Malaysia Semakin Hampiri 5G, Ujian Kepantasan Di 5 Negeri Terpilih Tak Lama Lagi

Share

 

Kalau bercakap mengenai Teknologi Generasi Kelima (5G), memang sampai kesudah tak habis punya. Ini kerana seluruh penduduk dunia sedang ternanti-nantikan teknologi tersebut.

 

Negara kita juga nampaknya enggan tertinggal dalam perkembangan ini. Justeru, satu ujian kepantasan teknologi 5G akan dilakukan di lima buah negeri dalam masa terdekat!

Ia termasuklah Kedah, Perak, Terengganu, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Menurut Menteri Komunikasi & Multimedia iaitu Gobind Singh Deo, ujian kepantasan itu adalah berikutan permintaan tertinggi teknologi 5G oleh 5 buah negeri tersebut selepas Cyberjaya dan Putrajaya.

“Banyak syarikat dari 5 negeri ini yang bertanyakan tentang 5G. Dari negeri lain pun ada tetapi buat masa ini, kita fokus kepada 5 negeri sebagai permulaan. Dan kita tak akan berhenti di situ. Kita akan kembangkan mengikut keadaan dan tuntutan,” kata beliau kepada rakan media di AWANI pada hari ini.

Untuk menjayakan ujian 5G, pelbagai aspek akan dinilai termasuklah keselamatan, infrastruktur baru dan menaik taraf infrastruktur sedia ada.

Dari situlah, mereka akan menilai apakah masalah yang timbul dan bagaimana hendak menyelesaikannya.

Untuk pengetahuan korang, Celcom Axiata Berhad telah mengumumkan mereka akan melakukan Ujian 5G Secara Langsung yang pertama di Malaysia, 3 hari lalu.

Ia akan dijalankan di ibu pejabat Celcom dan sekitar Petaling Jaya Sentral selama 6 bulan ini.

OMG, tak sabarnya nak gunakan 5G!

Sumber: Astro Awani

Published by
FZ