Siapa je yang tidak pernah impikan untuk memakai barangan jenama mewah seperti pakaian dan aksesori terbaru.
Namun sudah tentu tidak semua insan mampu memilikinya. Jadi bagi segelintir individu ini, mereka sanggup menggayakan barangan tiruan semata-mata ingin nampak classy di mata masyarakat.
Disebabkan permintaan meninggi, perniagaan barangan tiruan dan cetak rompak semakin berjaya dan berkembang di Malaysia.
Baru-baru ini, lokasi membeli-belah Petaling Street, Kuala Lumpur telah tersenarai dalam The Notorius Market List mengikut laporan Semakan Pasaran-pasaran Barang Tiruan dan Cetak Rompak 2022 oleh United States Trade Representative (USTR).
Dakwa USTR, Petaling Street dikenal pasti sebagai lokasi pasaran fizikal yang menawarkan barangan palsu dan cetak rompak pelbagai jenis produk palsu seperti jam tangan, kasut, beg tangan, dompet dan cermin mata hitam.
Ads
Sesudah zaman pandemik, aktiviti jual beli di Petaling Street bagaimanpun dilaporkan masih belum pulis sepenuhnya. Ini kerana kehadiran pelancong asing ke sana masih lagi kurang berbanding beberapa tahun lepas.
Senarai USTR ini juga menamakan 39 pasaran atas talian dan 33 pasaran fizikal dari seluruh dunia yang didapati terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kerja-kerja pemalsuan tanda dagang serta cetak rompak hak cipta.
Selain itu, ia mengenalpasti ekosistem e-dagang WeChat sebagai salah satu platform terbesar yang menawarkan barangan cetak rompak di China.
Di lain-lain negara, ia menyenaraikan entiti atas talian lain termasuklah Shopee, Ali Express, MP3 Juices, Sci Hub, Thepiratebay dan Taobao setelah mendapati kesemua menjadi lubuk penjualan barangan tiruan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Fasa Monsun Timur Laut telah bermula pada 11 November lalu dan dijangka akan berterusan sehingga Mac 2021. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), sepanjang tempoh monsun ini, negara lebih cenderung menerima tiupan angin lebih kencang dari arah timur laut dengan kelajuan diantara 10 hingga 20 kilometer per jam.
Kesannya, beberapa siri hujan lebat secara menyeluruh dijangka berlaku terutamanya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah.
Buka sahaja media sosial, semua berkongsi kisah dan gambar kawasan mereka yang dilanda banjir. Situasi hujan yang tidak berhenti beberapa hari ini mengeruhkan lagi keadaan dan beberapa tempat di seluruh Malaysia terpaksa berhadapan musibah ini.
Rakyat Malaysia juga mulai merasai cuaca sejuk dan tidak semena-mena #Genting menjadi trending di laman Twitter.
Menurut seorang pengguna Twitter, Genting Highland mencatatkan suhu 14 darjah Celsius dan menyifatkan ia lebih sejuk berbanding Melbourne.
Malah, ramai juga yang turut berkongsi rasa kerana tempat mereka juga turut sejuk kerana cuaca yang mendung sepanjang hari.
Rata-rata rakyat Malaysia menjelaskan bahawa tidak perlu ke Genting Highland untuk merasai kesejukan kerana di rumah mereka juga sudah cukup sejuk.
Alhamdulillah, merasa jugalah rakyat Malaysia dengan cuaca sejuk kan. Cuma bila musim hujan ni ‘mak-mak’ pening kepala laa kain jemuran tak kering. Hiks!
Kita yang hanya mengalami hujan lebat dan cuaca sejuk ini patut bersyukur kerana masih ramai lagi masyarakat di luar bandar yang sedang susah ditimpa musibah banjir. Sama-sama kita doakan agar mereka semua dilindungi dan kepada yang berhadapan dengan situasi banjir ini, jangan pula korang syok bermain air.
Jaga keselamatan diri sendiri agar tidak ada sebarang keadaan yang tidak diingini berlaku dalam keadaan seperti ini.
Di saat kita mungkin masih senang membicarakan apa yang bakal dibuat dengan wang RM10,000 yang juga diambil dari KWSP tanpa mengambil kisah apa yang berlaku di luar negara.
Tapi sejak semalam kematian pakar nuklear terkemuka Iran, Mohsen Fakhrizadeh yang mati ditembak di Tehran mula menunjukkan tanda-tanda “pergeseran” bakal tercetus sehingga wujudnya provokasi “perang” nuklear yang bakal melanda dunia. Ini kerana Iran nekad untuk membalas dendam selepas kematian pakar nuklearnya itu.
Dalam kejadian semalam, menurut laporan BBC, kenderaan yang dinaiki oleh Mohsen Fakhrizadeh diserang oleh sekumpulan pengganas bersenjata. Pakar nuklear yang cedera parah itu kemudian dibawa ke hospital namun menghembuskan nafas terakhirnya.
