Khabar baik bagi peminat K-Pop generasi kedua, penyanyi dan ahli termuda SHINee, Taemin yang terkenal dengan gerakan tarian luar biasanya telah mengumumkan Malaysia sebagai destinasi kedua persinggahannya di Asia bagi konsert jelajah dunia Ephemeral Gaze.
Difahamkan, konsert jelajah Taemin kali ini akan berlangsung pada 7 September ini di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor dan ini akan menjadi konsert solo pertama pelantun lagu
IDEA di Malaysia!Sebelum ini, Taemin pernah mengunjungi negara ini bersama anggota SHINee yang lain dalam acara Disk Awards pada tahun 2013, juga hadir sebagai tetamu istimewa untuk pertunjukan Formula One Petronas Malaysia Grand Prix pada tahun 2015.
BACA: Peminat Tak Keruan Taemin SHINee Buat Badan, Siapa 7 Lagi Artis K-Pop Comel Berbadan ‘Sado’?
Dalam pada itu, apa yang lagi menarik kelab rasmi peminat Taemin iaitu TAEmates yang diuruskan oleh Fromm juga dapat membeli tiket dengan lebih awal bermula 2 Ogos ini dari jam 11 pagi sehingga tengah malam. Sementara bagi jualan tiket secara umum, akan dijual bermula pada 5 Ogos, 11 pagi.
Sekadar info, Taemin telah memulakan kerjaya sebagai penyanyi melalui kumpulan SHINee sejak berusia 14 tahun. Kemudian, dia mula bergerak solo sejak tahun 2014 dengan single pertama Danger seterusnya mencuri hati para peminat dengan lagu seperti MOVE, Criminal, dan terbaru Guilty.
Taemin juga dijangka akan mempersembahkan pelbagai lagu baru dari album terbarunya yang akan dilancarkan pada Ogos ini.
BACA: 15 Selebriti Korea Yang Merupakan Best Friend Dalam Kehidupan Sebenar
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.