Personaliti media sosial yang juga anak usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B meraih perhatian warganet apabila meraikan ibunya pada Hari Bapa, baru-baru ini.
Menitipkan dedikasi teristimewa buat ibu tercinta yang selama ini membesarkan mereka, Cik B berkata ibunya layak diraikan kerana telah melakukan tugas sebagai seorang bapa selama ini.
BACA LAGI: “Bukan Semua Orang Boleh Jadi Pempengaruh, Jadi Belajar!” -Cik B
“Sebab saya tiada ayah. Takkan hendak tulis selamat hari bapa pada ayah yang tiada?”
“Mama adalah ayah, ibu, kakak baik dan semua,” katanya dalam sebuah perkongsian video di platform TikTok miliknya.
Tindakannya itu turut membuatkan penyanyi lagu popular I Am Me itu terkejut, malah mempersoalkan mengapa mengucapkan selamat hari bapa kepadanya.
BACA LAGI: Cik B Berjaya Miliki Kereta Mewah Brabus G63, Titip Penghargaan Buat DSV Sebagai Tulang Belakangnya
Video yang meraih lebih sejuta juta tontonan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya tertanya-tanya keberadaan bapa kandung Cik B.
Tidak kurang juga berpendapat DSV memang layak diraikan pada Hari Bapa kerana telah membesarkan anak-anaknya dengan baik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Cik B