Jangan tipu la kalau korang tak pernah dengar pantang larang tentang mandi yang selalu mak-mak kita cakap dulu.
Tak boleh mandi malam, mandi lepas makan perut buncit dan ada saja la yang tak kena. Soalnya, adakah semua ini benar atau hanya mitos semata-mata.
Ha, kalau korang nak tahu ada beberapa pantang larang yang kita dengar sebenarnya hanya mitos semata-mata. Perkara ini telah pun dikongsi sendiri oleh Dr. Kamarul Ariffin di laman sosialnya.
Perkongsian penuh seperti yang berikut:
Mitos! Panau adalah jangkitan sejenis kulat pada kulit. Kulat ini memang hidup di permukaan kulit manusia, namun ia hanya menyebabkan panau apabila kelembapan kulit sangat tinggi, imuniti badan rendah,atau tubuh kekurangan gizi. Hakikatnya, jika berpeluh atau selepas mandi, anda tak keringkan badan, maka anda berisiko kena panau dan pengor.
Mitos! Tanggapan yang mengatakan proses pencernaan makanan akan terganggu akibat penurunan suhu badan semasa mandi adalah tidak benar. Proses pencernaan tetap akan berlangsung, dan lemak tidak akan membeku hanya kerana penurunan suhu badan akibat mandi. Mandi yang menyebabkan perut anda buncit tu namanya Nasi Mandi (Arab). Hiks!
Mitos! Strok berlaku apabila darah beroksigen tidak sampai ke tisu otak, sama ada akibat pembuluh darah pecah atau tersumbat. Perubahan suhu di kepala apabila terkena air ketika mandi tidak mengganggu saluran darah beroksigen ke otak. Mandilah anggota apa dulu pun, tapi tak kawal hipertensi, diabetes dan masalah jantung, maka tetap berisiko kena strok.
Mitos. Istilah paru-paru berair ni ditafsirkan dalam bahasa perubatan sebagai ‘pneumonia’. Ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus pada paru-paru. Mandi malam tidak menyebabkan serangan pneumonia mahupun serangan pontianak. Namun, jika anda menghidapi asma dan alah kepada sejuk, mandi malam boleh menyebabkan serangan asma.
Mitos. Mandi lama-lama tidak menyebabkan bentan atau badan masuk angin. Luka perineum atau perut jika bersalin melalui pembedahan Cesarean, perlu dijaga dengan baik. Jangkitan pada luka boleh menyebabkan demam. Selain itu, perlu makan makanan yang seimbang dan minum air secukupnya. Barulah tak lesu. Mandi sekejap tu namanya mandi kerbau.