Peluang menghiasi papan iklan di kota besar New York merupakan impian bagi setiap individu ternama kerana rata-rata masyarakat dunia mengetahui betapa meriahnya tempat tumpuan pelancong itu.
Selepas kejayaan anak tempatan, Yuna, Layla Sania dan kumpulan Dolla, kini pelantun suara ‘Nang’, wajah Iman Troye pula menghiasi papan iklan digital gergasi di Times Square, New York menerusi kempen EQUAL, 35 senarai playlist tempatan yang mewakili artis dari lebih 50 negara dikategorikan.
Iman melahirkan rasa bangga menjadi wakil Malaysia dan Singapura menerusi kempen EQUAL oleh penstriman digital Spotify. Rakan selebriti juga tidak melepaskan peluang untuk meraikan kejayaan gadis ini dengan mengucapkan tahniah kepadanya.
Penyanyi remaja berusia 19 tahun ini baru sahaja melancarkan single terbarunya ‘Nang’ dan muzik video lagu itu meraih jumlah tontonan sebanyak 1 juta dalam masa hanya enam hari ditayangkan.
Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Iman Troye. You made it sis!
Sumber: (1)