Kuala Lumpur baru-baru ini.



Samsung telah ‘menghadiahkan’ sebuah dinding mural baharu dengan menampilkan kumpulan yang kian meningkat naik iaitu Dolla!
Jelas terpampang wajah ahlinya – Sabronzo, Angel, Tabby dan Syasya dengan logo Samsung Galaxy A sebagai usaha memeriahkan suasana di Jalan Tun HS Lee agar ia lebih bertenaga dan tidak lagi kelihatan kusam mahupun usang.
Dinding grafiti ini merupakan karya kreatif pelukis grafiti tempatan, Lowkey. Lihat sajalah transformasi yang dilakukan oleh pelukis tersebut di bawah.

Beberapa bangunan nostalgik lain di sekitar Kuala Lumpur yang diceriakan dengan lukisan mural termasuklah bangunan REX KL karya Orkibal dan di Bangunan Zhongshan hasil karya Bona Stellar yang dijangka siap pada bulan Mei ini.
Menerusi hantaran Instagram Story Dolla pada Jumaat lalu, mereka jelas kelihatan teruja dengan pelancaran dinding mural itu.
Dengan tema ‘Dikuasakan oleh Galaxy A’, mural-mural yang dihasilkan di sekitar Kuala Lumpur ini adalah sebahagian daripada usaha Samsung dan pengkarya kreatif tempatan untuk memberi inspirasi agar remaja terus mengekspresikan kreativiti dan minat seni mereka secara bebas dan spontan.
Jadi bagi korang yang berada di sekitar Kuala Lumpur, apa tunggu lagi? Muat naik foto korang bersama ‘Dolla’ di Jalan Tun HS Lee ini!
Raya Raya Raya Bersama Samsung
Buat julung kalinya, Dolla baru melancarkan lagu khas sempena perayaan Aidilfitri berserta video muziknya sekali.
Lagu berjudul Raya Raya Raya itu amat ditunggu-tunggukan oleh iDolla sekalian apabila ia telahpun mencapai 261,000 tontonan di YouTube setakat waktu artikel ini dimuat naik.
Sebagaimana kita ketahui, Dolla dikenali menerusi lagu berentak rancak seperti Watch Me Glow dan Raya Raya Raya penulis rasakan masih tidak ‘tersasar’ dari landasan identiti grup ini. Biarpun ia bertemakan perayaan Aidilfitri, Dolla tetap cuba mengeksplorasi sesuatu yang baru dan relevan dengan tema perayaan Aidilfitri.
Menerusi lirik lagu Raya Raya Raya dan video muziknya di atas, Dolla menunjukkan kemesraan beraya dalam kepesatan teknologi.
Maklumlah, cara berhari raya kini sudah berbeza. Selain beramah mesra dan menjamah juadah wajib setiap kali Aidilfitri tiba, kita sekarang juga mementingkan media sosial dan peranti moden untuk berinteraksi dengan yang tersayang.
Disebabkan itulah wujudnya kolaborasi ini. Samsung dan Dolla turut ingin mengajak korang untuk sama-sama beraya dengan peranti baharu Galaxy A32 melalui cabaran TikTok Dolla yang sudah mula dijalankan sejak 1 Mei lalu.
Senang je untuk memenangi salah satu daripada 9 unit Galaxy A32 yang ingin diberikan. Korang hanya perlu menari dengan lagu Raya Raya Raya nyanyian Dolla di TikTok dan voila! Mungkin koranglah salah seorang pemenang bertuah pada kali ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Siapakah Dolla, Grup Tempatan Yang Disamakan Dengan Blackpink? – REMAJA
Giliran Toyota Dan Honda Pula Tutup, Henti Seketika Operasi Di Malaysia

Ternyata pandemik COVID-19 bukan saja mengakibatkan jangkitan masalah kesihatan serius tetapi juga membawa kesan ekonomi yang berpanjangan apabila banyak kawalan pergerakan terhad dilakukan di seluruh dunia.
Jika sebelum ini , di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama banyak syarikat besar mahupun mengalami kerugian dan ‘gulur tikar’. Kini PKP 2.0 menyaksikan dua syarikat automotif dunia, Toyota Motor (Toyota) dan Honda Motor (Honda) menutup sementara operasi di beberapa kilang di Malaysia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19.

Melalui laporan Nikkei Asia, Toyota menghentikan dua kilang pemasangan pada Khamis lalu manakala Honda pula menangguhkan pengeluaran kenderaan membabitkan dua kilang pada Rabu lalu.
“Keputusan untuk membuka semula kilang Toyota akan diputuskan kemudian.
“Bagi kilang Honda pula, sebuah kilang membuat kenderaan dua roda manakala kilang lain menghasilkan kenderaan empat roda dan kilang itu merancang untuk menangguhkan operasi sehinga 26 Januari depan,” lapor portal berita berkenaan pada Jumaat.

Untuk info, Malaysia merupakan pengeluar kenderaan ketiga terbesar di Asia Tenggara, berada di belakang Thailand dan Indonesia. Kadar pengeluaran kenderaan bagi tempoh Januari-November tahun lalu turun sebanyak 19 peratus kepada kira-kira 430,000 kenderaan.
Hm, boleh tahan mencabar juga tahun 2021 walaupun baru bermula, tapi ingatlah satu perkara yang rezeki semua di tangan Tuhan. Selagi kita berusaha dan yakin akan pertolonganNya, insyaAllah ada rezeki buat kita nanti. Macam mana la nasib pekerja Honda dan Toyota ni…huhu
Sumber : Nikkei Asia
Resipi Nanas Goreng Ranggup, Confirm Sedap Lain Daripada Yang Lain

Isi Kandungan
ToggleSiapa sangka buah nanas yang selalunya dimakan begitu sahaja atau pun diguna dalam masakan rupanya boleh dinikmati dengan cara berbeza, iaitu digoreng rangup.
Tahu tak korang nanas adalah ‘superfood’ yang baik kepada tubuh badan kita? Berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre, nanas sarat dengan vitamin C yang dapat membantu menghapuskan lendir, kahak dan melegakan sinus. (Sumber: DrRizal Abu Bakar)
Jadi, untuk korang yang memang suka makan nanas, seorang pengguna di Facebook yang dikenali sebagai Ena Mohd Arip telah pun berkongsi satu resipi istimewa dan berbeza dari biasa, nanas goreng.
Bahan-bahan:
– Nanas
– Tepung beras
– Garam
– Baking powder
– Air
– Breadcrumbs
Cara menyediakan:
1. Potong nanas mengikut citarasa korang
2. Bancuhkan tepung beras, garam secukup rasa dan baking powder bersama air
3. Pastikan bancuhan tersebut tidak terlalu cair atau pekat
4. Sebagai pilihan, korang juga boleh salut bersama breadcrumbs
5. Kemudian, gorengkan nanas tersebut
6. Siap!
Hasilnya memang rangup dan menyelerakan. Kalau tak percaya korang cubalah sendiri. Hiks! Snek ini sesuai disediakan pada waktu petang. Lebih-lebih lagi kalau waktu hujan, memang layanlah.
Selamat mencuba!
Sumber: Ena Mohd Arip