Mamee Double Decker (M) Sdn Bhd telah melabur RM50 juta sebagai permulaan dalam usaha menjalin usaha sama dengan sebuah syarikat dari Korea Selatan, Shinsegae Food bagi menghasilkan produk makanan korea halal untuk dipasarkan ke peringkat global.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mamee, Tan Sri Pang Tee Chew berkata, jumlah itu merangkumi kos pelaburan, pengiklanan dan sebagainya demi memastikan, produk makanan halal dari Korea dapat diperkembangkan di negara ini.
“Usaha sama bersama yang dinamakana Shinsagae Mamee Sdn Bhd merupakan platform terbaik bagi kedua-dua syarikat untuk memperkukuh dan mengembangkan operasi kedua-duanya di rantau Asia Pasific di samping berkongsi kepakaran dalam pembuatan dan perkhidmatan makanan serta minuman halal.
““Mamee dapat lihat populariti makanan Korea yang semakin meningkat dan permintaan yang lebih tinggi untuk makanan halal dalam pasaran makanan global di mana kedua-dua pasaran dijangka akan mengalami pertumbuhan yang pesat bagi beberapa tahun yang akan datang.
“Usaha sama ini membolehkan kedua-dua syarikat dapat berkongsi dan memanfaatkan kekuatan masing-masing. Shinsegae Food adalah sebagai peneraju dalam perkhidmatan dan pembuatan makanan, manakala Mamee-Double Decker menjadi jenama isi rumah yang terkenal dengan lebih daripada 40 tahun pengalaman dalam menghasilkan kualiti makanan dan minuman halal. Diharap dengan usaha sama ini, sedikit sebanyak dapat membantu melonjakkan aspirasi Mamee ke arah menjadi pembekal makanan halal secara global,” katanya sambil menambah, pasaran makanan halal merupakan salah satu pasaran makanan yang berkembang pesat di seluruh dunia.
Ads
“Banyak produk-produk makanan halal dari Korea mendapat permintaan bagi rakyat negara ini. Malaysia pula dikenali sebagai perintis makanan halal bagi rantau ini. Justeru itu, kerjasama ini adalah satu platform terbaik untuk Mamee Double Decker merintis ke arah perkembangan syarikat.
“Dengan pasaran makanan halal yang kini menjadi salah satu pasaran makanan yang berkembang pesat di seluruh dunia, secara tidak langsung akan meningkatkan lagi permintaan makanan halal Korea yang kini semakin berkembang memandangkan Malaysia merupakan perintis makanan halal di rantau ini,” katanya kepada pemberita pada majlis permeterian perjanjian usaha sama di Melakai yang turut dihadiri Presiden Shinsegae Food, Choi Sung-Jei.
Dalam pada itu Presiden Shinsegae Food, Choi Sung-Jei berkata, Mamee-Double Decker merupakan jenama isi rumah yang terkenal dengan lebih daripada 40 tahun pengalaman dalam perkilangan dan memiliki rangkaian pengedaran global yang kukuh. Manakala, Shinsegae Food, sebahagian daripada Shinsegae Group pula mempunyai pengalaman dan kepakaran meluas dalam pembuatan makanan dan mengendalikan perniagaan makanan berbentuk restoran dan kedai roti sepanjang tempoh 20 tahun dalam bidang ini. Kedua-dua syarikat pada hari ini telah membangunkan syarikat usaha sama ini bagi mempromosikan makanan Korea yang asli dan untuk memudahkan pertumbuhan makanan Korea yang halal di Malaysia dan di Asia Tenggara,’ katanya.
Ads
Dalam satu pernyataan lain, Tan Sri Pang berkata dengan usaha sama itu beliau menjangkakan kedua-dua pasaran akan mengalami pertumbuhan yang pesat berikutan populariti makanan Korea dan permintaan yang lebih tinggi bagi makanan halal dalam pasaran makanan global.
“Justeru, saya berharap dengan usaha sama ini sedikit sebanyak dapat membantu melonjakkan lagi aspirasi Mamee ke arah menjadi pembekal makanan halal secara global,” katanya.
Menurutnya lagi, usaha sama ini juga merupakan batu loncatan kepada Mamee untuk meneroka dan menceburi cabang perniagaan yang baharu seperti bidang perkhidmatan makanan dan pembuatan produk makanan halal Korea yang menyediakan servis perniagaan kepada pengguna serta pasaran.
