Mampu Memudaratkan Masyarakat , Graduan Undang-Undang Dan Pengarah Pemasaran HungerHurts Tolak Amalan Rasuah

Share

Bila menonton filem tamil mahupun Hindustan, kita sering disajikan adegan polis menerima rasuah dari pemimpin politik, gangster dan juga orang berkepentingan. Jika sudah menerima rasuah, biasanya semua kesalahan ditutup sebelah mata saja.

Baru-baru ini, REMAJA sempat menebual seorang graduan undang-undang dan juga pengarah pemasaran HungerHurts Malaysia, Sara Mark Lubis sebagai 25 orang remaja menyerlah pilihan kami pada tahun 2020 berbekalkan kecemerlangan yang ditonjolkannya sebagai aktivis.

 

Di tanya soalan mengenai perbuatan rasuah di kalangan remaja, graduan undang-undang ini dengan tegas menyatakan rasuah bukan sahaja bahaya dikalangan remaja, namun bahaya di kalangan masyarakat juga. Ia buka sahaja kesilapan dari segi undang-undang dan jenayah bahkan ia namun sangat bertentangan dalam agama, walaupun rasuah sekecil mana pun ia tetap memberikan kesan buruk.

Tegasnya, sejarah dunia menunjukkan jenayah rasuah menyebabkan kejatuhan beberapa kerajaan hebat. Kalau rasuah semakin berleluasa dan menjadi-jadi ia akan memudaratkan masyarakat. Lebih teruk jika rasuah menjadi keutamaan, pemimpin boleh menjadi kejam dan menekan rakyat marhean.

Untuk info , HungerHurts merupakan sukarelawan persatuan badan bukan kerajaan (NGO) yang sering membantu orang yang memerlukan dengan mengagihkan bekalan makanan serta keperluan harian kepada penduduk yang terjejas. Antara CSR yang pernah kami lakukan ialah PPR Tuition yang dijalankan setiap minggu di SK Kepong Baru, Educamp ,Sole Searching , Covid Kinder Aid dan macam-macam lagi.

 

Minat membantu dan buat kerja amal sejak di sekolah menengah disebabkan dorongan ibu. Gadis lulusan bidang undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini tidak menoleh ke belakang untuk meringankan tulang menjadi sukarelawan dan membantu orang yang memerlukan . Projek projek awal yang saya ceburi adalah projek initiatif ibu untuk penuntut B40 di sekolah adik-adik saya.

Jelas Sara yang juga merupakan pelakon,pengacara dan juga part time make up artis. Untuk perancangan 2021, Hunger Hurts merancang untuk meluaskan lagi aktiviti kebajikan ini ke seluruh Malaysia. Untuk diri sendiri pula, saya akan ke arah industri seni iaitu pengacaraan, berlakon dan juga kewartawanan.

Apa-apapun semoga terus maju jaya untuk Sara di masa akan datang!

 

Published by
Nana