Badan perisikan Barat percaya, Fakhrizadeh adalah individu yang “berselindung” di sebalik program nuklear Iran yang diharamkan oleh Amerika yang cuba menggunakan kuasa ekonomi untuk menyekat program nuklear itu dikembangkan.
.
Seorang diplomat Barat dalam satu temuramah pada 2014 berkata, Fakhrizadeh dikenali sebagai Bapa Bom Iran. Namun begitu Iran menegaskan program nuklearnya bukan untuk peperangan sebaliknya adalah untuk kegunaan pada masa depan.
Bahkan kematian ilmuan dalam bidang nuklear itu disahkan oleh Pemimpin Tertinggi Iran semalam dan menyifatkan serangan itu didalangi oleh Isreal dan bersumpah akan menuntut membalas dendam.
Dikatakan pembunuhan Fakhrizadeh dikaitkan dengan peningkatan jumlah penguraian uranium yang dihasilkan negara itu. Namun dikatakan pembunuhan Fakhrizadeh adalah berkaitan peningkatan jumlah tenaga uranium yang dihasilkan di negara itu sejak kebelakangan ini walau ia diarahkan berhenti pada tahun 2015. Dikatakan penghasilan ini merupakan komponen terpenting untuk menghasilkan loji tenaga nuklear awam dan senjata nuklear untuk tentera.
Ancaman ekonomi terhadap Iran yang diwarkan oleh Amerika terbatal pada 2018 selepas Donald Trump percaya Iran akan akur pada janji tetapi ada sumber memaklumkan Iran memungkiri janji tersebut.
Reaksi dunia selepas pembunuhan ini
Menteri Luar Negeri Iran, Mohammad Javad Zarif mengutuk pembunuhan ini dan disifatkan sebagai tindakan pengganas. Malah beliau menyifatkan tindakan ini sebagai pengecut. Malah yakin Israel terlibat dalam tindakan keganasan ini. Ini kerana pada tahun 2010-2012, empat orang pakar nuklear Iran dibunuh dan Iran menuduh Israel terlibat. Apa yang pasti, jika perang ini meletus, satu dunia akan berisiko menerima kesannya. Sumber : BBC / Gambar : AFP & Khameni.IR/AFP
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kita biasa mendengar tentang scammer. Malah kes melibatkan beberapa individu yang ditahan kerana terlibat dalam penipuan ini hangat diperkatakan dalam media sosial. Ini termasuklah kes salah seorang tahanan melarikan diri dengan melompat pagar ketika berada di dalam bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini.
Apa yang menakutkan, menurut data dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk enam bulan pertama tahun 2020 ini sahaja, jumlah kerugian yang ditanggung oleh rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan scam meningkat kepada RM914 juta. Satu jumlah yang sangat besar dengan penipuan di dalam talian mencatatkan jumlah penipuan paling tinggi dilaporkan.
Menurut Pengerusi SC, Datuk Syed Zaid Albar menjelaskan aktiviti scammer ini begitu berleluasa dan begitu ketara bagi tahun 2020 ini. Pada Disember 2019, Jabatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan jumlah nilai kerugian adalah sebanyak RM769 juta bagi tempoh tiga tahun berbanding RM914 bagi enam bulan pertama hingga Jun 2020, satu peningkatan yang begitu ketara.
Satu carian REMAJA di fb mendapati scammer kini menggunakan taktik terkini dengan mengiklankan di fb iaitu mereka mencari individu yang mahu menyewakan akaun bank dan ATM kad bagi pengguna yang mahukan duit segera.
Mereka sanggup membayar di antara RM100-RM300 setiap minggu bagi mereka yang mempunyai akaun bank di Maybank, CIMB, Hong Leong, RHB dan Public Bank. Jika kita benar-benar terdesak dengan duit dan memikirkan akaun itu memang kosong, kita pasti akan menghubungi nombor tertera,betul tak?
Jadi akaun bank kaldai
Di sebalik isu duit yang menjadi fokus utama rakyat masa kini yang agak terdesak kerana dibuang kerja dan sebagainya, tapi tahukah korang, dengan memperoleh sewaan duit tak seberapa ini, korang bakal menghuni penjara walau kita tak lakukan apa kesalahan jenayah pun.
Taktik menyewa akaun ini disebut sebagai Mule Account atau pun Akaun Bank Kaldai di mana scammer ini memberikan duit atas sewaan bank untuk membolehkan scammer ini memperoleh duit yang berjuta dengan menjadikan akaun korang sebagai “pengantara”sebelum duit dipindahkan ke pihak ketiga yang agak susah untuk pihak berkuasa mengesannya.
Tahukah, apabila kita memberikan sewaan akaun bank dan atd kad, kaldai akaun ini boleh didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan wang secara haram dan Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki barangan curi dan pastinya hukuman penjara menanti. Jadi hati-hati ya, jangan kerana duit, korang terperangkap dan menangis bila dijatuhkan hukuman atas kesalahan yang korang tak buat. Sumber gambar : AFP
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...