Berita baik buat individu yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19, syarikat penerbangan Malindo Air telah menawarkan enam penerbangan setiap hari ke Langkawi bermula 16 September ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri, lima daripada penerbangan itu adalah dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Subang Skypark) dan satu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Setakat ini, Malindo Air beroperasi secara dua penerbangan harian antara Langkawi dan Subang Skypark yang menjadi pilihan bagi perjalanan domestik.
Bukan itu sahaja, sempena pembukaan semula Langkawi dan sambutan Hari Malaysia pada 16 September, syarikat penerbangan itu menawarkan 15 kilogram bagasi percuma. Ia akan diberikan kepada semua pemegang tiket ‘Super Saver’ yang melakukan penerbangan bersama Malindo Air.
Fuh, mesti ramai yang dah tak sabar kan?
Kesan daripada penutupan operasi sepanjang PKP lalu, ia bukan sahaja memberi impak yang besar buat industri pelancongan, malah syarikat penerbangan juga turut terkesan teruk. Dengan pembukaan semula ini, diharap agar ia dapat memberi nafas baharu buat semua pihak yang berkenaan.
Walau bagaimanapun, perjalanan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini dijangka menjadi lebih sukar dimana penumpang masih perlu mematuhi SOP dengan sekatan tertentu.
Khabar berita ini mendapat reaksi ramai dan ada diantaranya bersyukur kerana dengan usaha ini, setidak-tidaknya ramai individu yang sudah lama tidak dapat bekerja boleh bekerja kembali.
Diharap masyarakat memberikan kerjasama yang baik dengan mengikuti setiap SOP yang disarankan. Ingat, kita masih belum menang. Teruskan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengawal penularan COVID-19.
Hm, rasanya dah bolehlah kot cari semula luggage korang yang dah berhabuk tu. Hiks!
Sumber: (1)