Uncategorized

“Malu Baju Tak Ada Size…”, Gadis Ini Nekad Turun 37Kg Dengan Diet Suku-Suku Separuh

Share

Menjalani diet yang sihat amat penting bagi kita semua. Namun, masih ramai yang berpendapat perkataan “diet” adalah seiringan dengan tidak boleh makan.

Tapi korang salah sebenarnya, diet bukan bermaksud korang kena ‘ikat perut’

Menurut perkongsian saudari Eleeza Natasha melalui page facebook diet suku-suku separuh, beliau berjaya kurangakan hingga 37 kilogram dalam tempoh  setahun sahaja. Wow banyak tu...

Yang penting kena konsistan dan jangan hangat-hangat tahi ayam okay!

Sebelum membuat diet SSS (suku-suku separuh) berat berat gadis ini mencecah 99 kilogram. Kini, berat Eleeza turun kepada 62 kilogram dan memberi kesan ketara kepada kehidupannya.

Perkongsian Eleeza dalam group DSSS baru-baru ini telah mendapat lebih 10 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik pada 10 Disember lalu.

“Sebabkan saya nak sangat turunkan berat badan sebab keadaan penyakit asthma saya teruk dulu,lepas tu dulu kalau tiap kali pergi mall setiap 10minit sekali nak kena cari tempat duduk dan jugak nak kena pakai inhaler asthma tu sebabkan kaki cepat lenguh dan sakit..tu yang membuatkn saya nak sangat turunkn berat badan

“lagi satu dulu malu,kalau nak pergi mall nak beli baju sebabkan malu tak de size yang sesuai untuk orang besar macam saya ni..”

Beliau juga elak minuman manis di samping bersenam dan berhenti makan pada 7 atau 8 malam.

 

Alhamdulillah, hari ni genap 1 tahun buat Diet Dsss. Kiranya,semalam hadiah untuk hari lahir tahun ni kepada diri sendiri sebab berjaya buat tanpa putus asa.
Banyak perubahan yang dapat diri sendiri ni rasa. Tapi ada sikit lagi ni nak kena kejar target lagi, ada lagi 10kg target nak turun.
Berat permulaan : 99kg
Berat semasa : 62kg
Jumlah berat dikurangkan : 37kg

Sebelum ini, Eleeza mendedahkan beliau berjaya menukar saiz pakaian daripada 5XL kepada saiz M dalam tempoh sebelas bulan. Ujarnya, beliau bersyukur kerana sudah tidak perlu malu untuk membeli baju kerana risau tiada saiz.

Lebih kurang ada dua minggu lagi untuk kita menghabiskan sisa-sisa tahun 2020 sebelum bertemu di tahun baru 2021. Masih tidak terlambat lagi kalau korang nak mengamalkan gaya hidup sihat. Tak perlu nak tunggu tahun baru untuk turunkan berat badan kan? Hiks!

Sumber :Eleeza Natasha

Published by
Nana