Ads
Shinsegae Mamee Foodservice bermatlamat untuk menjadi pembekal sehenti makanan dan minuman halal di mana produk-produk berkualiti tinggi dan konsisten dengan rasa dan perkhidmatan yang tulen ditawarkan untuk semua pengendali perniagaan makanan.
Syarikat ini komited ke arah menjadi peneraju pembekal solusi masakan tempatan yang menyeluruh untuk pengendali perkhidmatan makanan sekitar rantau Asia Tenggara. Untuk kejohanan Winter Olympics 2018 yang bakal berlangsung di Pyeongchang, South Korea di mana Shinsegae Food merupakan pembekal perkhidmatan katering makanan rasmi, Mamee akan diwakili oleh Chef Faizul yang akan menjadi rakyat Malaysia pertama yang menyediakan dan memasak makanan Halal untuk kesemua peserta Muslim dan akan dibantu oleh duta Mamee Chef, Dato’ Chef Ismail.
Bersempena dengan majlis menandatangani perjanjian usaha sama ini, Mamee Double Decker (M) Sdn Bhd juga telah menaik taraf bangunan ibu pejabat yang terletak di Ayer Keroh, Melaka yang berkonsepkan moden di samping memastikan keselesaan pihak pengurusan dan staf-staf dalam urusan kerja seharian.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ketibaan juara Miss World 2021, Karolina Bielawska bersama-sama juara Miss Grand International 2021, Nguyễn Thúc Thùy Tiên di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah semalam telahpun disambut meriah dan menggamit peminat dunia ratu cantik di sana.
Karolina, 23 dan Thùy Tiên berada di Kota Kinablu bersempena pertandingan ratu cantik berskala besar yang bakal dilangsungkan esok di mana ia mempertaruhkan tiga gelaran ratu cantik antarabangsa kepada 24 orang peserta terpilih dari seluruh Malaysia.
Ini termasuklah gelaran Miss World Malaysia 2022, Miss Grand Malaysia 2022 dan Miss Supranational Malaysia 2022. 3 orang bakal juara ini kemudiannya akan mewakili negara ke pertandingan di peringkat antarabangsa pada tahun ini.
Kehadiran Karolina dan Nguyen telahpun menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan pencinta ratu cantik tempatan memandangkan ia jarang-jarang sekali dapat disaksikan.
Pada kebiasaannya, juara pertandingan ratu cantik antarabangsa akan dijemput oleh organisasi daripada negara jiran seperti Thailand, indonesia, Vietnam dan Filipina.
Justeru, apabila usaha pihak penganjur dari Malaysia menyunting dua juara ini telah membuahkan hasil sempena acara kali ini, ia sekaligus menarik perhatian ramai pemerhati dunia ratu cantik untuk memberi tumpuan ke arah potensi gadis-gadis yang bertanding serta memastikan nama Malaysia sampai ke pengetahuan warga antarabangsa.
Sememangnya, kecantikan yang dimiliki oleh Karolina dan Nguyen tidak perlu dipertikaikan lagi. Orang ramai yang berada di lapangan terbang semalam telah terpukau dengan aura penuh santun dan glamor.
Untuk pengetahuan, Karolina telah dinobatkan sebagai juara Miss World 2021 di Puerto Rico, Mac lalu. Manakala Thùy Tiên pula menjuarai Miss Grand International 2021 di Thailand pada November, tahun lalu.
Festival ratu cantik yang akan berlangsung esok ini dijangka bakal dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mendiang Puteri Diana merupakan salah seorang personaliti keluarga diraja paling popular pernah wujud pada era ini.
Puteri Diana selamanya adalah ikon. Pilihan fesyen dan penampilan kecantikan memberi inspirasi hingga ke hari ini. Meskipun telah meninggal dunia kira-kira 24 tahun lepas, Puteri Diana masih dikenang sebagai puteri berjiwa rakyat, dan paling tidak dapat dilupakan ialah fesyen yang ‘stylo’ ketika kunjungan rasmi atau tidak sepanjang hayatnya.
Pada entri kali ini, Remaja kongsikan beberapa selebriti yang pernah meniru gaya ‘ikon’ fesyen sepanjang zaman ini.
Angelina Jolie
Puteri Diana mengenakan gaun baldu untuk makan malam gala di White House pada tahun 1985. Angelina Jolie kemudiannya meniru fesyen ikonik di BAFTA 2018.
