Scha Alyahya – salah seorang bekas pemenang Dewi Remaja yang tak perlu diperkenalkan lagi.
Kalau nak disebutkan sebagai ikon kepada remaja di Malaysia, namanya mesti akan menduduki antara carta teratas. Ehh, main ranking-ranking pula sekarang? Hehe..
Sejak menyandang gelaran Dewi Remaja pada tahun 2006, Scha tak putus-putus menyibukkan diri dengan agendanya tersendiri. Bermula sebagai pelakon drama, kemudian mengacarakan malam anugerah hebat dan kini sebagai ikon fesyen serta duta bermacam jenis produk, Scha sentiasa di hadapan.
Ads
“Awal (Ashaari) pernah berkata yang saya ni berdisplin tinggi dan ada schedule untuk segala-galanya. (Ketawa) Mungkin juga ya kerana saya suka menjadi ‘kemas’. Sebelum siap lakukan satu perkara, saya akan ada perancangan seterusnya.
“Tapi tak bermaksud saya sempurna. Saya selalu dengar remaja yang katakan saya perfect tetapi mana ada manusia yang perfect dik. Dewi Remaja pun tak perfect tau!
“Cuma sebagai ikutan remaja, saya sebolehnya cuba kurangkan cerita tak enak. Bukan kerana takut dikecam – apa lagi lah yang korang tak kecam Scha (ketawa) – tetapi saya ada tanggungjawab untuk menjadi teladan positif, sebaik mungkin. Peserta Dewi Remaja 2019 ini dah boleh sematkan tanggungjawab tu sejak usia muda korang lagi.
Ads
“Jadi saja diri masing-masing dan stick true to yourself. Tetapi perlu pandai berfikir sebelum bertindak,” pesan Scha kepada 12 orang finalis.
Selalu kita mendengar frasa ‘beauty with brain’ dipersoalkan kepada finalis Dewi Remaja. Pandai ke mereka ni? Ada belajar tinggi ke, kata nak jadi ikon?
Ads
Scha berpendapat sebaliknya. “Bagi saya, frasa itu adalah subjektif. Bijak bukan dalam pelajaran je. Seorang perempuan perlu bijak menjaga diri sendiri, mengurus tekanan dan emosi.
“Lagi-lagi apabila peserta Dewi Remaja selalunya akan berakhir sebagai anak seni. Mereka perlu siapkan diri dengan kekuatan mental dan fizikal. Janganlah sekadar rupa paras je, nanti digelar bimbo pula.”
PREACH!
Jangan lupa untuk hadiri ujibakat Dewi Remaja 2019bermula 7, 8, 14 dan 15 September ini di bangunan Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam. #dewiremaja2019
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Google Malaysia kembali dengan senarai personaliti dengan carian tertinggi di Google sepanjang tahun.
Menurut data yang dikongsikan mereka bagi tahun 2022, antara nama-nama popular yang ‘sangkut’ dalam kedudukan Top 10 termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada kedudukan pertama.
Selain individu nombor satu negara itu, nama bekas personaliti TV3 yang hilang secara misteri, Zalina Azman; pelakon kanak-kanak, Nik Adam Mika serta penyanyi, Yasin Sulaiman turut tersenarai dalam carian tertinggi oleh rakyat Malaysia di kotak carian Google.
Satu lagi nama yang tersenarai ialah pelakon drama Melur Untuk Firdaus, Anna Jobling di kedudukan ketujuh.
Bercakap kepada rakan media, Anna, 22 jelas terkejut dengan perkhabaran tersebut dan menyifatkan kejayaan drama tular itu sebagai pemangkin kepada perhatian yang diterimanya sepanjang tahun 2022.
Selain itu, usaha kerasnya bagi menempatkan nama sebagai seorang pelakon usai tamat penyertaan dalam pencarian Dewi Remaja 2018/2019 juga memainkan peranan penting. Hasilnya, dalam tempoh tiga tahun Anna boleh berbangga dengan kejayaan setakat ini.
“Saya terkejut apabila tersenarai di antara 10 personaliti paling banyak carian di Google Malaysia untuk sepanjang tahun ini.
“Saya yakin carian ini adalah atas sebab-sebab positif mengenai karier. Drama Melur Untuk Firdaus banyak membantu menaikkan nama saya, selain sokongan peminat dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Asia Tenggara.”
“Tersenarai dalam 10 individu paling banyak carian di Google membuatkan saya rasa lebih merendah diri kerana tak terfikir akan ada ramai individu yang melakukan carian nama saya,” katanya.
Tambah Anna, pihak pengurusannya iaitu Mask Team juga bertanggungjawab dalam menaikkan nama serta kerjayanya.
