Sekiranya ada isu besar yang timbul dan memerlukan bantuan dana, Ronaldo pasti menjadi salah seorang individu pertama yang sanggup mengeluarkan dana daripada poket sendiri untuk membantu mereka yang memerlukan.
Terbaru sempena bulan Ramadan ini, Ronaldo dilaporkan telah mendermakan sejumlah dana yang besar bagi membantu rakyat di Palestin dan sempadan Gaza untuk persediaan mereka sepanjang bulan mulia ini.
Sebanyak USD1.5 juta didermakan oleh penyerang kelab Juventus itu sebagai tanda solidariti menyokong negara tersebut yang kini sedang berdepan tekanan Israel. Masyarakat di sana sedang bergelut dengan isu kekurangan bahan asas makanan kerana akses masuk melalui jalan darat, laut serta udara kini disekat oleh Israel.
Ini bukanlah kali pertama Ronaldo dikaitkan dengan bantuan untuk masyarakat Palestin. Cuma media massa terutamanya media di Barat tidak melaporkannya secara meluas.
Sebagai contoh pada Nover 2012, Ronaldo telah melelong but emas yang dimenangi semasa kejohanan peringkat Eropah untuk memperoleh sebayak USD1.5 juta dan ia didermakan kepada beberapa buah sekolah di sekitar Gaza.
Selain itu Ronaldo juga pernah memperlihatkan tanda solidariti setelah tamat perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 di antara Portugal dan Israel. Ronaldo dilaporkan enggan bertukar jersi dengan pemain Israel atas alasan menolak memakan jersi yang mempunyai bendera negara tersebut.
Kita mungkin tak mampu untuk mendermakan jumlah sebanyak itu. Tetapi balasan Tuhan terhadap segala niat sedekah kita sepanjang bulan Ramadan ini hanya di antara kita dan Tuhan.
Tak rugi pun untuk berbuat baik sesama manusia.