Emily Ratajkowski
Model jelita, Emily Ratajkowski berkata dalam temubual 2019 bahawa dia menjadikan Puteri Diana sebagai inspirasinya.
Gigi Hadid
Supermodel dan buah hati Zayn Malik ini mengenakan OOTD olahraga Ralph Lauren, meningatkan kita pada stail yang sama Puteri Diana tahun 1985.
Hailey Bieber
Siapa sangka, Hailey Beiber yang juga merupakan isteri kepada Justin Bieber serta model terkenal juga menginspirasikan fesyen dari Lady Diana. Gaya kasual Hailey Beiber saling tak tumpah dengan puteri kesayangan ramai ini. Simple, sarungkan ‘beggy blazer’, jeans dan topi jenis caps sebagai penambah gaya.
Harry Styles
Pada tahun 2019, Harry Styles memakai vest cetakan kambing biri-biri. Stailnya disamakan dengan sweater Puteri Diana.
Marisa Tomei
Pelakon Marisa Tomei mengenakan dress warna-warni ala Puteri Diana pada Anugerah Emmy 2019.
Meghan Markle
Memang tidak dapat dinafikan, menantu kedua Puteri Diana ini memang gemar menjadikan ibu mertuanya sebagai ‘reference’ dalam berfesyen. Ini beberapa gambar yang dapat REMAJA cari. Anataranya pada 1989, Puteri Diana memakai skirt dan cardigan merah-ungu. Kini, Meghan Markle pula mengayakan dress dan blazer color-blocking.
Rihanna
Rihanna pernah memberitahu pengaruh Puteri Diana dalam fesyennya. Tahun 2015, Rihanna curi ilham Puteri Diana dengan menyarung slip dress gelap yang popular. Bila dilihat, fesyen sekarang sudah lama digayakan oleh Puteri Diana. Ternyata beliau yang memulakan trend terlebih dahulu dan orang sekarang recycle semula.
Elle Fanning
Pelakon cantik dan berbakat ini memilih aura Cinderella dengan dress biru lembut terbuka didada rekaan Miu Miu untuk Met Gala 2017. Namun, Puteri Diana terlebih dahulu mengayakan fesyen ini pada tahun 1987 di Festival Filem Cannes dan sekali lagi dalam persembahan muzikal Miss Saigon di London pada tahun 1989.
Kendall Jenner
Kendall Jenner merupakan salah seorang remaja paling berpengaruh di dunia. Sejak menceburi bidang fesyen sebagai model kelas A, dia seolah-olah menjadi ikon fesyen remaja dengan fesyennga yang santai dan tidak terlalu sarat. Gaya ‘street fashion’ Kendall yang satu ini menjadi jelmaan Diana, supermodel itu menyarungkan baju sejuk hijau, seluar olahraga Adidas, dan kasut ‘boots’ putih.
Dalam banyak-banyak stail Puteri Diana, penulis paling gemar stail kasual beliau. Simple dan stylo. Korang pun boleh menjadikan Puteri Diana sebagai inspirasi untuk menggayakan pakaian. Mesti cool!
So, yang mana satu look favourite korang?
Sumber : popsugar.com
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bella Hadid baru-baru ini mengumumkan bahawa dia ingin berehat sebentar dari dunia modelling .
Model selebriti yang terkenal dengan clean girl aesthetic itu menyatakan hasrat untuk lebih fokus pada kebahagiaan dan kesihatan diri selepas ini.
Selain itu, Bella Hadid juga mengaku bahawa dia berasa lebih gembira kerana tidak perlu wajah ‘fake’ di hadapan orang sekeliling lagi.
Walaupun telah menempa nama dalam industri sejak berusia 16 tahun, Bella mengaku bahawa kini dunia modelling bukan untuk dirinya lagi.
Melalui temubual bersama majalah Allure baru-baru ini, Bella juga berkongsi kisah kehidupannya bersama pasangan, Adan Banuelos setelah berpindah ke Texas.
Katanya, dia seperti menemukan jati diri selepas berpindah ke Texas. Berbeza daripada kehidupan sebelum ini di mana Bella tidak dapat merasakan keseimbangan hidup walaupun selepas meraih kejayaan dan populariti sebagai supermodel.
Bella yang juga kini bergelar usahawan, ingin fokus pada perniagaan produk wangian barunya iaitu Orebella. Produk ini merupakan inspirasi dari budaya keluarganya sendiri yang berketurunan Arab.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...