Bagi meneruskan rentak cemerlang ini, Anna kini sedang dalam perancangan melebarkan saya ke industri hiburan Indonesia. Melihatkan kepada kegigihannya berulang-alik antara Kuala Lumpur-Jakarta, tidak mustahil impian tersebut bakal dicapainya seawal tahun 2023.
Selama ini, ramai mengenali Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose menerusi lakonannya dalam drama-drama tempatan. Namun, tidak ramai menyedari bakat nyanyian yang ada pada pelakon jelita ini.
Video persembahan cover 12 buah lagu yang bakal bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-35 baru-baru ini telah menarik perhatian ramai warganet dek kerana kemunculan Raysha sebagai salah seorang daripada ahli kuartet tersebut.
Berdampingan dengan penyanyi yang lebih berpengalaman seperti Hannah Delisha, Azmi Saat (Caliph Buskers) dan Dean Eiman, ramai yang terkejut apabila mendengar nyanyiannya.
Raysha yang dihubungi oleh REMAJA berkongsi bahawa idea asal Hannah Delisha itu adalah untuk mengetengahkan beberapa orang bakat yang tidak bergelar penyanyi.
Lantas, Raysha bersetuju untuk terlibat sama memandangkan ia adalah sesuatu yang baharu untuknya dan kedengaran menyeronokkan.
“Ia adalah peluang yang jarang-jarang saya perolehi. Untuk menyanyi di samping abang Azmi yang terkenal dengan kekuatan vokalnya, dan bersama Hannah serta Dean pula – semua orang saling membantu sepanjang proses persediaan di studio selama kira-kira dua minggu.
“Mereka membuatkan saya tidak merasa tertekan langsung biarpun saya masih ‘hijau’ berbanding mereka.”
“Sebagai persediaan ekstra, saya juga sertai beberapa sesi kelas vokal,” katanya yang menyampaikan tiga buah lagu finalis iaitu Semalam (nyanyian Aina Abdul), Gundah (nyanyian Ernie Zakri) dan Belenggu Rindu (nyanyian Wany Hasrita & Dato’ Jamal Abdillah).
Bukan calang-calang ya lagu yang diperolehi Raysha, semuanya nyanyian vokalis mantap! Tidakkah dirinya merasa cemas untuk membawakan lagu-lagu tersebut?
“Niat penglibatan saya ini adalah untuk memberi sokongan kepada finalis AJL ke-35.
“Saya cuba jadikan lagu-lagu tersebut sebagai lagu versi saya. Caranya, saya akan mendengar versi minus one dan saya aturkan key lagu mengikut vokal saya. Kalau nak ikut key penyanyi asal, saya masih belum sampai lagi ke tahap itu. (tergelak)
“Selepas video itu dimuat naik, kak Aina Abdul ada menghantarkan mesej dengan berkata ‘good job’,” tambahnya yang pernah menghasilkan beberapa klip video cover untuk lagu Cinta Sejati dan Cinta Luar Biasa.
Raysha tampak natural saja dalam video medley tersebut disebabkan pengalamannya merakamkan klip video sendiri sebelum ini. Rata-rata penonton memberikan galakan dan pujian di atas usaha dan bakat nyanyian yang dia miliki.
Melihat kepada respon tersebut, mungkinkah Raysha merancang untuk satu hari nanti merekodkan lagu nyanyian sendiri?
“Saya memang minat menyanyi sejak kecil lagi, it has been a passion of mine.
“Tentulah jika berpeluang saya ingin menyanyikan lagu sendiri. Cuma, bukan mudah untuk mendapat lagu yang ‘kena’ dengan diri kita. Saya pun enggan tergesa-gesa. Mana tahu satu hari nanti, ia akan menjadi kenyataan.”
“Buat masa ini, saya akan fokus pada dunia lakonan dahulu. Tambahan pula, saya sedang menantikan tarikh tayangan untuk tiga buah filem yang melibatkan saya pada tahun ini.
“Ia termasuklah filem Seandainya Kau Ada (Astro First), Roxana (Netflix) dan sebuah lagi filem terbitan Astro Shaw yang masih belum diberikan judul. Ketiga-tiganya merupakan projek istimewa bagi saya dan saya tidak sabar untuk berkongsi dengan semua penonton,” tambahnya lagi.
Shaza Bae. Antara aktres wanita meningkat naik masa ini yang telah mempunyai nama tersendiri dalam bidang seni tempatan. Menyusun cantik bakat seni dan kecerdikan yang ada, si pemilik gelaran Dewi Remaja 2019 ini dilihat tampil cemerlang sebagai seorang anak seni.
