Dek penularan varian Omicron yang semakin menular di peringkat antarabangsa kini, agak sukar untuk Malaysia membendung varian ini daripada terus menular di dalam negara kita.
Begitulah antara intipati yang disampaikan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengenai kemasukan varian tersebut yang dikatakan sudahpun berada di Malaysia.
Katanya, gelombang penularan varian Omicron sudahpun bermula di Malaysia. Malangnya kes COVID-19 dijangka bakal meningkat. Namun buat masa ini statistik jangkitan virus itu masih terkawal disebabkan kadar vaksinasi yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia sekarang.
“Sistem kesihatan sudah bersiap siaga. Kes serius semakin kurang. Sama-sama kita mengatasi gelombang ini,” catatnya sambil mengingatkan agar orang ramai terus memakai pelitup muka sewaktu berada di luar.
Beliau turut menambah tiga perkara yang kini sedang difokuskan iaitu, “#TRIIS (uji, lapor, asing, maklum dan cari). Booster (penggalak). #PICKids (vaksin kanak-kanak),” dengan merujuk kepada program vaksinasi dos penggalak yang sedang dilaksanakan kerajaan dan vaksinasi untuk kanak-kanak.
Usaha oleh Kementerin Kesihatan ini tidak mungkin berjaya tanpa kerjasama masyarakat kita sendiri. Oleh itu, sama-samalah kita sertai usaha KKM ini demi mencegah gelombang penularan dengan bertanggungjawab mematuhi SOP serta menjalani ujian saringan berkala.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.