Mula bertatih menyusun langkah pada tahun 2020, lakonan pelakon dan pengacara Hlive pada ketika ini tidak menghampakan para pencinta karya Melayu seantero Malaysia dengan pelbagai watak yang pernah didukungnya sepanjang karier seni.
Bukan itu sahaja, graduan daripada universiti tersohor negara, Universiti Malaya (UM) ini sedang berjinak-jinak dalam bidang perniagaan pula. Sama seperi orang lain, bukan sekadar mahu bergelar seorang pelakon yang berjaya sahaja, dia juga memasang impian untuk menjadi usahawan wanita yang berjaya suatu hari nanti jika diberi keizinan Ilahi.
Terkini, pelakon drama hit Nusyuz Berkiblat Cinta itu mula melebarkan sayap ke bidang bisnes dengan cuba menjual dan memasarkan produk makanan biskut iaitu Beskuki. Sedar perkembangan era digitalisasi semakin meluas terutama platform media sosial, Shaza akui platform yang ada sedikit sebanyak dapat membantu memperkenal produk perniagaan dengan cara tersendiri.
Namun, bintang berusia 27 tahun itu berkongsi sebaiknya haruslah sentiasa belajar dan menonton video segala ilmu berkaitan media sosial dan perniagaan agar dapat mencipta personaliti tersendiri pada masa sama tidak berasa tertekan apabila mengguna media sosial sebagai platform memulakan perniagaan.
“Media sosial itu sebenarnya satu platform yang digunakan untuk kita kongsikan apa-apa sahaja interest, cuma kerana ia kini sudah menjadi sebahagian portfolio perniagaan, jadi misalnya saya sebagai pereka fesyen cuma perlu berkongsi mengenai fesyen sahaja. Tidak, jadilah kreatif semampu anda.
“Gunalah media sosial dengan sebaiknya. Saya tahu agak sukar untuk terima namun jangan rasa pressured dengan media sosial. Saya juga tahu kedengarannya agak mudah, tetapi sebenarnya dalam era digital ini hanya di hujung jari kita jadi perbandingan, mungkin kandungan tidak cukup bagus atau apa yang perlu lagi dibuat.
“Ya, saya akui ia agak sukar namun cuba tidak membandingkan malah belajar, belajar, belajar dan baca… selain tonton video dan dari situ pasti akan jumpa personaliti serta diri anda,” tuturnya pada segmen ‘Youth Talk’ program Remaja On Road di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
Tidak henti setakat itu sahaja, pelakon naskhah popular Perempuan Tanpa Dosa itu turut menekankan agar jangan berhenti untuk belajar sesuatu agar dapat jadikan diri sendiri sebagai seorang yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi.
“Saya enggan menyentuh mengenai originality kerana dalam dunia ini tiada yang asli pun. Bagi sayalah. Bagi saya juga, semua perkara adalah cuplikan daripada pengkarya atau beberapa selebriti yang akan menjadikan diri anda ialah ‘anda’. Jadilah kreatif yang anda boleh dan jangan berhenti untuk belajar.
“Satu perkara lagi, kita membesar sebagai seorang dewasa jangan matikan budak kecil dalam diri kita. Jangan. Always have that inner child, keep in touch with your inner child. Kerana anak kecil itulah yang menjadikan anda seorang yang kreatif sebenarnya.
“Saya faham dengan kehidupan sekarang yang agak berat, ekonomi teruk serta mungkin ingin melanjutkan pengajian dan mencari kerja. Ya, tekanan itu terlalu banya. Tetapi jangan, cuba untuk fine that tune,” ucapnya lagi.
Sekadar informasi, selain Shaza Bae, sesi YouthTalk dengan tajuk “Penjenamaan Pada Era Digital” juga terdiri daripada ahli panel iaitu Ben Ali (Pengarah Urusan Absolut Brands Sdn. Bhd) dan Rahiman Rahizar (Ikon MASMED). Sesi tersebut dikemudikan oleh hos, aktivis politik dan sukarelawan iaitu Mellya Azizi.
Edisi pertama Remaja-On-Road yang telah diadakan pada 22 Mac 2023 bertempat di UiTM Shah Alam hasil kolaborasi bersama Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED) UiTM itu merangkumi acara sehari bersama golongan pelajar, antara pengisian yang bakal diketengahkan adalah sesi YouthTalk, Beauty Camp dan Remaja Talent Casting.
Sepanjang tahun, pihak Remaja akan berkolaborasi dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan sekolah sebagai rakan strategik bagi menjalankan kempen ini. Dari utara ke selatan tanah air, dengan adanya kempen ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada golongan pelajar untuk menerapkan nilai positif dan seterusnya maju untuk menempuhi fasa selepas pengajian.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...